Ring Planner Berbanding Travelers Notebook

ring planner, planner, travelers notebook,

Ring planner ni kategori lain dibandingkan dengan planner jenis lain seperti travelers notebook (TN), apalagi menggunakan satu buku nota sahaja seperti dalam sistem bullet journal ataupun Hobonichi. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri, tinggal nak sesuaikan dengan keperluan kita ja.

Ye, dalam post sebelum ni Shai banyak tulis tentang TN (I gushed darn a lot about the system, ada post semuanya tentang TN di sini), namun sekarang ni dengan keperluan yang agak lain, memerlukan Shai menukar sistem planner, iaitu ring planner ini. -.-

Menggunakan Ring Planner Berbanding Planner Jenis Lain

Tujuan menukar terus sistem planner yang Shai pakai sebelum ini sebab keperluan sekarang ni yang agak berbeza sebelum ini; kerja rumah, anak, dan bisnes yang bertindan dan memerlukan Shai multitasking serta perlu kehulu-hilir serba sedikit menyebabkan Shai perlukan satu sistem yang boleh longgok setempat, dan pada masa sama tak gunakan banyak ruang.

Shai tahu, boleh gunakan apps ja. Sebahagian benda yang memang dibuat mingguan, bulanan, dan tahunan atau idea tertentu Shai gunakan apps ja, tapi untuk tugasan harian serta rekod, Shai lebih suka menggunakan pen dan kertas – ada feeling lain sikit, dan senang nak ingat serta banyak idea dihasilkan dengan tangan yang bergerak atas kertas ni. 😀

Dan berbalik dengan ring planner ni, Shai ambil masa juga fikir nak setup dan tukar betul-betul (tak nak membazir sewenangnya kot, melainkan dah plan pun tak jadi tu takpa lagi), apalagi Shai fikir nak buat secara DIY dulu berbanding nak beli the whole supplies set altogether.

Tak jadi kan aku pulak yang frust. -.-

Dan kekurangan ring planner ni, dia punya ring besi tu boleh mengganggu kita nak menulis hehe..

Sebab Dan Tujuan Menggunakan Ring Planner

Antara kelebihan ring planner yang Shai berkenan nak gunakan:

  • Boleh asing kategori ikut kegunaan kita, jadi Shai boleh longgok dan asing benda berkaitan kerja, rumah, anak, dan personal sekaligus
  • Kertas yang boleh ditukarganti tanpa perlu bawa nota-nota 2,3 bulan lepas dalam satu planner. Sebab tu dalam sistem TN Shai pakai sebelum ini, weekly semua had kepada 3 bulan gitu. Takkan aku nak usung senarai barang anak 3 bulan lepas punya cerita ja. Jadi dalam ring planner lepas setel bulan tersebut, hanya cabut dan simpan/buang
  • Insert yang agak universal yang boleh dibeli di mana-mana, malah boleh buat sendiri. Tinggal nak tentukan style kita ja nak macam mana. Cuma untuk Shai yang berjinak-jinak ni, Shai gunakan jenis 2 ring punya berbanding 6 yang biasa kita tengok dekat planner yang ada (baca lanjut di bawah untuk sebabnya).

Untuk bacaan lanjut perbandingan antara ring planner dengan buku nota biasa, klik sini.

Ring Planner Setup Shai. Semua Diy Okay!

Okeh, ini setup ring planner Shai, dan basically Shai gunakan material yang dah sedia ada di rumah ja. Bangga juga sikit sebab buat sendiri pun masih kukuh, dan digunakan sepenuhnya planner ini. ^^v

Dan yep, masih menggunakan saiz A6 sebab stail kertas ni lebih lebar dan biasa didapati di sini (berbanding saiz field notes, personal dsbg). Sebab senang nak fikir sebenarnya; hanya lipat kertas A4 jadi A5 dan kemudiannya A6. Setel.

Cover depan, Shai gunakan lebihan foam daiso dari planner yang dibuat sebelum ini (boleh refer material yang Shai gunakan untuk buat TN, di sini). Haruslah dengan ring planner ni, ia akan melebar berbanding dengan buku nota biasa/TN sebab nak accommodate ruang untuk ring tersebut.

ring planner

Bahagian depan, Shai potong plastik keras folder sebelum ini. Dan seperti yang dilihat, Shai gunakan 2-ring planner dari daiso juga. Tujuannya (berbanding 6 ring yang biasa kita tengok di pasaran) sebab ni je: senang nak puncher. 😛

ring planner, zip pouch
Ada zip pouch Daiso saiz A6 sebelum ni, Shai punch je ikut kertas tu

Kategori-kategori yang ada: collection (ada wishlist, plan untuk tahun ini, senarai doa dsbg), monthly and weekly, kategori khas untuk Naz seperti sekolah dan homeschool dia, bisnes, malah ada ruang khas untuk Shai praktis Mandarin dan jurnal kesyukuran.

ring planner, section,
Kategori ni pun gunakan paperbag yang dapat hadiah masa ada student UPSI interview Naz n kita untuk assignment depa. Terima kasih! ^^v
weekly spread, weekly layout, ring planner
Weekly spread yang minimal dan simple. Dashboard flip juga gunakan lebihan plastik keras yang ada, dan Shai lekatkan stiker sushi Daiso punya hehe..#sushiislife

Kesimpulan

Setakat ni Shai guna (termasuk waktu nak kalut rushing2), puas hati. Ruang ring tu memang mengganggu bila nak menulis tapi lama-lama dah tak heran dah, sebab dah biasa.

P/S: korang boleh follow ig Shai yang khas dibuat untuk planner2 ni. Klik sini ya. Dan korang nak baca lanjut tentang post2 berkaitan planner, klik sini.

Happy planning!

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge