Apa Akan Jadi Jika Saya Menyanyi Ketika Workout?

Tajuk yang agak menarik, tapi semua orang yang workout di rumah buat gini kan? Menyanyi ketika workout didapati bukan sekadar menyeronokkan, malah ada manfaat tambahan pada tubuh anda sendiri.

Masa ni lah nak rasa acah-acah atas pentas ye dok. XD

menyanyi ketika workout

Apakah Manfaatnya Jika Saya Menyanyi Ketika Workout?

Selain buat anda rasa seronok untuk nyanyi sepuas hati ketika bersenam, aktiviti itu sendiri juga didapati membuatkan anda cenderung untuk bersenam dengan lebih berkesan dan sepenuhnya, sepanjang rutin tersebut – sekaligus ia bermaksud, hasil workout yang lebih berkesan.

Mengikut kajian di sini, perbandingan antara orang yang workout takat dengar lagu dengan yang menyanyi (atau melalak? Screamo? Hehe) dengan musik mereka sendiri, didapati yang menyanyi tu rasa kurang penat dalam rutin senaman yang sama, dan yang pasti, tidak stress.

Baca sini: apa kesan kepada tubuh anda, jika sentiasa dalam keadaan stress.

Maksudnya, workout yang mereka buat lebih berkualiti, menggunakan oksigen lebih efisien (yelah, masa nyanyi kita kawal nafas ikut lirik kan), dan boleh maintain dari letih sehingga rutin senaman tu habis; hasil daripada kesan menyanyi kepada kawalan emosi-motor di otak kita.

Perhatian: workout di sini yang dimaksudkan adalah jenis strength training. Jika senaman kardiovaskular, boleh buat cuma sangat susah. Yang pro macam Beyonce biasa buat, dipanggil cardio singing. Baca manfaat senaman kardio di sini ya.

Ada Apa-Apa Isu Jika Saya Berterusan Menyanyi Ketika Workout?

Takda isu pun. Asalkan jangan melalak dekat gim tu sudahlah.

Kalau dekat rumah sendiri, sorang2, melalak lah lepas soundproof sikit bilik tu. Kan tak pepasal jiran skodeng buat viral video.

Apa lagi, ada lampu hijau lah nak melalak lepas ni. XD. Ni playlist yang Shai suka dengar ketika bersenam. Banyak lagi sebenarnya heh heh.. Ni klasiklah sikit. Atau korang suka dengar lagu zapin ketika workout? Kelass gitu.

Untuk yang nak bermula, baca sini untuk ketahui merangka rutin panduan senaman yang betul.

Sumber: Jurnal, 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge