Tugas di Dapur Mengikut Umur Anak

Ha.. ni lah info yang paling wajib saya kena ingat bila anak-anak saya dah umur 4 tahun ++. Mudahkan kerja ibu di dapur (boleh kata 1/2 dari hidup ibu/isteri kat dapur kan?) jadi sedikit sebanyak boleh membantu ibu di dapur, apa lagi,memberikan satu bentuk didikan untuk anak bila dia dewasa nanti (psst..lelaki yang pandai di dapur laku keras tau!).

Satu lagi ni ha, kenapa saya beriya-iya nak suruh anak tolong saya di dapur?

Sebab saya tak reti langsung nak masak masa muda-muda (jangan gelak!).

Ni ha, bulan 5 mama nak balik seremban, kita di suruh balik untuk belajar buat kek. Nasib baik masak dah pandai bahana kes ni, la ni nak sambung ‘pengajian’ dalam kek pulak (benda yg pernah buat pun takat apple pie je kot..).

Alang-alang, bagilah mama belek gomol peluk cium Naz sampai puas.

Kunci Asas untuk Mendidik Anak Tugas-Tugas Rumah

Senang jo.. jangan bagi depa boring. Kita pun tak suka dibebel suh buat macam-macam juga jadi kita mudahkan tugas mereka untuk capai target kita (sneaky giler ayat) iatu rumah bersih kaching-kaching!.

Kunci Asas, untuk Kerja-Kerja Dapur:

  1. Basuh tangan bersih sebelum mula kerja
  2. Sentiasa dengar permintaan (take note saya tak sebut arahan) dan tunjuk ajar yang tua (iaitu ibu)
  3. Tumpu perhatian antara anak dan ibu (nanti hangit lauk sayang je..)
  4. Takda langsung soalan yang pelik/aneh. Tanya sahaja
  5. Enjoy!

Senarai Tugas di Dapur yang Sesuai, Mengikut Umur Anak

Print ni, dan save ya!

kitchenskills 1

Ni untuk anak-anak yang masih kecil-tapi-suka-menyempit-di-dapur. Bagi aja tugas untuk mereka,n anti dia dok diam lah tu..hehe..anak kita cuma nak ibunya depan mata dia ja. 😀

kitchenskills 2

Yang ni haruslah, skop umur yang wajibul ghunnah tolong ibu di dapur. Hehe.. Rajin tolong ibu, senang nak kawin. hehehe…

Sumber dan olahan dari sini.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge