Panduan Diet Ketika Bekerja

Kebiasaanya orang yang bekerja 5 hari seminggu ini rata-rata yang susah untuk konsisten dalam berdiet kan? Mana taknya, dengan tekanan di tempat kerja dan hidup yang practically rushing, memang takda masa nak fikir apakah cara dan pelan yang terbaik untuk mencapai berat ideal yang diidamkan. Sudahnya azam tahun lepas dibawa ke hadapan (sekali lagi).

Nota: post ini Shai tulis untuk merujuk kepada yang bekerja ikut office hour. Jika anda kerja ikut shift, anda boleh sesuaikan ikut waktu dan tempoh bekerja anda, kerana prinsipnya tetap sama.

Kesukaran Diet Ketika Bekerja

Okeh, kita fokus kepada masalah sekejap untuk kenalpasti mana situasi yang anda alami dalam usaha nak diet nih.

  • Tergoda rakan sekerja makan sedap sangat (samada dia pandai masak atau bini dia bekalkan lauk sedap), either way, buat diet kita kelaut buat kesekian kalinya
  • Sentiasa fokus dengan kerja dan tidak ada masa nak cari apakah solusi yang terbaik untuk berdiet. Kejap download menu plan ini, workout challenge yang itu last2 tak guna pun berhabuk dalam folder handphone.
  • Kerja yang agak memberi anda tekanan (samada kerja itu sendiri atau penat nak hadap office politics yang tak kondusif), apatah lagi anda emotional overeater; anda cenderung untuk makan ketika stress dan pastinya makanan yang diambil itu tidak sihat

  • Tempat anda kerja memang tempat makan: samada ia pekerjaan yang melibatkan makanan atau tempat kerja anda banyak buat makan-makan (ni heaven betul). kan tak makan kecik hati bos pulak haha

Dan pelbagai lagi cabaran untuk kurus sampai anda fikir, masa anda dapat capai target nak kurus ni masa bulan puasa lah gamaknya.

Lepas tu naik balik berat badan lepas raya ye dok. Sadiss..

Solusi Untuk Diet Ketika Bekerja

Maka untuk itu, Shai bantu korang serba sedikit dengan menggariskan beberapa prinsip utama dalam mencapai berat badan ideal, dan kemudiannya terus komited dengan plan kurus tersebut, berkadaran dengan berat yang anda ingin hilangkan.

Logiknya, berat kurang 5 kg boleh setel dalam sebulan ja. Lagi banyak kg, lagi lama masa yang diambil ya. Ini fakta kerana nak turun 20kg dalam 2 minggu adalah mustahil melainkan anda buat liposuction (itu pun doktor akan bebel suruh makan sihat dan sentiasa aktif untuk kekalkan hasil tersebut).

Patstikan komponen makanan ini anda ambil dalam proses weightloss anda. Sumber: nowendthefat.com

Panduan Untuk Diet Ketika Bekerja, Prinsip Utama

  1. Senaraikan berapa berat terkini, berat ideal (rujuk carta berat sihat), bentuk tubuh anda (pear ke epal ke), dan juga paling penting, apa2 masalah kesihatan/ubatan yang diambil serta kecenderungan anda ketika makan (adakah anda makan waktu makan bila lapar atau nak mengunyah memanjang ja?), dan juga waktu kerja anda.
  2. Cari dan pilih diet yang sesuai dengan situasi anda berdasarkan senarai tersebut dan pilih diet plan yang sepadan dengan tabiat pemakanan anda, waktu kerja anda, serta kekangan yang ada (contoh kekangan: makanan yang ada memang tak membantu untuk anda berdiet jadi nak tak nak anda kena sediakan makanan sendiri, bajet anda, dan makanan dalam diet tersebut adalah sesuatu yang anda boleh sediakan)

Tentang diet plan ni: jangan ikut kawan tapi ikut tubuh anda. Tubuh anda akan bagi warning signs kalau anda penat dll jadi ikut cakap dia ya.

  1. Sediakan menu plan anda selama dua minggu, dengan 1 hari seminggu pilih satu item makanan sebagai reward (kek secret recipe ka contohnya, tu pun sepotong bukan sedebuk kek 2kg tu) air masak yang perlu diambil dalam sehari, dan air minuman/supplemen/alatan lain yang perlu, dan sediakan siap2. Kosongkan peti anda daripada makanan2 yang buat diet anda kelaut. Tampal di peti, di meja kerja, walet/buku nota, dan tempat kerja anda
Macam plan ini, cukup semua komponen nya seperti dalam rajah di atas. thenourishingeats.com
  1. Maklumkan kepada ahli keluarga dan rakan sekerja anda yang anda berdiet. Jelaskan kepada mereka yang anda diet sebab nak sihat, sebab anda ada masalah kesihatan ka apa. Jika dimaklumkan awal, pasti mereka akan membantu. Mereka kecam/perlekeh, pedulikan, sekarang masa untuk anda kurus.
  2. Komited selama sebulan, dengan target 5 kg untuk setiap bulan dan anda akan capai berat yang diidamkan.

*Shai sedangkan sediakan menu/panduan kurus, khusus untuk yang bekerja. Stay tuned ya. UPDATE: siap panduan tersebut, klik sini aja. 😀

*Khusus untuk ibu yang bekerja, yang baru bersalin 6 bulan lepas dan sedang menyusu , panduan untuk korang ada dah. Klik sini.

Korang bagaimana, ketika nak kurus dalam waktu bekerja memang mustahil sangat tak? Atau kena tunggu bulan puasa baru dapat merasa ke-kurus-an tersebut? Cer share di sini ya 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge