Wahai Isteri, Jom Kita Jemput Rezeki Hari Ini

Satu lagi tanda perempuan ni ada KUASA MAGIK di dunia ni. Heh heh.. Tak dinafikan, rezeki itu sendiri adalah sesuatu perkara yang ghaib.

Namun begitu, selama ni kita disogokkan yang rezeki itu seharusnya dicari dan diusahakan dan pada hakikatnya, rezeki itu adalah lebih mudah dengan menjemputnya – bagi rezeki itu masuk dan melekat dengan erat pada kita.

Tambah2 lagi, kita asyik memikirkan rezeki itu semata-mata duit/harta benda je.. sebenarnya, apa-apa sahaja yang memudahkan hidup kita (kesihatan, mudah dalam setiap urusan dan perjalanan, dan gadget2 yang handy utk setiap kerja) adalah satu bentuk rezeki gak.

Bagaimana seorang isteri boleh menjemput rezeki?

Percaya atau tidak, menjadi seorang wanita walaupun pada perspektif manusia adalah lemah, kita diberikan pelbagai kelebihan sebagai seorang wanita.

Fitrah seorang permpuan yang penyayang dan compassionate pada suami, anak2, dan sesiapa yang berada dalam amanah kita tak dipandang sia-sia oleh Allah swt. Macam Nabi Muhammad saw kata:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

1004620_553186924738746_340775552_n

Selalu gak kita bagitau ni kat somi, muahahaha – ada super power gak jadi isteri nih. XD XD understandably, he’s a bit peeved. 

Kajian saintifik isteri boleh menjemput rezeki

Bukan setakat tu je, memang ada kajian saintifik yang menjadi alasan kukuh, yang frasa Happy Wife, Happy Life ni memang betul dan berlaku dalam hidup.

Somehow, keadaan ni berkait dengan domino effect – isteri yang bahagia/gembira akan buat rumahtangga harmoni dan secara langsung ia akan memberi kesan positif pada moral dan motivasi suami dalam menghadapi cabaran (biasanya, di tempat kerja, cabaran perniagaan, dan masyarakat).

Jadi kalau suami happy dan ceria2 handle setiap cabaran, kan mudah rezeki nak masuk?

jadi wahai suami, gembirakan hati isteri ye. 😉

oke, kita ketepikan sekejap isu somi kita dulu dan kita renung-renung apa yang kita boleh lakukan sebagai seorang isteri untuk menjemput dan melekatkan rezeki dalam rumahtangga kita.

muslim-husband-wife

Tengok, penerangan ringkas tentang kelebihan isteri

5 cara untuk isteri menjemput rezeki

Bersyukur

Dikatakan kunci yang pertama dan utama dalam membuka pintu rezeki kerana Allah berjanji akan menambahkan nikmat rezeki pada hambaNya yang bersyukur. Hihi..kadang-kadang biasalah, bila benda dah takda, dah hilang baru terhegeh2 nak appreciate :P.

Benda baik kita bersyukur, benda yang buruk pun kita bersyukur (sebab at least kita tak melalui benda lagi buruk dari apa yang kita alami sekarang, dan benda buruk pun, mungkin Allah bagi dulu untuk kita muhasabah/pay our dues before getting what we want).

Klik sini, untuk ketahui pengalaman saya dengan ‘Terapi Syukur’.

Bagaimana untuk bersyukur?

Ucaplah Alhamdulillah setiap kali dapat something yang buat kita happy (even sekadar lauk yang kita masak cooked to perfection), menghargai apa yang kita dapat cam harta benda, kemahiran, ilmu, dan juga kecantikan kerana apa yang kita dapat adalah nikmat dan anugerah dari Allah.

Surah Ibrahim (14: 7) Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), sungguh azabKu sangat pedih. 

Sebagai isteri, cara lain untuk kita bersyukur ialah kita jaga sebaik mungkin jumlah makanan/lauk untuk dimasak sekeluarga. Contohnya kalau familiy kita masak sekian2, masak lah sekian2. Jangan pulak masak 2x punya sekian2.hehe..

Sekalipun ada perkara tak dijangka cam tetiba kena makan kat luar sebab ada jemputan ka..cepat2 simpan lebihan makanan tersebut dalam peti ais. Jadi, kita boleh elakkan dari membazir. 🙂

gambar buku mmr
dalam buku ini juga amat ditekankan amalan bersyukur sebagai cara untuk menjemput rezeki

Menyempatkan diri untuk beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu” Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Antara amalan ibadah yang boleh menjemput rezeki ialah solat Dhuha, Tahajjud, dan membaca surah-surah tertentu seperti al-Fatihah, Waqiah dan Yassin. Amalkan secara istiqamah akan membantu sangat2 untuk rezeki masuk kat kita.

Tip: solat fardhu yang dibuat awal waktu pun boleh menjemput rezeki untuk masuk laju2 tau.

Slide4

Firman Allah dalam hadis qudsi “Wahai anak Adam, jangan sesekali engkap malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluan pada petang harinya” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan zikir-zikir yang menjemput rezeki

Banyaknya zikrullah yang boleh kita amalkan untuk menjemput rezeki. Antaranya istighfar seperti sabda Rasulullah saw: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim);

Selain itu zikir Ya Latif, Ya Ghafur, dan juga selawat adalah antara zikir2 yang mempunyai khasiat dalam menjemput rezeki.

Bersedekah

Tak dapat dinafikan, sedekah sangat2 mujarab dalam menjemput rejeki untuk masuk. Allah swt dah berjanji, apa yang disedekahkan akan dibalas 100x ganda jadi harta kita tak kurang pun kalau kita bersedekah.

Tak semestinya dengan suit/online transfer. Kita sebagai isteri boleh je sedekah dengan masak lauk special bagi kat jiran-jiran, buat bekal grand sket and mintak anak share2 kat kawan sekolah dia (indirectly boleh didik anak untuk ada sifat memberi).

Keajaiban-Sedekah-Biar-Cepet-Jodoh-490x326

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a).

Satu habit isteri2 boleh lakukan, jika ada lebihan sedikit lauk semalam, bagi aja kat kucing2 luar rumah. Tu pun kira sedekah tau. 🙂

Membantu orang

Membantu orang, lebih-lebih lagi yang lemah dan menggembirakan mereka pun akan mudahkan rezeki masuk tau. It can be as simple as mengomol dan melayan anak kita yang kecik2 nih (gomol anak yang dah besar panjang, dia pulak yang rimas. Hehe..) ataupun bertanya khabar orang-orang tua di kawasan rumah kita.

Either way, sharing and giving the happiness will help you in the long run.

Sabda Nabi S.A.W “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu” (Riwayat Bukhari).

Selain membantu dan gembirakan orang lain, kita tunaikan hajat mereka kerana Allah akan tunaikan hajat kita dengan tak disangka-sangka. Bantu mereka semampu yang mungkin dan mudahkan hidup mereka, mesti kita akan dapat ganjarannya.

Sabda Rasulullah S.A.W “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

Klik sini untuk tau bonus menjemput rezeki dari pengalaman sendiri. 😉

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge