Trip ke Penang: Idea & itinerary

Minggu lepas Shai dapat peluang untuk bercuti dan lepas sekian lama tak dapat nak spare masa untuk bercuti barulah rasa fuhh..lepas balik segar betul. Ultimate self-care orang kata.

Mana taknya, sebelum ni yang dikatakan bercuti pun, sebahagian besar masa pun habiskan dekat Naz masa tu dalam fasa growing up dan clingy lagi tu. Sekarang ni baru ok sikit nak ambil seminit dua meditasi sikit hehe..

Disclaimer: ni trip ikut Shai dan tak cover keseluruhan daya tarikan di Penang (sebab hujannnnnn wuwu); sekadar tips/idea sewatu percutian yang mungkin membantu korang time bercuti pulak.

Perjalanan Ke Penang

Jadi balik kepada topik sebelum meleret, bercuti ke Penang ni 5 hari yang telah plan dari awal2 lagi sebab tak tahu bila masa boleh spare untuk nak vacay betul-betul ni. Jadi alhamdulillah, kerja2 nak bercuti (dan berseronok? Hehe) dimudahkan.

Jadi trip nak pergi ni kami naik bas 2+1 yang Nice punya, dari Kl Sentral (dia sebelah dengan tempat jalan kaki yang hubungkan Kl Sentral dengan bangunan bertentangan yang ada CVS, SSM semua tu).

Kami ambil bas di laluan yang ada van dengan myvi SAHAJA tu. Sumber

Perjalanan mengambil masa 4 jam gitu dan bertolak dari pukul 9 pagi. Awalnya nak ambil tiket malam tapi fikir leceh pulak orang nak ambil jadi better ambil pagi – 4 jam je kan. Lain lah kalau naik bas ke KB tu sebaiknya ambil lah tiket malam sebab tidur nanti bangun2 dah sampai hehe..

Oh ya, dan bas ni berhenti sekejap ja dekat Simpang Ampat Perak tu (ingat berhenti kat Tapah tapi takpalah). Bas sampai on time dalam 4 jam gitu di Hentian Sg. Nibong

Hentian ni lah. Kita book guna Easybook.

Menyelit cerita lawak sikit. Sebab first time naik bas ke Penang ni cuak sebab ikut peta dia lepas Nibong Tebal di seberang Perai, dekat tiket printout tu stop dekat Sg. Nibong, di pulau. Dok terfikir lah jugak dia buat roundabout ke apa ni rupanya nama ja Sg. Nibong apa da.. XD

Aktiviti Yang Dibuat Di Penang

Alhamdulillah, sampai elok dalam pukul 130 ++ terus p lunch dan alang2 singgah Tesco untuk beli stok makanan untuk bekal di hotel/sepanjang percutian. Yelah bawak anak kecik ni, perut diorg pun kecik jadi standby lah untuk depa.

Syukur waktu tu ada beberapa promo dekat Tesco yang membantu macam susu kotak Fernleaf 4 harga dalam RM4.20 ja, ada clearance bakery roti keju, roti kentang Tesco (serius sedap dan gebu macam yang La Boheme Aeon tu) dalam Rm1.20 ja jadi boleh borong dan treat sikit Naz beli roti yang dia suka. So ok, part makanan untuk anak/buat alas perut dah setel.

Tu kotak Fernleaf yang dapat masa promo. Tip: bawa kertas laminate untuk anak ralit melukis/menulis ikut suka dia. Klik sini untuk baca

Check in di New Hope Inn, hotel bajet untuk tempat letak barang n beg2 tu. Walaupun bajet Shai puas hati sebab keperluan basic untuk hotel ada dan rate pun murah juga (dalam RM100/malam), selain ada jalan berdekatan ke pantai.

Masa pergi air surut pulak ceh.

surut ja airnya aiyoo

Cadangan Aktiviti Di Penang

Jadi memandangkan trip yang dirancang ni ikut budak kecik jadi fleksibiliti kita bagi dekat tukang bawak lah.

Shai tak kisah pun asalkan boleh drive dan pusing tengok2 bangunan (kot2 ada apa2 berubah atau ada benda baru ka). Hentian pertama kita ke Paragon Mall – takda apa nak cerita sangat sebab dia mall ja tapi yang best tu sebab ada Book Xcess yang besar, memang seronok dapat tengok kedai buku tersebut.

Feelin cute (jarang dapat Naz posing elok gini so gambar ni rare gak lah). Gambar di Parragon Mall, yang ada Book Xcess tu

Yang jadi kewajipan juga kami pergi ke Youth Park dan untuk Shai yang suka jogging (dan Naz pun suka benda2 flora dan fauna ni) memang seronok lah sebab pada Shai, taman ni dirancang dengan baik dengan ada taman, kolam air dan kemudahan untuk keluarga – free je kot.

Tapi kejap je sebab hujannnn wuwuwu..

Malam tu berjalan lagi tapi sebab hujan sekadar pusing2 je lah. Alahai nak merasa lepak minum air dekat Esplanade tu pun tak boleh wuwu..

Melepak minum air tengah malam ambil angin, salah satu aktiviti yang Shai suka. 😀

Cadangan Aktiviti Di Sg. Petani

Hari keesokkannya bertolak ke Sg. Petani nak jumpa atuk dekat sana (yep, moyang Naz) dan alang-alang tu pusing2 dekat kampung lama di sana – kampung lah sangat sebab rumah pun dekat bandar ja hehe – dan tempat2 yang biasa pergi di sana.

Touching sekejap sebab salah satunya tempat permainan awam dekat situ tu lah tempat Shai main tak ingat dunia. Sebelah tu ada perpustakaan awam jadi boleh baca buku, dan sebelahnya ada mini zoo yang boleh kita lawat juga. Pendek kata, semua ada untuk makpak dan budak2 sama-sama.

Do you think I’d slide down this cement slide? You bet I did. Budak2 pelik orang tua ni menggelongsor turun muahaha

Tempat penginapan di Sg. Petani pula di Hotel El-Zahraa, deko yang ambil inspirasi dari Morrocco dan pada Shai, they did nail the vibes of Morroccan architectures. Kena dengan unsur2 deko negara tu dan Shai suka dengan suasananya.

Nak makan pula, malam tu lepak di OverStepped Cafe Perdana Heights – makanan western. Kita order Sloppy Joe dan Naz pirate pizza with extra cheese – tapi maknya yang habiskan

Suka dengan suasana cafe ni

Makanan semua sedap dan kena dengan namanya. Cuma Shai rekomen kalau nak makan better datang dengan perut kosong dan datang awal (better makanan macam ni waktu petang dan ke atas). mengah wehh. Menyesal gak lah sebab tak boleh enjoy sangat dengan mengah. Mujur boleh bawa balik bungkus dan makan esoknnya so takpalah. Korang ambil lah pengajaran ni.

Yang kami makan. Serius pastikan perut kosong sepenuhnya baru makan ya

Orait, dah setel semuanya kami balik esok tu dan berjalan sedikit sebelum packing barang untuk esok, sebab tiketnya pagi. Bolehlah singgah kejap pekena nasi kandaq dan buat stok jeruk di Chowrasta hehe..

Dua benda ni memang item wajib di Penang kan?

Perjalanan Pulang Ke Rumah

Perjalanan pulang juga gunakan bas Nice, seating yang sama, hentian yang sama, cuma tiketnya 11 am. Sarapan di hentian bas tersebut dan balik dengan selamatnya alhamdulillah.

So far, trip ke Penang ni tak dilupakan dan Shai sendiri yang asyik tangguh2 benda ni (sebab rasa tak layak je), rupanya bila kita rancang betul2 ia boleh jadi satu memori yang bermakna, dan bersemangat balik buat kerja. 😀

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge