Untuk Anak; Tambah Selera Atau Cukup Nutrisi?

Antara keluhan yang biasa Shai dengar ialah kawan-kawan yang nak tahu yang mana satu adalah pilihan terbaik, samada Mealshake atau Vitalea for Children. Shai dah gunakan kedua-dua supplemen tambahan ini kepada Naz mucuk tu jadi Shai tahulah bagaimana ia digunakan serta tujuannya (research habis-habis sebelum nak beli kot). Jadi harapnya penjelasan dalam entri ini akan membantu anda. 🙂

Kenali Fungsi Setiap Supplemen Tambahan

Sebelum nak menggunakan apa-apa makanan tambahan, elok sangat-sangat kita kaji dahulu kandungan dan tujuan kita gunakannya. Tak boleh juga main taram tau sebab ada potensi kontradiksi jika tak guna dengan betul.

Contohnya kalau yang mengalami penyakit Lupus Sistemik tak boleh ambil alfalfa, manakala pada yang mengandung, tak sesuai ambil collagen pada awal kehamilan.

Jom kita kenali fungsi dan tujuan setiap makanan tambahan untuk anak ni.

Fungsi Dan Tujuan Mealshake – Penambah Selera Anak

Mealshake ni, asalnya diperkenalkan semula sebagai makanan pelengkap yang segera selepas Vitalea for Children dihentikan penjualannya satu ketika dahulu. Selain itu, tujuan utama Mealshake adalah menambahkan selera anak.

naz chubby
Bayangkan dulu Naz punyalah chubby..sampai nurse suruh diet pula. hihi

Formulasi Mealshake mengandungi  19 vitamin dan mineral, serta serat dan protein untuk pelbagai fungsi tubuh dengan sempurna tanpa risau. Yelah, kadang-kadang anak kita ada mood nak makan, cukuplah nutrisi, kalau dia cerewet mau sakit jiwa nak suruh dia makan juga. Hihi..

Dan semestinya,rasa vanila pekat yang perghhh.. dan boleh dicampur ke pelbagai hidangan (boleh buat aiskrim, kek, biskut kalau mahu juga)

Serius, buat kopi susu dan tambah sedikit Mealshake (kat hujung sudu ja) rasa caffe latte vanilla yang umph – dan antara sebab mengapa Mealshake cepat habis dari sepatutnya, bila asal kita beli kerana nak tambah selera Naz. Kikiki…

takda selera makan anak
Mealshake terbukti untuk menambahkan selera anak

Cuma, salah satu kebaikan utama adalah menambahkan selera anak, agar mereka makan sebanyak yang padan dengan umur mereka, sehingga kenyang, selain meningkatkan tahap imuniti anak. insyAllah, lepas itu anak kurang sket terkena demam ke apa.

Naz dulu punyalah azab nak makan nasi, sampai kita nak give up. Alhamdulillah, lepas beli Mealshake iktihar akhirnya berjaya. Walaupun kena bebel dengan en.somi pada mulanya. Kikiki.. KLIK SINI untuk baca kisah penuhnya. 😀

Fungsi Dan Tujuan Vitalea For Children – Pelengkap Nutrisi Anak

Vitalea for Children pula, diperkenalkan semula Januari 2015, tapi dengan formula yang lebih pekat dari versi sebelumnya. Seperti Mealshake, Vitalea for Children juga mengandungi  spektrum nutrisi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk anak anda – cukup nutrisi tanpa risau lagi dan bertambah ketahanan imun sistem anak.

saiz vitalea
saiz vitalea for children. gedabak betul.

Bezanya dengan Mealshake, tak ada lagi testimoni yang menunjukkan Vitalea for Children juga berguna untuk menambahkan selera anak. Kalau ada kita akan update ya. 😀

KLIK SINI untuk baca review Shai gunakan multivitamin saiz gedabak Vitalea for Children ni. 😀

Mealshake Atau Vitalea For Children, Yang Mana Yang Terbaik?

Secara mudahlah ya, kita play safe sket. Kalau anak anda mengalami masalah kurang selera makan, sehingga risau tidak cukup nutrisi daripada pemakanan, Shai cadangkan gunakan Mealshake untuk anak dahulu, untuk membantu anak untuk menambahkan seleranya, selain cukupkan nutrisi siap-siap dan kuatkan sistem imun anak, kiranya kita approach dari 3 arah gitu. Hehe..

mealshake vitalea for children
mana satu pilihan yang sesuai buat anak anda?

Selepas anak dah mula makan nasi lauk tanpa cerewet lagi, terus sambung dengan Mealshake atau cuba pula multivitamin Vitalea for Children ni.

Dengan multivitamin mudah sikit, hanya buka dan bagi ja terus. Dengan Mealshake, kena bancuh2 pula. Hihi..

Belanja testimoni Mealshake sket. Hihi..

testimoni+mealshakes

Ada pertanyaan lanjut atau ingin dapatkan Mealshake dari Shai? Boleh ja pm di fb kita (Shai Kesihatan) atau wassap2 terus ke 017-915 3260 untuk pertanyaan dan konsultasi. Setiap pembelian dari pihak kita melayakkan anda untuk dapat jaminan dari team kami. 😀

Semoga pendapat Shai membantu anda dalam masalah selera anak anda. 🙂

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge