5 manfaat utama yang anda akan dapat dari bersenam secara berkala

Sebut aje tentang bersenam ekspresi muka dah semacam je.. Hati spontan berkata:

“nantilah..lain kali lah..”

Hehe.. Tetapi saya boleh jamin perubahan positif dapat dirasai walaupun senaman hanya sekdar 10 minit sehari.

Ini dia 5 manfaat paling utama yang boleh kita dapat dengan mengamalkan senaman secara berkala (tu bukan bermaksud sebulan sekali ye..).

#1 bersenam mengawal berat badan

Ni memang paling jelas dah – senaman secara kerap memang bermanfaat untuk mengurang, mengawal DAN me-maintain-kan berat badan dengan berkesan.
Walaupun ada cara dan seni untuk melakukannya, kita tidak perlu menghabiskan wang dan masa ke gim sebab boleh juga dilakukan di rumah. Ataupun untuk lebih mudah, pilih cara yang membantu kita untuk aktif seperti menaiki tangga dari menggunakan lif, berhenti satu perhentian bas dan berjalan kaki ke rumah (jangan pulak buat time mlm2), all-out kemas rumah, atau berdiri hampir setiap masa untuk melakukan kerja.
Senaman yang konsisten juga membantu kita untuk dapatkan bentuk tubuh idaman tau.

#2 bersenam melindungi diri dari penyakit

Obesiti, sakit jantung, darah tinggi, kanser, malah kemurungan boleh dicegah dengan mengamalkan senaman secara berterusan kerana ia terbukti untuk meningkatkan jumlah kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan kolesterol ‘tidak baik’ pada masa sama.

#3 bersenam membantu kita ceria

Lepas ni kalau boring sorang2 kt rumah terus sahaja lakukan senaman ringan untuk up sikit mood. Senaman mudah seperti berjalan laju meningkatkan hormon ‘gembira’ dalam otak seperti serotonin dan dopamine ke sel-sel tubuh dan seterusnya mengurangkan perasaan negatif (murung, boring, sedih2..).
Di lakukan secara kerap, senaman juga membantu kita untuk awet muda!
 

#4 bersenam akan melindungi minda dan memori

Ini adalah yang sebenarnya berlaku – semakin kita meningkat usia, minda kita juga akan menjadi tua jika tidak sentiasa berada dalam keadaan aktif. Penyakit tua seperti Alzheimer’s (nyanyuk)boleh datang dengan membunuh sel otak (dan tak bagi berhubung. J) dan mengecutkan saiz otak.
Untuk mendapatkan manfaat senaman dengan maksimum, sebaiknya mulakan dari awal untuk menjaga kesihatan minda kita supaya sentiasa aktif, selain mengamalkan minyak ikan yang terbukti untuk memori.

#5 bersenam meningkatkan tenaga

Kurang seminggu selepas anda bersenam pasti anda akan rasa lebih kuat untuk melakukan kerja2 ringan. Kenapa?
Apabila kita bersenam, kita akan memaksa otot kita bekerja dan mempengaruhi otot2 tersebut untuk bekerja dengan lebih efisyen (kurang tenaga diperlukan untuk kerja2 ringan), dan seterusnya meningkatkan ketahanan diri dan kekuatan otot.
Kira lepas ni takdalah semput angkut 5 beg plastik penuh tesco bawak masuk rumah. J
Berapa kali kita membawa 5,6 plastik tesco
yang penuh dalam seminggu?

Maintain kurus, ceria, aktif bertenaga, dan bebas penyakit adalah antara manfaat utama dengan senaman dengan kerap. Pilih sahaja senaman yang sesuai dengan diri, yang penting, kita buat walaupun cuma 10 minit sahaja. 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge