Intermittent Fasting untuk Wanita

Diet cara intermittent fasting mendapat perhatian dan kekal sebagai trend dan cara utama dalam menurunkan berat badan berlebihan, dengan peraturan yang mudah untuk diingati dan tidak perlu mengeluarkan kos yang mahal. Malah ia terbukti untuk memperbaiki kualiti kesihatan kepada wanita.

Intermittent Fasting untuk Wanita

Apakah itu Intermittent Fasting?

Intermittent fasting (IF) ni adalah satu bentuk langkah di mana anda perlu berpuasa dalam tempoh tertentu, makan pada waktu tertentu, dan sambung semula berpuasa pada tempoh tertentu.

Chup! Ia tak semestinya kena berpuasa macam di bulan Ramadan. Tempoh yang kita puasa biasa dekat 14 jam tu pun dah dikira panjang dalam intermittent fasting ni.

Fuhh..lega..

Kebaikan Intermittent Fasting Untuk Anda

Secara umumnya, banyak kebaikkan IF ni kepada tubuh kita; pastinya ia mudah nak ingat sebab tak banyak peraturannya sangat dan secara tak langsung menjadikan hidup anda lebih mudah dan menjimatkan masa kerana tak perlu nak fikir makan sangat.

Seperti waktu kita berpuasa Ramadan, IF juga memaksa tubuh kita membakar lemak yang tersimpan, lagi-lagi jenis lemak degil yang susah nak dibakar (berguna untuk orang yang terkena simptom weight plateau – bersenam diet macam mana pun berat takat tu jugak).

Pastinya, tempoh berpuasa tu memberi ruang untuk tubuh buat cuci-cuci servis dekat usus untuk buang segala baki makanan dan lendir yang tak perlu, memperbaiki nisbah bakteria baik, serta meningkatkan metabolisme kita, reaksi insulin (berguna untuk yang kencing manis), dan juga kapasiti jantung kita.

Kalau anda nak tahu metabolisme anda berada di tahap optimum atau tidak, klik sini ya.

The Fitness Junction

Secara tak langsung, IM ni pun menjimatkan belanja kita nak makan dalam seharian tau. Cer kira sebulan berapa kos makanan kita, sekalipun bawa bekal dari rumah. 😀

Khusus untuk wanita, hasil kajian tidak konklusif sangat sebab bila tubuh wanita kelaparan dia terus fikir waktu mudarat jadi tubuh kita cenderung menyimpan lemak (untuk buat anak dan susu anak hehe). sebab tu juga bila kita tertekan atau sedih mesti nak makan ja (bolehlah tunjuk encik anda statement ini XD).

Maka untuk elakkan keadaan sebegitu adalah mudah sahaja:jika anda secara umumnya sihat maka ketika waktu makan pastikan cukup kalori, makan seperti biasa, dan pilih makanan yang sihat agar tubuh anda cukup nutrisi.

Jika hormon anda masih bercelaru (baca sini untuk maklumat lanjut), anda dinasihatkan untuk dapatkan kepastian daripada doktor dan/atau betulkan dengan pengamalan jamu yang betul.

Jenis Intermittent Fasting Yang Ada

Ada tiga jenis intermittent fasting plan yang ada, untuk anda ikuti ikut kesesuaian keadaan, bajet, dan pekerjaan anda.

Intermittent Fasting Harian

Yang ni kalau anda nak turunkan berat badan dengan banyak dalam masa singkat. Anda perlu berpuasa selama 16 jam, diikuti dengan 8 jam waktu khusus untuk makan.

Jangan risau, waktu 16 jam tu pun dikira sekali jika anda tidur jadi katakan anda biasa tidur 6 jam, baki 10 jam itulah waktu anda berpuasa, kurang sikit daripada standard bulan puasa hehe.

Tak kisah pukul berapa anda nak mula 16-8 jam tersebut, asalkan ia berturutan tanpa skip (bukan dah 7 jam IF lepas tu ambil 1 jam untuk makan kemudian sambung balik tu bukan IF, tu makan balik macam biasa namanya).

Untuk memudahkan, kebiasaanya orang yang amalkan diet ni akan berhenti makan pada pukul 6 petang dan makan semula pada pukul 10 pagi keesokkannya.

The Military Diet

Perhatian: dalam tempoh 8 jam boleh makan tu bukan bermaksud boleh mentedarah macam orang kebuluran yek; makan ja seperti biasa, kuantiti biasa. Namun pada cadangan Shai, waktu ni makan sihat sedikit, walaupun semudah tambah ulam extra pada hidangan anda, atau minum teh hijau pada waktu petang.

Untuk ketahui tips mudah kurus dalam amalan harian, klik sini.

Intermittent Fasting Mingguan

Dalam pelan ini, anda akan berpuasa selama 24 jam terus menerus, sekali seminggu, dan pada hari lain, makan seperti biasa. Cara ini boleh digunakan untuk maintain kesihatan anda, sekadar nak berikan masa kepada sistem penghadaman untuk rehat dan cuti sekejap.

Agaknya ni rahsia orang yang selalu puasa sunat Isnin Khamis ko. Sihat je hehe..

Intermittent Fasting Selang Sehari

IF yang dilakukan pada selang sehari, di mana anda berpuasa 24 jam selang sehari, untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur. Cara ini berguna jika anda baru kali pertama nak menurunkan berat badan dan/atau anda tak nak berikan tubuh anda terkejut besar dengan extreme weight loss sebab dikhuatiri berat badan akan naik semula ala-ala yo-yo diet tu.

Pengalaman Shai Sendiri Buat IF Ini

Ya, ada buat seminggu secara terus di mana Shai cubajaya yang harian tu. Senang nak ingat (asal pukul 6, berhenti makan). cuma tak perfect sangat sebab tak cukupkan pengambilan air jadi masa waktu malam haus giler.

Ikut pembacaan Shai, minuman yang tiada kalori seperti air masak dibolehkan ja jadi ok lah tu. Dan waktu makan pula seperti biasa makan tengah hari cuma waktu petang Shai lebihkan sumber protein (telur rebus je..) dan teh hijau selain teguk air masak berbotol-botol.

Hasilnya, memang ketara slim khususnya di bahagian core dan lower. Dan paling tak sangka, Shai tiba-tiba cam alergik dengan kopi 3 in 1 (selalu Shai buat tiap pagi untuk telan minyak zaitun; tak masuk tekak wek). macam takda keinginan dah. Who knew? XD

Amalan IF ini Shai tekankan kerana besar manfaatnya kepada tubuh kita, dan ia menjadi sebahagian komponen kepada proses kurus yang Shai sediakan dalam bentuk satu panduan mudah untuk anda. Klik sini untuk info lanjut.

Kesimpulan

IF ni tidak dinafikan manfaatnya dalam kesihatan, apalagi kepada wanita. Shai sendiri dah cuba, bagaimana dengan korang? Jika ada yang pernah buat sebelum ini, kongsikan pengalaman anda ya. 😀

Untuk tips tambahan memilih IF yang sesuai untuk korang, klik sini.

Untuk rujukan tambahan, di sini yang bagus Shai baca.

Bacaan lanjut

No Comments

  1. Hai sis tq ya bg info. Nk tnye klau tgh menyusu badan mase buat if ni ade terjejas ape2 ke? Pastu klau start breakfast pukul 9 boleh? Makan roti canai pon boleh kan? Then lunch makan, then ptg makan lg sebelom 6ptg kan?

    1. Kalau yang menyusu kena tengok berapa umur anak juga ya. Sebab berpuasa (walaupun if) boleh menghasilkan komponen dipanggil ketones, dan ia sedikit sebanyak boleh ganggu penyusuan. Yang waktu makan 9am-6pm, takda masalah tempohnyaikut kesesuaian dan seperti yang disenaraikan dalam jenis2 if yang ada

  2. Hai sis tq ya bg info. Nk tnye klau tgh menyusu badan mase buat if ni ade terjejas ape2 ke? Pastu klau start breakfast pukul 9 boleh? Makan roti canai pon boleh kan? Then lunch makan, then ptg makan lg sebelom 6ptg kan?

    1. Kalau yang menyusu kena tengok berapa umur anak juga ya. Sebab berpuasa (walaupun if) boleh menghasilkan komponen dipanggil ketones, dan ia sedikit sebanyak boleh ganggu penyusuan. Yang waktu makan 9am-6pm, takda masalah tempohnyaikut kesesuaian dan seperti yang disenaraikan dalam jenis2 if yang ada

  3. Tgh buat ni sis.. Da dkt 4mggu.. Alhamdulillah at least turun sikit yg plg pntg xnaik dah berat tu.. Mkn tu kdg2 cheat jgk cume air manis mmg xamik lgsg dh.. Jajan2 pn skang bole tgk je xde teringin ke ape.. Hehe..

    1. Wahh tahniah sis. Betul tu, bila dah biasa IF mcm senang je kan? Kipidap!

      1. salam sis. kalau kita nk If 16:8 tu. air putih tu blh minum kan. sbb sy suka minum air ☺️

        1. Ya air putih boleh dimonum, walaupun waktu yang kita puasa tu. Malah wajib juga sebab kita sedang berpuasa makanan = detoks

  4. Tgh buat ni sis.. Da dkt 4mggu.. Alhamdulillah at least turun sikit yg plg pntg xnaik dah berat tu.. Mkn tu kdg2 cheat jgk cume air manis mmg xamik lgsg dh.. Jajan2 pn skang bole tgk je xde teringin ke ape.. Hehe..

    1. Wahh tahniah sis. Betul tu, bila dah biasa IF mcm senang je kan? Kipidap!

      1. salam sis. kalau kita nk If 16:8 tu. air putih tu blh minum kan. sbb sy suka minum air ☺️

        1. Ya air putih boleh dimonum, walaupun waktu yang kita puasa tu. Malah wajib juga sebab kita sedang berpuasa makanan = detoks

    1. Waktu sesuai untuk buat IF ini, bergantung kepada jenis IF yang cikpuan nak buat. Jika cikpuan nak follow rule 16-8, bermaksud 16 jam berpuasa, dan diikuti 8 jam untuk makan sahaja (waktu selain tu tak boleh nnt tak jadilah If tu). Contohnya (n Shai buat sendiri), pukul 10 pagi mula makan, sampai 6 pm stop. Waktu selain tu, puasa (takat minum air kosong n green tea takpa). Makanan pula, dalam puasa ini takda rule apa2 cuma pendapat shai, pastilah diet sihat sebagai pilihan . Ini IF 16-8, sama juga rule dengan 14-10, mahupun IF 24jam terus, dibuat sekali seminggu

        1. By right, dalam IF tak kisah makan apa2, walaupun mekdi sekalipun cuma tu lah, puasa ni detoks, elok juga makan sihat sikit. Yang minum air tu waktu bila ya, kalau waktu puasa, dalam IF boleh ja. Kalau dalam bulan Ramadan, batal

    1. Saya pun bru bermula sis… Masih jugak mencari² ilmu…
      So saya share cara sy…. Sy guna kaedah 8/16 sbb lebih sesuai dgn sy… 8jam mkn… 16 puasa..

      Mula mkn pkul 9.00am hngga 5.00pm. Mkn selang 2jam supaya x lapar. Biasa mmg x lapar pun hehehe. Disarankan kita pilih makanan sihat sbb kita dlm proses nak turunkan berat bdn kan… Tp sbnrnyer dlm IF… X kisah pun sbnrnye nk mkn apa time nih… Tapi berbalik la pd niat kita… Nak kurus dan sihat… So pilih la mkanan sihat…

      Puasa… Lepas je pkul 5pm kita start puasa smpai la pkul 8am keesokkan pagi nya… 16jam puasa ni kita boleh MINUM SAHAJA tnpa makanan… Nama pun puasa kan hehehe… Mnum plak air kosong atau green tea. Minum manis block terus… Masa ni x terasa sbb da ptg… Mkn ptg before 5pm td pun msih rsa kenyang… Pastu mkn da nk tido… Esok pagi bagun siap² pi keja… Smpai opis kol 8am.. Kita breakfast la spt biasa… Dan begitu la seterusnya…

      Harap penjelasan ni membantu… Diet ni mmg x stress… Sesuai dgn sy… Jom sama² kita sehat…

      1. Sorry typo. Masa 9am bukan 8am. Tpi klau sis nk start bkfast kul 8am pun boleh cuma kena stop mkn kol 4pm.. Janji cukup 8jam mkn / 16jam puasa.

        ‘Pastu mkn dah nak tido’
        Typo lagi disitu… Hehehe.. Malam bukan MKN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge