Menggunakan Google Calendar Untuk Keluarga

Dalam post sebelum ini shai ada kongsikan tentang bagaimana boleh jumpa Google Calendar lepas sistem planner sedia ada tak membantu dengan keadaan sekarang, dan baru tahu kalendar ni sangat sesuai digunakan untuk satu keluarga jugak. Dan ni yang shai dok guna sekarang ni.

Bagaimana Menggunakan Google Calendar Membantu Untuk Keluarga

Dalam post sebelumnya shai telah tuliskan beberapa kelebihan Google Calendar untuk produktiviti diri, yang ni pula khas bagaimana ia sangat2 menyenangkan kerja makpak menguruskan keluarga (selalunya mak lah yang majoriti kan hehe).

Catatkan Tarikh Penting Setiap Ahli Keluarga Dalam Satu Kalendar

Yang ni fungsi asas kalendar dengan tandakan tarikh penting seperti tarikh lahir, cuti sekolah/cuti umum, malah tarikh penting yang spesifik seperti anak punya peperiksaan/perkhemahan sekolah ka, anak planning nak keluar jalan-jalan dengan member ka, mahupun sesi minum pagi mak2 nak bergosip sekejap dekat luar hehe..

Apa sahaja tarikh/masa penting tandakan siap2 senang – dan semua orang alert (berkait dengan ciri yang ketiga)

Dan bestnya, tarikh2 sebegini korang boleh set untuk ulang setiap tahun sampai ke setiap hari takda masalah.

Macam ni contohnya, setiap ahli keluarga punya waktu tertentu dah slot siap2 (ni pun sedikit sebanyak keselamatan jugak sebab korang tau aktiviti dan lokasi)

Tip: slotkan satu masa wajib me-time untuk mak ayah untuk beri masa diorang rilek sikit. Baca sini juga post rutin ritual untuk ibu (tak mahal don’t worry).

Selingan: ini juga memudahkan jika ada tiba-tiba event yang korang diajak pergi (macam kawan ajak teman shopping ka), korang boleh tengok sekilas kalendar waktu mana yang korang free atau boleh anjak masa sedikit jika boleh. Takdalah nak kena tanya sorang2 kat grup whatsapp lepas tu ulang alik sampai makan banyak masa. 😀

Set Warna Tertentu Untuk Kategori Tertentu

Ni feature yang shai suka giler sebab banyak warna yang ada dalam Google Calendar ni yang pastinya cukup untuk pelbagai keperluan dan ahli masing2.

Set warna yang semua ahli keluarga tahu samada ikut kategori (rumah, sekolah,dsbg), keutamaan (merah untuk penting giler ka) atau warna masing2 ikut setiap ahli, atau gabungkan terus.

Boleh set target, tarikh penting, malah reminder dengan warna yang korang nak. Senang nak nampak

Ada pelbagai warna ini juga membantu untuk korang tengok pattern jadual sekilas pandang.

Sync Dengan Semua Gajet Ahli Keluarga

Yang ni juga feature yang amat membantu sebabboleh sync dekat semua device jadi kalau mak set satu tarikh dekat kalendar, semua ahli terlibat akan tahu juga jadi takda lah kes anak terlupa projek sekolah ka, ayah lupa janji nak bawa jalan-jalan ka, atau mak lupa beli barang dapur XD. Takda alasan lagi ye dok.

Semoga membantu ya. Benda ni macam lifesaver dekat shai jadi harapnya korang pun sama 😀

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge