Post ini spesifik untuk mereka yang nak membuat traveler’s notebook sendiri. Semoga membantu ya, kerana seperti post sebelumnya, Shai banyak kongsikan tentang planner dan seriously ia sesuatu yang Shai suka – planning, organizing – there’s something yang buat Shai sedikit lega yang semua ditulis terang depan mata dan boleh ikut senarai tersebut sambil rancang apa-apa yang spontan yang lain.
Ye lah, nak spontan surprise memanjang kalau sampai masak lauk tengah hari pun 4.30pm pun takda guna jugak ye dok.
Dan sistem yang Shai guna 100% sekarang ini adalah sistem bullet journal, dalam sistem planner Traveler’s Notebook, diambil daripada syarikat Jepun yang buat planner nama Midori (sebelum tukar kepada Traveler’s Notebook).
Orang jepun ni konsep dia minimalist, multitasking, dan inovatif (macam Muji) dengan penuh kawaii. Beza sikit dengan Ikea yang minimalist tapi lebih kepada strategi dengan motif Scandinavian dia kan?
Maksud Shai, kalau susun deko rumah ikut konsep depa ruang lantai lebih luas hehehe..

Mengapa Sistem Traveler’s Notebook Ni Sangat2 Berguna
So okeh, kita straight to the point dengan Traveler’s Notebook ni. Asasnya ia adalah sistem mudah, satu cover (biasanya guna kulit) dan ditebuk untuk ikat tali utama, dan dari tali tersebut guna tali2 lain untuk pegang buku nota tu, dan ditutup juga dengan tali getah jika korang nak sumbat benda2 lain.
Dan geniusnya sistem ini, bila buku nota dah habis digunakan, beli baru dan pasang balik. Jadi secara tak langsung ia adalah sebab mengapa kulit/leather digunakan dalam Traveler’s Notebook, sebab nak tahan lama dan jimat duit untuk jangka panjang juga.
Harganya last Shai check di Kinokuniya, Traveler’s Notebook ni dalam RM180. Agak mahal melainkan korang dah tetapkan hati nak pakai sistem ni sampai mati dia jadi super murah lah nanti.
Dan juga kalau korang terfikir2 tak pasti sistem planner sebegini serasi atau tak, mungkin dengan buat cover Traveler’s Notebook sendiri boleh bagi korang feel dulu sebelum beli the real deal punya.
Nota: Original ni Traveler’s Notebook nama dia (dengan Midori nama asalnya). Kalau company lain dipanggil fauxdori dan banyak giler jenama ada di pasaran; popular dari US macam Foxy Fix, Webster Pages, mahupun local punya seperti WonderDori (ni guna fabric, lawa giler) atau search di Etsy untuk Malaysia punya.
Lagi mudah, cari servis buat leather, minta kulit saiz ikut yang korang nak, dan tebuk sendiri dengan tukul. Sama ja hasilnya.
Okeh, baru masuk ke topik post ini hehe.
Bagaimana Membuat Traveler’s Notebook Sendiri
Kita mulakan dengan bentuk asas, iaitu dengan sekeping cover, dan tebuk 5 lubang, serta 2 tali getah untuk ikat dalam cover dan juga luar cover sebagai penutup.
Menentukan Saiz Planner Yang Di Ingini
Menentukan saiz sekeping cover ini bergantung kepada jenis/saiz buku nota yang korang nak gunakan. Korang biasa guna saiz standard seperti A5 (ada ke orang bawa buku nota saiz A3 wakakakawakanda), atau guna specialized size seperti saiz ‘regular’ atau ‘passport’ ikut size yang dimulakan oleh Traveler’s Notebook, atau ikut mat saleh sikit dengan size ‘cahier’ ke ‘personal’, atau ‘field notes’?

Isi yang nak disumbat dalam planner tu menentukan ketebalan Traveler’s Notebook korang, bermaksud bila nak buat cover tu kena tambah sikit ukuran untuk tampung ketebalan buku/benda yang nak disumbat tu (secara umum). Paling asas, 1 ja buku nota nipislah jadinya, atau biasanya guna 3. Ada yang sampai 7, ada yang sedebuk buku nota tebal tu jadi dori depa tebal (dan dipanggil chunky).

Jadi secara keseluruhan ukuran cover tu ialah: panjang buku nota korang x 2 (tambah sekali untuk ketebalan jika ada, tambah 0.5cm untuk ruang sedikit), tambah 1 cm kiri kanan, lebar buku nota tambah 1 cm atas bawah.
*Boleh tambah panjang tu 0.5cm kalau nak cover tu panjang sikit sampai cover semua. Ada orang tak suka kalau ada buku terjulur sikit hehe..sakit mata.
Baca sini juga untuk menentukan saiz korang nak guna dalam dori korang. Yelah, nak pakai sekali lalu, jenuh nak tukar2 size kot melainkan itu korang suka. Macam Shai, ada 3 buku nota ja dok guna, yang lain semua pindah ke cloud server heh heh.
Pemilihan Jenis Cover
Paling senang pastilah kulit, yang boleh dipecahkan ikut tesktur, warna, ketebalan, dan keras. Alternatifnya, ada yang gunakan PU leather, vinyl, malah kain. Ikut korang. 😀

Memotong Cover Ikut Ukuran
Okeh, dah dapat ukuran (campur sekali ketebalan jika ada) tadi, potong lah ikut gambar ini dan tebuk lubangnya sekali.
Yang dua lubang atas bawah cover ni, umumnya untuk selamat adalah tebuk berjarak 0.5cm antara hujung cover dan antara 2 lubang tersebut. Haruslah, kalau cover beso cam A5 tu kena 1-2 cm juga jarak antara 2 lubang tu. Tanda dulu dan tengok dengan buku nota korang terletak elok ke tak.
Nota: ni untuk standard loop, kalau planner mat saleh buat, ada sampai 2,3 lubang untuk sampai 6-8 elastik. Rujuk gambar di bawah untuk idea ya.

Yang lubang tengah tu senang. Cari ja middle point dan tebuk.
Macam mana nak tebuk? Shai gunakan tukul dan screwdriver yang ada tajam tu. Ni beli kat ikea punya, sebab biasa kedai hardware screwdriver philips ja ada kan?
(Optional) Potong Untuk Poket Dalam Cover
Yang korang tengok dalam planner ada poket bagai tu, boleh ja buat ikut suka, sebagai ruang tambahan untuk selit apa2 yang perlu. Ni pandai2 lah korang ukur ya sebab banyak option juga ni (nanti meleret post aku), dan gambar2 Shai buat Traveler’s Notebook di bawah mungkin membantu berikan idea untuk korang.
Cara Untuk Pasang Tali Elastik Di Traveler’s Notebook
Part ni pening sikit. Korang kena ikat benang dekat jarum, masukkan elastik tu dalam lubang tersebut, dan masukkan jarum ke lubang yang dibuat di cover tersebut. Dah agak panjang dia tutup elok (jangan bagi longgar nanti tercabut terabur lah buku kome), ikat elastik tersebut.
Cara Shai Membuat Traveler’s Notebook Sendiri
Okeh, panjang cerita entah korang blur2 ni. Ni gambar Shai membuat Traveler’s Notebook sendiri, guna foam pu leather beli kat Daiso heh heh. Menjadi setakat ni alhamdulillah. Ada cover Shai buat sejak bulan 1 elok lagi hehe.. masa tu nak test sesuai ke tak guna cover warna putih.



Bestnya tip ini, korang boleh beli murah dulu,= dan membuat traveler’s notebook sendiri, seterusnya cuba lihat serasi ke tak sistem sebegini, sebelum nak belanja mahal sikit. Barulah alah membeli menang memakai ye dok. 😉
Untuk bacaan lanjut, korang boleh klik post2 organizing Shai di bawah, dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.
Tips nak pilih planner yang sesuai