Jenis Berus Untuk Mekap yang Flawless

Bacaan wanita sahaja sebab kalau yang lelaki baca entri ni konfom korang geleng-geleng kepala. Berus-berus ni, direka bukan sekadar untuk menyapu debu/cecair mekap anda di muka tau – ia juga membantu untuk membentuk dan memberikan kesan yang korang nak pada keseluruhan mekap.

Contohnya berus kontur tak sama dengan berus Kabuki.

Malah berus blusher pun takkan memberikan kesan yang sama seperti berus Kabuki, kalau untuk sapu mekap mineral.

Fungsi Berus Mekap

  • menjadikan keseluruhan mekap lebih teratur, terletak, dan flawless
  • menggunakan produk yang kena dengan jumlahnya (takdalah terbazir lepas ni kan…)
  • Lebih berkesan dari menggunakan jari sahaja
  • Mekap anda, relatifnya lebih tahan lama sebab tidak bercampur dengan enzim2 di hujung jari yang digunakan untuk sapuan mekap.

Contoh dan Fungsi Berus Mekap

ber

 

 

Rasanya kita cuma ada berus foundation and berus powder kan? Hehe

jenis berus 3

Tengok gambar di atas, angled blush brush ini digunakan untuk konturing/shading atau sebagai basic dalam menyapu pemerah pipi.

Stippling brush tu, tahap tinggi punya berus untuk blend bedak asas dan highlighter untuk shading. Teknik dia pun ‘stippling’ tau (dab-dab gitu) bukan takat sapu2 je. Hehe..

jenis berus 4

Semoga membantu korang nak dapatkan mekap yang flawless dan tahan lama (tak perlu tiap 2 jam heret 1 batalion g toilet nak touch ups).

Asalnya tak ambil pot pun berus2 nih, tapi lepas diminta untuk menulis review pek berus mekap ni..tergoda juga kita. Sebab berbaloi lah untuk bagi mekap kita cantik dan tahan lama. Kan untung kat situ? 😉

Klik sini, kalau nak tahu cara dapatkan kulit yang cantik licin dan tanpa cela, jadi hanya sedikit mekap yang diperlukan.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge