Tangan Anak Mengigil, Terpaksa Ke NICU [part 1]

Oke, entri lepas kita ada berkongsi cerita camno kita mula belajar masak lepas mengandung. I repeat, mula belajar memasak.

Hehe.. jadi mohon kepada anda (pembaca) jangan le jadi cam saya.

Malu tu takde la, tapi kalau somi nak makan pun takat masak megi je..alahai.. tak sanggup kita (mulia kunun).

Ketika Mengandung – Sungguh Yakin Dan Bertenaga!

Gitulah kiranya, benda paling besar adalah berjaya tambah dan boost skill memasak  sampai ke tahap yang boleh diharap untuk masak nasi dan lauk untuk satu rumah. Syukur sangat.

Tambah pula apa yang biasa mama masak tu something yang kena dengan tekak kita masa mengandung (hanya boleh telan yang pedas, minyak, dan goreng2 baru kaw2) dan agak simple. 🙂

Next benda besar? Ialah gunakan skill memasak tu untuk melantak sepuasnya. Masa tu nak bedal habis2 segala macam lauk dan air sejuk. Sebab tekak masih tak boleh terima air putih (dugaan paling mencabar gak sebab peberet kot – #healthyliving) jadi compensate dengan air sirap pandan sejuk – perghhhhh……

Hasil dari kuat melantak ni bukanlah kita sia-siakan taw.

Bagaikan ada tenaga dalam diri, terus melompat buat kerja macam2 tanpa disuruh. Rasa macam ada hidden glow and energy flowing freely. Steady gak masak+basuh sinki sejam lebih kat dapur, working on freelance article writing secara online (walaupun mengah nak ke depan perut bila masuk 7,8 bulan).

Yang paling manis, masa pulang dari survey2 procedure kt GH (tu pun lepas pastikan GH Seremban guna polisi Hospital Rakan Suami), turun bukit ke parking kereta (sebab shuttle lambat sket) pun steady dan aktif je.

Adalah haus sikit. But yeah, aktif berjalan walaupun tengah panas terik. Ala..turun bukit je kot.

Detik-Detik 6 Jam Sebelum Bersalin

Lalui masa lapang pun dengan hafal dan khatam buku baby sebaik mungkin, sampai segala macam term kita hafal..heh heh.. beg pun dah prepare, barang asas untuk orang baru pun dah beli siap dah (survey smpi 5,6 tempat nak tahu apa yang perlu, silap tak alert ada grup ibu2 kat fb).

scan baby
first time scan, jumpa naz.. berkelip2 je

On the day, 16 Mac tu pkul 3 pagi kita terbangun, terus tak boleh tdur.. menung-menung jap tak buat apa, siapkan order orang sket dan tengok episod Scrubs – please, I’m a big fan, kat sini kita belajar segala macam prosedur dan term medic2 nih, nak ambk subjek bio sekolah, tak berani bedah katak sume..

Somi tengah tdur, gelak pun tertahan2 aje lah, takda suara.. after that dia bangun jugak, tanya kenapa tak tidur.

I just can’t sleep.

Dok borak2 dengan somi, tiba-tiba tanya lah, “kalau kita beranak hari ni macam mana”, fikir-fikir nak imagine apa dan siapa yang buat sekian2 kan..

Tau-tau pukul 7.20 am dah start contraction. Masin mulut ku..

Kita dah hafal buku memang dah kira timing yang ni bukanlah Braxton Hicks – selang pun dalam 20 minit, 4,5 kali, sebelum jadi 15 minit. Adess..

Kejutkan mama, bagitau ada likeliness nak bersalin hari ni. Tapi kita standby dulu tengok timing dia. Tetiba sahaja dah jadi sela 15 minit, tiga kali gitu. Terus bagitau mama lagi sekali untuk siap2.

Heh, sempat lagi buat breakfast sandwich tuna. Teringat yang orang ckp elok makan kurma sume untuk tenaga. Apa lagi, sumbat 3,4 sandwich. Dalam kereta pun sumbat lagi biskut dan milo 2 kotak ke hospital.

nak tenaga punya pasal sambil hati dok berzikir selawat, mulut tak berhenti mengunyah, menghirup.

Check In Ke GH Seremban

Smpi je kat hospital mama drop saya dan somi and we both head straight to the department. Muka mengah2 je tahan contraction (masa ni dah jadi sela 10 minit) namun alhamdulillah sakit tu masih manageable lagi.

Nurse tak fussy pun, just mintak IC, kad nikah sume.

Saya masuk ke 1 bilik untuk check bukaan serviks takat mana. Okay, in medical surrounding, kita bagi kerjasama tanpa banyak cekadak lah.

Insiden Tak Bole Blah

Yang kelakarnya, ada doc prmpuan sorang ni (baru attach lagi rasanya), check opening dengan slang dia boleh tahan. Adoiyai dik..aku tengah sakit kot. Takpalah, lepas tu kita pun speaking lah jugak, minta itu ini bagai, dengan slang British sket. Terbeliak gak mata depa. Heh heh..

Yang bengkek sket, kita minta depa tutup pintu sat sebab nak salin baju. Ada pulak 4,5 saat teragak2, kening berkerut. Adik..takkan nak ditayang. -.-“

Keluar bilik lepas menyalin baju utk bersalin dan pass baju dan walet hp sume kat somi, saya diminta utk dok sat dan doc dan nurse yang lain tanya soalan nak tahu detail tentang bersalin.

Kita yang dah khatam buku bersalin+tengok Scrubs, cam peluru bertubi-tubi gak cerita detail bila start contaction, sela masa, tahap sakit, dll. Terpaksa bertubi-tubi sebelum sakit kontraksi datang balik (sela 10 minit).

Oh yes, in English.

Doc tu tanya “kerja apa ya” -.-“

Janganlah kerana muka kita yang merah berpeluh tahan sakit, dengan masa tu baju yang biasa dan plain, tudung silang akel bidang 60 di judge gitu. Dan-dan baru nak tanya kerja apa. Aiyoo…

Masuk Ke Labour Room

Dalam 15 minit gitu kita ditolak masuk ke dewan bersalin dengan kerusi roda. Twice, kita bagitau kita cuma nak staff perempuan aja, dengan senyum. Syukur alhamdulillah diorg oke aja. Disuruh baring atas katil yang disediakan, nurse datang pasang IV tiub ke apa, dan kemudiannya somi masuk.

Jujurnya, tak nervous masa tu..cuma tak sabar nak tengok camna muka Naz, and masa tu fikir nak cepat2 sebab masa ni kontraksi dah mula bertambah sakit. Aiseh..

Pegang tangan somi, tak putus2 doa dan zikir. The pain.. sakit cam nak tercabut pinggang kot. Dalam 11 am gitu, sela masa dah mula setiap 5 minit – 1 minit kontraksi, 4 minit relaks.

Masa 4 minit lah borak2 ngn nurse (masa tu somi keluar makan sat, n kebetulan mama pun sampai, jadi depa p makan sama kt kafeteria), nurse tanya kerja apa, buat apa. Very friendly.

IMAG0312
Naz posing ngn abahnya

Yang melegakan, ada doc/intern masuk nak check bukaan serviks. Sebab dia lelaki, otomatik terus cakap nak minta staff perempuan periksakan. Yang bagusnya, tak terkebil pun orang tu dgn permintaan kita. Terus agree the request in prompt and corteous manner, takda 4,5 saat teragak2 tu.

Dari situ datang doc lain 2 orang (attach jugak rasanya), both studying from Russia. Very helpful dan kami borak macam2 jugak (in Manglish. Hehe.. 1 Malaysia gitu). Tanya study mana kat Russia, cuaca sana, orang sana.

Diorg check bukaan serviks dan pecahkan air ketuban, untuk cepatkan kontraksi so that baby boleh cepat keluar. Syukur..

Tunggu punya tunggu, sambil2 zikir dan dengar ibu lain nak beranak, pukul 1.30pm gitu dah start kontraksi yang super duper sakit dan kita boleh agak ni lah masa baby nak keluar. Cepat2 panggil nurse, panggil somi masuk gak cepat2.

rekod baby naz
Haha.. punyalah semangat catat 10 pergerakan baby.. smpi 31/3 tulis siap2

First time nurse tak jumpa, kita desak gak suh carik somi (nurse tu, kalau baca ni maaf tau.. nak bagi somi tengok. Dah janji. Hehe).

Thank goodness somi masuk, ada nurse dan senior nurse masuk (sebab kita low-risk, normal jadi takda doc apa pun) get ready dengan alat2 depa.

Nak Beranak Nih

Fuh..azab dan sakit masa nak beranak. I don’t know where and how the pain is coming but it’s there.

Terpekik jugak sebut nama Allah nak tahan sakit sambil meneran. Nurse senior dah 2,3 kali suh jangan jerit utk reserve energy. Tapi tak boleh woo.. kena lepaskan jugak. Tenaga, insyAllah cukup hasil sumbatan makanan tadi.

Ikut hati nak je cakap “i need to express my feelings woman!”

Otak dah mikir segala macam yang kita baca buku baby, jadi kita tahu bila masa nak teran, bila masa tahan (tengok misi, kita tolong ape..). apa saja istilah nurse sebut kita boleh tangkap cam dah nampak kepala baby (crowning), push lagi sat nampak kepala dah.

Oke, 1 more push then semua cakap “haaa..!!” tau dah baby dah keluar.

Fuh. Alhamdulillah.

Sempat lagi masa nurse inject kt paha kita mumbling ‘oh..inject oxytocin nak kecutkan rahim..”

baby baru lahir
gambar Naz diambil, 3 jam lepas lahir. Fresh dari ladang. haha

Semuanya Selamat

Alhamdulillah, Naz just nice nampak, Apgar skor pun 9/10. Abahnya dah azankan, sempat cium sama2. Somi kata Naz keluar je dah buka mata, seram gak nampak. Hehe..

Oh ya, makbul gak doa kami yang nak kan staf perempuan aja masa handle kita – Naz lahir hari Jumaat, pukul 1.55pm.

So yes, kantoi suda somi tak g smyg jumaat. Haha..

Lepas bersihkan diri dan bawa keluar dewan bersalin, cuba susukan Naz tapi tak boleh. Tau-tau je lepas tu, kena hantar Naz ke NICU. Apekah??

IMAG0224
Naz dlm NICU, doc nak masukkan tiub

Nantikan entri [part 2] ya. 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge