Review: Berbaloikah Menggunakan Micro-Size Planner?

Kalau korang tengok post2 planner yang ada ni boleh agak dah shai ni memang menggunakan kertas untuk pengurusan masa – memang ye pun :D.

There’s something about using papers yang membantu shai mudah nak bergerak dan menyusun pelbagai urusan, apatah lagi menulis dekat kertas pun dibuktikan boleh menguatkan memori menyimpan maklumat.

Jadi apa sahaja yang baru tentang planner shai akan ikuti, dengan yang paling latest ni menggunakan planner size micro – kecik giler!

Asalnya tengok di ig dan juga pinterest, memang banyak setup dan spread untuk planner bersaiz micro ni dan walaupun kecil, ada semacam cara yang boleh muatkan info2 yang kita perlukan tu dalam buku kecil tu.

Contoh micro planner weekly ni:

Planner Size Micro

Secara ringkasan, planner bersaiz micro ni dimensi dia  3 x 4 inci dengan cover planner tu boleh terdiri dari jenis leather/pu leather, malah jenis discbound macam Happy Planner gambar di atas ni.

Kalau Shai? Sebab benda ni trending jadi nak belanja untuk keseluruhan setup tu macam tak praktikal pula jadi cara mudah, kita DIY kan sajooo.

Gini shai tunjukkan secara ringkas macam mana shai buat planner saiz micro ni.

Diy Micro Planner

Sebab saiz ni takda jadi memang kena buat semua dari awal lah, iaitu:

  • Cover depan, cover luaran (kalau korang nak tambahan dari cover depan tu, kalau tak tak kisah)
  • Divider untuk setiap kategori korang nak
  • Stok kertas (shai guna stok kertas A4 dan lebihan kertas yang ada dalam kotak kraf hehe)
  • Buat slip file saiz micro, buat simpan stiker resit ke apa

Dan paling best, Shai gunakan puncher biasa dan ring file untuk set kertas tersebut, seperti dalam gambar di atas. Setel

Review Shai Menggunakan Micro Planner. Apa Manfaatnya?

Jujurnya Shai pelik pada awal awatah guna kecik sangat kertas nak menulis,puas ka macam tu..

Lepas testing it out so far so good; Shai boleh gunakan sebagai buku nota yang boleh dibawa ke mana-mana (cuma ia lagi cantik lah sikit), sangat sesuai untuk orang yang sentiasa bergerak ke banyak tempat.

Korang boleh set kategori/jenis nota yang korang nak, untuk dibawa ke mana-mana.

Macam Shai gunakan untuk kalendar bulanan dan boleh terus ke jurnal harian dari menggunakan mingguan seperti kebiasaannya – appointment semua siap2 ditulis dalam ruangan harian (daily spread).

Dan kategori kalendar ni berkait dengan kategori lain iaitu diari makanan, diari produktiviti (untuk Shai tengok sistem/tabiat apa yang bagus untuk diteruskan), dan juga idea2 yang shai ada sekilas untuk ditulis.

Takda nak deco2 sangat dan Shai tulis cincai, gunakan layout minimalist ja.

Dan yang bestnya, sebab ada Google Calendar ni shai boleh refer kalendar tu dan gunakan di sekali dengan planner micro ni. Senang.

Kalau situasi korang lebih kurang macam Shai – prefer gunakan kertas dan pada masa sama sentiasa bergerak – saiz micro ni boleh jadi planner yang boleh bantu kadar produktiviti korang.

Bacaan lain:

Pollow link pinterest board kita khusus untuk planner, dan juga akaun ig planner kita hehe..

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge