Bagaimana Saya Mula Bisnes dan Bergelar WAHM

Asal kisah, ketika itu saya dan suami tinggal di Pantai Timur, di mana ketika itu, kami masih takda apa-apa. Trust me, keadaan yang disebutkan tu hampir to literally takda apa-apa. Benda yang saya ada sekadar pemberian orang atau dari yang saya beli sebelum ni dan jujurnya kami takda apa langsung sampai ke tahap, RM10 tu terasa besar.

Pelan Tersasar Dan Mengandung

Tambah pulak saya mengandung, so in a way adalah beban/tanggungjawab bertambah sedikit. Saya teringat ketika itu saya menangis terfikir macam mana lah nak carik duit, bukan untuk saya, tapi untuk anak dalam perut ni. Bukan nak mengandung suka-suka dalam keadaan susah masa tu, tapi kerana plan/pekerjaan suami backfired ketika tu.

naz baby
gambar Naz fresh dari lahir. hehe.. tapi terpaksa masuk NICU (klik gmbo ni untuk tahu story)

Suami pujuk belaka (haruslah pujuk kot) tapi masa tu macam takda erti sebab masa tu keadaan sangat terhimpit . belum kira kami dipandang sebelah mata lagi. Siot tau perasaan masa tu. Dan jangan tanya kami tentang kerja makan gaji ke apa, dah berpuluh resume kami dua hantar tapi satu hapak tak lekat. Ada je kabel. Tapi saya tak mahu guna. Buat apa?

So anyway, dipendekkan cerita, time kita tertidur tu jugaklah suami kejutkan. Dia tanya boleh tak tulis dalam health/beauty? Article writing. I said ‘oke lah kot’ (terus otak ligat ingat balik apa yang dibaca dalam Cleo. Heheh) so voila, suami registerkan saya untuk kerja-kerja freelance, dalam fiverr.com.

Yup. tanpa sebarang modal.

Bermula Kerjaya Sebagai Penulis Bebas Dan Sebagai Work At Home Wife (WIHF)

Belum kira WAHM lagi. Anak belum keluar lagi masa tu.

Alhamdulillah. Ada je orang berminat nak gunakan khidmat saya dalam penulisan. Bukan lah yang jenis jurnal/ilmiah, tetapi lebih kepada penulisan santai (seperti dalam website saya yang tak seberapa ni. Ahaks!) namun informatif untuk pembaca.

Dan saya khususkan kepada bidang health/beauty sebab memang dah passion kita.

Berdikit-dikit kami kumpul modal (suami buat video marketing) untuk beli barang keperluan dan juga untuk baby. Alhamdulillah memang terasa laju je duit masuk bila nak dekat-dekat Naz nak lahir. Dan hampir semua barang-barang Naz, hasil titik peluh kami.

Betullah orang kata, ada anak memang melimpah rezeki, asalkan kita niat untuk berikan yang terbaik untuk nya.

Terbuka Jalan Keluar, Suami Terjun Masuk Ke Perniagaan Baja Sawit

Rezeki bukan sekadar untuk Naz aja; selain saya yang makin lama makin hari menimbun kerja freelance (tak komplen, syukur lagi adalah hihi) perlahan-lahan Allah buka jalan untuk keluarga melalui suami dengan perniagaannya saya invest sekali, walaupun dengan duit pusaka arwah ayah (masa tu tawakkal dah)– tapi saya takmo lah cerita panjang lebar sebab entri ni pasal saya kot. Hehe..

Hasil Pengalaman Menulis

Anyway, saya masih lagi buat freelance menulis, dan kemahiran dan ilmu yang dikumpul dari kerja-kerja penulisan membantu saya menulis dengan lebih baik, sesuai untuk pembaca cuci mata, apa lagi saya venture out dengan orang luar mengambil saysa untuk menulis khas untuk website mereka.

Bukan calang-calang orang woo.. ada seorang tu dermatologist dari Australia. Ada juga dari pakar mekap selebriti dari Las Vegas.

Jadi bayangkan betapa banyak ilmu yang diterima dari hasil carian, menulis konten yang terbaik serta berkualiti untuk mereka, selain juga membantu saya untuk menambah ilmu dan menjadikan saya khusus/pakar dalam bidang iaitu health/beauty/fitness.

Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk. 🙂

Kesimpulan

Ni kot serba sedikit nak berceloteh. Panjang lebar kan korang boring pulak. Haha..

Nak laju dapat hasil, pasang niat untuk anak dan amanah, insyAllah laju berdesup. Lagi-lagi jika anda seorang isteri, amalkan tips-tips menjemput rezeki ni, sebab kita isteri ada kuasa tersendiri oke!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge