Bolehkah Buat Atkins Semasa Puasa?

Untuk melakukan diet atkins semasa puasa adalah tidak salah; anda hanya perlu ambil kira samada anda larat untuk melakukan dua amalan yang juga berfungsi untuk detoks tubuh anda (ala-ala double dose jadinya). Jika sanggup (atau urgent nak kurus) baca lanjut di sini ya.

Secara asasnya pastilah boleh. Anda hanya perlu makan makanan yang lulus atkins (mengikut fasa yang anda sedang lalui) ketika waktu bersahur dan berbuka ja. Cuma yang menjadi isu adalah samada tubuh anda boleh bertahan dengan bebanan detoks dan proses ketosis ketika melakukan diet khas ketika berpuasa.

Manfaat Berpuasa

Puasa itu sendiri bersifat detoks.

Ia membantu tubuh kita juga melalui ketosis (walaupun tak selaju atkins fasa 1) sekiranya anda makan berkadar sama seperti biasa (dan bukan melantak 3x makan sampai nak rukuk pun mengah.hehe), meingkatkan ketahanan insulin dalam tubuh, mengeluarkan toksin dan membersihkan usus (agar optimum seperti biasa), selain sedikit sebanya mengurangkan berat badan melalui pengurangan pengambilan kalori dalam sehari (calorie restricting).

Baca lanjut mengenai kebaikan berpuasa pada kesihatan anda, di sini.

Untuk ketahui apa yang berlaku dalam tubuh anda sewaktu berpuasa, klik sini. Shai buat dalam bentuk infografik yang menarik. 😀

Atkins Semasa Puasa

Jadi sekiranya anda ingin berdiet atkins sambil berpuasa, antara langkah yang perlu anda ketahui ialah tentukan fasa mana anda berada sewaktu bulan puasa, serta senarai makanan yang anda boleh ambil mengikut fasa tersebut (serta alatan lain yang mungkin anda perlukan, di sini).

Bagi yang nak bermula dengan fasa 1 (khususnya yang baru nak mencuba) take note kerana ia agak membebankan kerana anda tidak boleh langsung ambil nasi dan kurma ya (nanti kacau ketosis dari atkins itu sendiri). Sebaiknya baca lanjut senarai makanan yang anda boleh ambil dan tentukan samada anda larat ke idok. Jika tidak, bermula dengan fasa 3 pun memadai juga.

Baca lanjut untuk fasa satu di sini ya.

Ambil Kira Sewaktu Atkins Dan Berpuasa

Perkara yang perlu anda ambil kira sekiranya mahu berdiet atkins sambil berpuasa

  • Pengambilan air yang cukup mengikut berat terkini anda (lebih sedikit jika cuaca panas)
  • Kurangkan bergerak aktif sewaktu berpuasa, sehingga tubuh anda telah biasa (ni maksudnya anda semakin kuat dan sihat!)
  • Jika baru bermula fasa 1, perhatikan selama seminggu untuk kesan-kesan ketosis yang agak bebankan dalam fasa 1. Jika tidak larat, mulakan fasa 3 minggu depan, sebelum turun ke fasa 2, dan seterusnya fasa 1 selama 2 minggu, seperti biasa. Listen to your body okay

Kesimpulan

Berpuasa sambil beratkins tidak susah kerana anda hanya perlu makan yang lulus mengikut fasa waktu sahur dan berbuka ja. Yang penting, pastikan anda ambil kira dengan keadaan tubuh anda dulu. Takut apa-apa jadi nanti tak boleh atkins satu hal, tak boleh puasa kan sayang pula. Adoiyai..

Kalau gastrik macam mana? Anda yang alami gastrik (atau berisiko nak dapat sakit perut kritikal ini) klik sini untuk baca.

Klik sini untuk ketahui tips yang anda boleh amalkan sewaktu berpuasa (pastikan ia mengikut fasa atkins anda ya) atau korang boleh dapatkan panduan kurus dengan Atkins (menu untuk puasa, persediaan, dan sekali dengan detoks)yang Shai buatkan khusus ketika berpuasa. Klik sini ja.

Share post ini di fb jika ia bermanfaat untuk anda. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge