10 Tip Turun Berat Untuk Perempuan

Perempuan. Kurus. Benda yang sentiasa bertindan antara dua kan πŸ˜› jadi tak perlu cerita panjang kita terus staright to the point untuk 10 tips turun berat dengan mudah untuk perempuan. Sebab lain orang lain cabarannya nak kurus, korang pilih salah satu dan cuba selama seminggu kalau nak percaya. πŸ˜€

Lagi-lagi yang mak. anak dok berkepit acano nak kurus XD

Tips Kurus Untuk Perempuan

Pemakanan

Kurangkan Karbo Putih

Ni aspek pertama yang korang kena ubah, dengan karbo putih/gula sebagai faktor utama. Makanan kategori ni memang sedap tapi kesannya untuk jangka panjang dekat kesihatan tu tak bagus. Diabetes, sakit jantung, darah tinggi, selain berat badan naik mendadak antara kesan-kesan kalau mengambil makanan jenis ini dengan berlebihan.

Tak bermaksud korang kena harmkan karbo tu – ambil karbo kompleks adalah alternatif terbaik, dan ambil hanya setakat yang perlu je. Kalau sampai sendat kat seluar tu idok lah ye.

Air Masak Cukup

Pastikan air masak korang ambil dengan cukup sebab tubuh amat perlukan H20 ini untuk berfungsi – sel badan kita pun dekat 70% air kot. Malah terbukti dalam kajian pengambilan air yang cukup akan meningkatkan jumlah tenaga yang dibakar selepas tu.

Air masa, air detoks, asalkan air tu 90% air kosong tu, takda hal untuk korang minum.

Protein Cukup

Dalam aspek kurus, kita cenderung ambil karbo berlebihan dan kurang nutrisi makro yang lain seperti protein ni.

Protein ni sangat penting sebab ia komponen asas untuk tubuh gunakan untuk bina pelbagai jenis sel dan pelbagai fungsi biologi,selain metabolisme korang bertambah laju dan bantu korang kenyang dengan lama jadi pastikan korang ambil protein dengan cukup.

Apa tanda metabolisme korang dah melayut? Baca sini.

Jangan risau. Selagi korang tak ambil sebanyak macam yang orang bina badan DAN minum air masak yang cukup, buah pinggang selamat ja.

Baca sini: nutrisi makro protein yang penting.

Senaman

Amalkan Strength Training

Senaman kategori ini telah dibuktikan berulang kali yang ia sangat membantu untuk korang kurus, lebih efektif dari sekadar senaman kardio sahaja. Sebab ia membantu tubuh untuk terus membakar lemak berterusan walaupun senaman korang dah stop, tak seperti kardio.

Tapi pada masa sama senaman kardio pun penting juga ya. Cuma nak tunjukkan beza dan manfaat dua jenis senaman ni.

Ni link post berkaitan senaman.

Tips Berguna Yang Membantu

Antara tips lain yang boleh membantu korang:

Jangan fikir sangat pasal diet. Kemungkinan korang berdiet sebab nama diet tu sendiri, sesuatu yang buat kita rasa berprestij gitu (contoh: Atkins Diet, Paleo Diet, Mediterranean Diet, atau South Beach).

Tapi korang kena tahu dan pastikan, adakah diet tu sesuai dengan korang?

Jangan tambah tekanan dekat tubuh yang terbeban bila kena tukar cara pemakanan. Cari sistem yang sesuai ikut diet/pelan pemakanan yang ada, dan ikuti sehingga korang jumpa yang serasi.

Sebab satu diet mungkin tak sesuai sebab gaya hidup, ubatan, fasa hidup dan sebagainya. Oke?

Tahu betul-betul apa yang korang makan kerana sebahagian dari pemakanan kita ini adalah tabiat sekian lama. Tu yang tangan tu macam otomatik capai air manis, nasi tambah dsbg kan?

Mindful eating adalah kuncinya. Korang check dan tahu apa yang korang sumbat, dan dari situ boleh tahu apa perubahan dekat tubuh dsbg. Ni tak tau apa yang makan, lepas tu melolong berat tak turun adoiyai..

Antara langkah untuk mindful eating:

Beza kan makanan yang mindful dengan makan suka hati πŸ˜€

Pastikan tidur cukup dan berkualiti sebab kalau tak berat badan korang konfom senang naik – tubuh tak sempat nak repair sepenuhnya sewaktu tidur dan ini beri kesan kepada aturan hormon lapar dan trigger signal waktu makan.

Yang paling akhir sekali (yang min pasti ramai struggle) adalah pastikan korang tak stress dalam seminimum mungkin. Stress ni besar gak kesannya di mana dari stress hormon namanya cortisol akan ganggu pelbagai proses dalam tubuh termasuklah metabolisme lemak.

Stress tinggi boleh beri kesan period jugak tau

Tu yang orang stress mukanya kusam, ada jerawat banyak atau rambut gugur kan? Tu lah salah satu kesannya.

Semoga senarai ni mudahkan kerja korang nak berdiet. πŸ˜€

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge