2 Cara Tambah Stamina Dengan Mudah

Umumnya, stamina ni dimaksudkan sebagai satu keupayaan untuk melakukan suatu kerja, dan kadar keupayaan tu lah stamina korang (dah macam buku teks fizik pulak). Betul lah kan, kalau stamina tinggi korang steady, kalau stamina yang rendah cepatlah semput. 

tambah stamina, letih, cepat semput

Dan ada kesan lain kalau stamina korang berada di tahap rendah, iaitu:

Stamina yang rendah juga bermaksud korang tak aktif (untuk maintain kadar keupayaan tersebut) dan ini secara tak langsung bermaksud berat badan mudah bertambah jika pemakanan tidak dijaga dengan betul. 

Kalau jaga makan sekalipun tapi tak maintain stamina (iaitu dengan gaya hidup aktif = bersenam lerr) pun tak jadi juga sebab jantung tak dilatih untuk gunakan oksigen dengan efisien, maka korang mudah cepat semput walaupun untuk satu aktiviti biasa.

Contoh kalau terkejar2 lari nak tangkap bas pun dah semput. Acano.

Stamina yang rendah juga dikaitkan denga rasa lesu dan lemau lebih mudah dan kerap, dan ini boleh ganggu produktiviti harian korang. Rasa lemau ni yang buat takda mood.

Jadi bagaimana nak menambah stamina korang?

Cara Untuk Tambah Stamina

Senaman

Kalau diet, faktor pemakanan yang menjadi utama dan kalau stamina, senaman yang menjadi major factor – kerana rutin senaman yang kita buat akan menentukan samada stamina kita bertambah atau maintain takat tu ja.

Kalau tak buat langsung senaman, stamina akan beransur turun dan korang kena start dari awal balik untuk bina balik n latih otot semula (membazir pula).

Kurangkan waktu rehat antara rutin senaman untuk latih tubuh korang catch up, selalunya rehat dalam 30 saat gitu sebelum mulakan rutin yang lain (alau rehat dekat sejam tu tak payah lah hehe) dan cuba tingkatkan tahap senaman yang korang buat bila tubuh korang boleh handle. Ini secara tak langsung akan meningkatkan stamina.

Sumber: Pinterest

*kalau guna smartwatch, degupan jantung sedikit sebanyak jadi penunjuk tahap stamina korang. Kalau pada tahap tertentu jantung degup tinggi dan korang lakukan senaman yang umumnya biasa, tu tanda jantung kena train lagi lah tu.

Pemakanan

Faktor ini pula dalam peringkat kedua dalam meningkatkan stamina dan ia merangkumi secara umum: pastikan pemakanan korang tinggi nutrisi dengan pengambilan air masak yang cukup agar tubuh boleh berfungsi dengan optimum, lagi-lagi dalam proses meningkatkan stamina.

Sebabnya, nutrisi ini lah yang akan membantu dan membekalkan tubuh korang untuk buat pelbagai aktiviti seharian, lagi-lagi untuk aktiviti berat untuk tingkatkan stamina ni lagi penting makanan yang alami diperlukan. Kalau fast food nak cekau nutrisi dekat mano.

Kesimpulan

Macam minyak kereta lah analoginya. Guna minyak ‘pekat’ lama sikit nak pakai kereta sebelum isi lagi sekali, berbanding isi minyak ‘cair’ entah2 lusa dah kena isi balik.

Banyak masa habis kalau asyik letih dan semput kot

Semoga membantu ya!

Bacaan lain:

Sumber: 1 2 3

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge