6 Makanan Yang Menenangkan Jiwa

Siapa di sini yang cenderung untuk makan banyak untuk hilangkan rasa stress atau sedih-sedih? Lagi-lagi makan banyak pula makanan yang manis, makanan yang diproses (cam nuget, sosej, mekdi..), atau jeruk sekalipun. Hee.. ada ke yang makan salad kosong bila dia stress atau murung-murung?

The-Benefits-of-Dark-Chocolate-for-Valentine’s-Day-Recipe-Included

Yang tak berapa molek dari tabiat sebegitu, ia hanya bagi kelegaan sekejap ja, dan seterusnya apa yang kita sumbat tu akhirnya lambat-laun akan menyebabkan kesihatan kita bertambah buruk – yelah, tambah berat badan (aka gemuk), darah tinggi, diabetis, dan sakit jantung – adalah antara penyakit-penyakit yang biasa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak teratur dan tidak sihat.

KLIK SINI kalau mahukan Shai konsult anda untuk kurus dengan sihat dan konsisten. 😀

Jadi special untuk sesiapa sahaja yang hidupnya agak sibuk dan stress,  makanan yang tersenarai dalam ini boleh membantu anda untuk tak tensen2 lagi.

Apa 6 Makanan Boleh Hilangkan Stress dan Menenangkan Jiwa tu?

Coklat

Tak hairanlah kalau setiap kali wanita tensen, kalau jumpa coklat di rumah itulah yang akan menjadi benda pertama yang dimakan dahulu. Malah, coklat ini di cadangkan sebagai salah satu makanan sihat yang elok diambil secara berterusan, dengan pengambilan yang sepatutnya.

Dark-Chocolate

Lebih-lebih coklat gelap, yang diketahui manfaatnya untuk menurunkan darah tinggi, tinggi kandungan antioksidan polifenol dan flavonol untuk neutralkan radikal bebas yang buat kerosakan dalam tubuh kita, lagi-lagi, akibat stress.

Bawang putih

Bawang putih ini terkenal dengan sifat anti-bakterianya, selain berfungsi untuk kuatkan sistem imunisasi – sangat berguna ketika kita berada dalam keadaan stress (perasan tak bila kita tensen atau sedih mudah kena penyakit?) dengan komponen allicin.

garlic

Tambah ekstra garlic ke dalam sup atau dibuat tumisan, sebagai perisa masakan dan boost ketahanan badan kita juga.

Tip: Ketuk ulasan bawang putih yang nak digunakan dalam masakan, kerana ia akan membebaskan komponen allicin dengan lebih banyak. ^^v

Kacang gajus

Antara kacang yang menjadi kegemaran (cair dikunyah hehe) untuk hilangkan stress, dan berguna pada sesiapa yang ingin menguruskan badan dengan kandungan protein dan lemak sihat dalam setiap hidangan (ambil berkadar tau, sebab kalori dia boleh tahan tinggi), selain zinc yang amat berkait rapat dengan perasaan risau (anxiety) dan kemurungan.

nuts in box food

Teh hijau

Minuman teh yang paling popular dalam mengruuskan badan (khususnya diet Atkins) , teh hijau mengandungi kandungan antioksda yang amat tinggi untuk lawan radikal bebas, memperbaiki aliran tubuh, dan juga meningkatkan ketahanan minda dan boleh menghilangkan stress – dengan dua cawan sehari sahaja. 😀

green tea

Tip: minum secawan sebelum sarapan untuk boost metabolisme anda dan membantu proses kurus dengan lebih berkesan.

Oatmeal

Bahan makanan kegemaran Shai tiap kali lapar pada waktu yang tak sepatutnya (Shai pun ada food cravings n godaan makan juga), oatmeal ini adalah karbohidrat jenis kompleks, yang mengandungi hormon serotonin untuk lawan rasa kemurungan kita (selain mengelakkan kita untuk makan lebih banyak). 😉

Sejak Shai mengenali resipi overnight oatmeal, dan tak miss dah tiap sahur. Huu

Oren!

Setiap kali rasa bosan atau down, makan ja sebiji oren dan lihat bagaimana mood anda selepas itu. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia adalah antioksidan yang berguna untuk lawan radikal bebas, selain bau oren (linalool) adalah terapeutik untuk legakan minda.

Sebab itu ada essential oil oren dan bergamot, sebab kandungan linalool ini lah. 😀

orange
KLIK sini untuk tahu bagaimana nak vitamin C yang anda ambil, diserap sepenuhnya 99%

Vitamin B Untuk Hilangkan Stress

Vitamin B telah lama dicadangkan sebagai satu alternatif mudah untuk kurangkan stress dan kemurungan dengan mudah, kerana ia terlah dibuktikan untuk membantu lawan rasa negatif sokmo tu. Sebenarnya kan, bila kita stress/sedih masa tu lah vitamin B yang ada dalam tubuh akan digunakan dengan sangat cepat.

Dan sampai satu tahap, salah satu faktor kesedihan/kemurungan ini adalah disebabkan oleh tiadanya vitamin B dalam tubuh kita.

Bagaimana B-complex Ini Membantu Saya?

Dalam setiap tablet B-complex ini, mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh, lagi-lagi untuk keperluan minda kita.

Oleh kerana vitamin ini jenis larut air, maka apa yang diambil akan cepat dikumuhkan, dan lagi cepat habis kalau kita dalam keadaan stress. Sebab itu, kita perlu dapatkan pengambilan B-complex ini dengan cukup. Kajian lanjut ada di sini.

Antara kelebihan lain B-complex dari Shaklee ni:

  • Menukar makanan kepada tenaga untuk kegunaan tubuh sebaik mungkin, secara tak langsung boost tenaga kita
  • Melawan rasa tertekan, kesedihan, dan susah tidur (insomnia)
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh (khususnya rambut dan kuku)
  • Meredakan sengugut dan pelbagai masalah berkaitan hormon, malah yang mengambil ubat perancang/hormon

Dan orang yang biasa amalkan B-complex ini, biasanya dia susah nak dok diam, ada je benda nak buat, dan pastinya sentiasa happy. 😀

B-complex-shaklee-banner1

Dan yang bestnya, kandungan vitamin B dan asid folik ini dihasilkan dari pati tumbuhan yang semulajadi, untuk kesan segera, serta tahan sampai 4 bulan. 😉

testimoni-b-complex
Jadi sesiapa yang kerap stress atau sedih, pakat-pakatlah untuk telan sebiji dua tablet B-complex ini

Khas untuk promosi bulan ini, anda boleh dapatkan sebotol vitalea secara percuma dengan B complex ini tau. boleh whatsapp Shai untuk maklumat lanjut (017-915 3260).

promo vitalea

Kesimpulan

Nak hilangkan stress dengan sepenuhnya memang hampir mustahil lah, namun dengan mengamalkan gaya hidup sihat, serta pengambilan makanan yang disebutkan ini, tak mustahil kita dapat uruskan stress dalam minda kita dengan lebih baik.

Oke, Shai nak shoppin’ lagi coklat gelap, dan jadi favorite. Hehe..

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge