Planner Setup Shai Yang Terkini

Post lepas Shai kongsikan mengenai panduan pemilihan planner yang sesuai dengan diri, dan juga sistem yang Shai gunakan, berdasarkan planner Shai gunakan sekarang ni. Post ini pula, saja-saja nak tunjuk planner Shai yang dah set elok-elok. Pujilah sikit. XD

Daripada journey Shai menggunakan macam-macam jenis planner, akhirnya jumpa sistem dengan Traveler’s Notebook. Dan agaknya ini yang dikatakan sebagai planner peace – perasaan lega sebab sistem pengurusan yang sesuai dengan diri dah jumpa. Fuuhh..

Leceh tau nak kena buat balik semula dari awal setiap kali found out your system is not working. Much akin to finding the right school for your kids, or perhaps finding a husband? Shai siap doa banyak-banyak minta jumpa sistem planner yang sekali pakai dah setel. Alhamdulillah.

Jadi ini lah setup planner Shai yang terkini, dari 3 jenis kerja berbeda, urusan utama dan anak, dilonggokkan dalam satu planner.

Setup Planner Yang Terkini

Buku nota yang ada, ada tu Shai letak tab untuk senang carik
3 buku nota depan ni adalah kerja-kerja Shai. Yang pink tu untuk blog ni lah. masing-masing ada klip beso dia (beli kat ikea, 4 Rm14.90). Plastik depan tu folder juga, dipanggil dashboard
Plastik depan dashboard tu, bersambung sekali dengan folder plastik kiri tu. Yang kanan tu plastic pvc pouch size jumbo (ada 2 pouch, 6 card holder, n pen loop)
plastic pouch tadi, ni lah belakangnya, letak pen2 yang banyak guna

*plastik dashboard buat sendiri ja, beli kat daiso. even tali elastik yang ada dari daiso jugak. 😉

*kecuali planner harian, masing-masing ada buku notanya tersendiri untuk rujukan jangka panjang. Shai ready dah, rujukan jangka panjang ni untuk dimasukkan dalam cloud nanti, untuk rujukan staff nanti, inshaa Allah.

*cover ni bukan ori TN tau, ni order sendiri dari kedai kulit, Humbert Leathercraft namanya. Harga berbaloi lah jugak ni, lagi-lagi kalau kulit tahan lama nak guna kan? ? Cover dia elok, keras sedang-sedang dan tak lembik pun. Yang gambar pertama tu. Matte ja permukaanya, lama-lama dah pegang n rajin menyapu minyak zaitun jadi kilat-kilat sikit. Cantik. :*

Cam Banyak Planner Je Shai?

Tak banyak yunk. Dan ini yang paling terbaik memandangkan dari nak angkut 5 buku beso2 ke hulu ke hilir hehe..

Update Jun 2018: Sekarang Shai gunakan planner size A6, gabungkan sekali dengan walet untuk senang selonggok. Buku nota yang digunakan masih sama, cuma lebih integrated dengan storage cloud (dropbox, Asana, dll) untuk lebih efisien. Dan bonus adalah sebab saiz standard seperti A5 dan A6, buku nota yang dijual lebih mudah didapati (atau koman2 beli je stok kertas A4, lipat ikut size dan stapler teruss) berbanding saiz Midori Regular, passport, mahupun Field Notes.

Dan ya, masih gunakan sistem bullet journal lagi :D. Baca sini untuk info lanjut tentang sistem ini ya.

Semoga membantu, beri idea untuk korang buat planner sendiri!

Dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.

Bacaan lanjut

5 Comments

    1. Agaklah haha 😀 banyak tu dari 3 kerja yang berbeza (tak termasuk rumah n anak lagi). Senang sebab ada list jadi bangun pagi terus buat saja 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge