Boleh Ke Saya Nak Diet Sekejap Je?

Kalau boleh, kita semua nak diet sekejap untuk dapatkan balik berat target kita, dan lepas tu makan macam biasa ja kan? Dalam dunia ideal, best sangat kalau dapat macam tu. Hakikatnya?

Nak Berdiet Ke Tak Ye

Perkataan diet itu sendiri ada stigma yang tak berapa sedap nak didengar; mana taknya, diet tu bermaksud kita kena pantang makan sekian-sekian, berlapar sekejap, seksa diri sementara waktu dengan senaman (yang lagilah asal boleh kita nak elak) sampai capai berat target tu. Lepas tu stop dan kita makan macam biasa:

Pagi makan nasi lemak, tengah hari nasi berlauk, malam kita makan lagi nasi atau lagi best kita order mekdi atau kepsi.

Betul tak? 😛

Sebab tu, sebolehnya kita akan cari solusi yang boleh bantu kita capai target berat dengan secepatnya, melalui supplemen, protein shakes, bengkung dsbg; apa sahaja yang boleh bagi kita hasil cepat.

Sebab tu, produk2 yang ada ayat “dalam masa 7 hari”, “serta-merta” dsbg popular dalam aspek kurus ni.

Rilek. Benda ni biasa sangat berlaku ja. Jangan risau sangat.

Cuma, kita tanya diri sendiri, selama kita gunakan produk itu adakah tercapai berat target tersebut. Dan jika ya, berapa lama maintain berat tersebut sebelum naik semula?

Baca sehingga habis, mengapa isu ini berlaku. 😀

Tentang Diet

Sebab utama mudah ja:

Kita fikir nak berdiet ni perlu diasingkan dengan apa yang kita makan hari-hari, yang di mana yang kita makan hari-hari tu, tak berapa bagus untuk kesihatan kita dalam jangka pendek mahupun panjang.

Nak berdiet yang quick untuk jangka pendek seperti nak turunkan baki kilo yang statik ka; nak kawin/tunang ka; diet yang menjurus kepada hasil segera sedikit sebanyak boleh membantu (sebab mostly ia berat air yang dibuang) namun tak boleh diamalkan jika banyak kilo nak dibuang, DAN juga nak maintain target berat untuk jangka panjang.

Kalau boleh, sampai tua pun tetap fit dan awet muda dengan berat ideal yang kita nak kan?

Sebab diet sebegitu akan menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi dan korang akan letih lesu dari biasa < itu yang membuatkan korang fikir diet ni sesuatu yang menyeksakan, dan cenderung untuk diet tu kelaut.

Baca sini: jika korang asyik diet kelaut ja, apa kena buat lepas tu.

Kitaran Diet

Selalunya kita yang berdiet ni kitarannya:

  1. Berat turun laju giler. Seronok kot 😀
  2. Berat statik. Cari jalan dan bertanya kenapa tak turun berat tu (tanpa check ada inchloss ke tak)
  3. Masih takda perubahan walapun dah buat macam-macam. Atau lagi strict diet tu dibuat
  4. Berat pulak naik
  5. Frust. Stop terus. Rasa macam ditakdirkan untuk badan gemuk sampai tua

Dan ia akan berulang-ulang dengan bezanya diet jenis lain-lain, atau produk yang berbeza.

kitaran diet, cepat kurus, produk kurus, supplemen kurus

Sedangkan hakikatnya, boleh ja kita dapatkan berat badan target yang kita nak tu.

Apakah Solusi Yang Saya Kena Buat Kalau Nak Kurus Ni?

Banyak solusinya yang boleh Shai kongsikan tapi akan berjela pula post ini. Link Shai letakkan di akhir post ini ya.

Cuma paling-paling asas, ialah kenali diri, kenali faktor yang membantu dan yang menghalang korang untuk dapatkan weight loss tersebut, serta buat adjustments ikut situasi korang.

Sebab tak semua orang boleh sediakan yang jadi idaman semua orang yang nak kurus: tempat gim khas, ada personal trainer, personal chef, dan juga PA untuk uruskan hidup kita. Kan? Tambah lagi kemungkinan ada yang ada kekangan seperti depresi dan isu psikologi lain pun kena ambil kira juga.

Tapi tak bermaksud kita yang takda semua tu, terus ditakdirkan tak boleh kurus pun. 😉

Hanya usaha, dan set otak kita nak kurus ni bermaksud kena tukar cara pemakanan yang sihat, buat pilihan yang sihat: pilihan yang kecil sekalipun, dibuat ulang-ulang pun sikit-sikit lama jadi bukit kot.

Hari-hari kurangkan nasi takat 1 senduk sehari dan lebihkan 1 senduk sayur, ingat tak boleh kurus ke dalam 2-3 bulan macam tu? Puasa setiap Isnin dan Khamis, ingat metabolisme tak naik dan usus tak bersih ke untuk cepat lean dan kurus ke?

Sebab beberapa kajian menunjukkan mereka yang ikut program kurus/diet tertentu akan struggle nak maintain berat yang dah dicapai, di mana lepas capai berat target tu mereka dah tak amalkan apa yang biasa dibuat ketika berdiet, menyebabkan berat badan naik, malah berganda dari sebelum berdiet tu.

Badan memberontak dan balas dendam lah kot. XD

Jadi solusinya adalah cari penyelesaian (dalam bentuk pemakanan dan senaman/cara hidup aktif) yang boleh korang buat, dan amalkan walaupun dah capai target berat, peratus lemak, dan inchloss korang.

Janji buat okeh. Sebab tu ia dipanggil healthy lifestyle, bukan healthy sekejap ja;)

Sumber: 1,2,3, pengalaman sendiri (tau le apa kita dok cakap ni)

Nak bacaan lanjut tentang bagaimana korang boleh dapat berat target (dan maintain berat tu), klik sini ja.

Okeh, korang dah habis baca ni, nak mula berdiet macam mana? 😀 Kalau yang perempuan, boleh ja join grup kurus yang Shai buat, klik kat gambar kanan ni ya (yang lelaki tak boleh. sori ya).

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge