Manfaat Telur Sebagai Makanan Utama

Dalam berdiet ni Shai rasa dalam banyak2 jenis makanan, telur sebagai makanan utama untuk digunakan dalam proses kurus ni. Senang disediakan, versatil dengan pelbagai resipi, dan murah ja nak beli. Dan senarai manfaat telur sebagai makanan diet yang utama, boleh kuatkan lagi pegangan untuk borong lagi banyak telur masa berdiet ni.

telur sebagai makanan utama, kebaikan telur, diet telur, kurus dengan telur, kolesterol telur

Post ini tidak ditaja oleh mana-mana kompeni telur ^^v

Manfaat Telur Sebagai Makanan Utama

Pengambilan Telur Untuk Kesihatan Jantung

Kesan signifikannya kepada kesihatan jantung ni yang buatkan banyak bekas telur ditulis ‘baik untuk jantung’ kot. Tapi memang betul, pengambilan telur secara berterusan dengan kuantiti yang sepatutnya menguatkan jantung dan melindungi kita daripada masalah jantung.

Sebab telur ni tinggi mineral selenium, dan mineral ini dikaitkan dengan orang yang menghidap sakit jantung yang kurang dengan mineral ini (uish). malah telur juga meningkatkan kandungan kolesterol yang baik (HDL namanya) yang melindungi jantung.

Sapa yang kata telur ni buat tingkatkan kolesterol tu tak tepat ek. Hati kita pun hasilkan kolesterol untuk pelbagai tujuan tau. Maka yang isunya di sini adalah kandungan kolesterol jahat yang buatkan sakit jantung sebenarnya.

Tu dia hospital berkata-kata. 😀

Nutrisi Yang Terkandung Dalam Telur

Telur juga tinggi dengan kandungan mineral untuk keperluan tubuh kita (mana tak nya, mesti banyak nutrisi diperlukan untuk bina ayam dalam telur tu kot) dan yang paling kita biasa dengar ialah kandungan protein yang tinggi.

Malah ia dianggap sebagai sumber protein lengkap yang terbaik (tak semua makanan ada semua jenis asid amino/protein yang diperlukan tubuh, jadi telur ni macam jimat masa korang jugaklah nak makan).

Memudahkan Proses Berdiet

Kerana telur ini sebagai sumber protein yang utama, ia banyak digunakan dalam proses kurus dan banyak giler resipi2 telur yang sedap (berdiet tak semestinya kena makan telur rebus je yek) dan pastinya, makanan yang tinggi protein ini bermaksud kenyang dengan lama, memudahkan proses penurunan berat badan, dan juga meningkatkan stamina.

Antara diet menggunakan telur sebagai sumber makanan utama (kalau korang tahan muak lah). Diet ni sangat restrictive dan perlu hati-hati agar korang tak mentederah lepas capai berat target tau. Sia-sia ja usaha dan tak elok untuk jangka panjang juga

Perhatian!

Ada juga isu membabitkan alahan jika terlalu banyak makan telur (tak tau lah kalau ada yang meratah sampai 1 papan telur dalam sehari). korang boleh baca sini untuk kepastian, iaitu alahan dengan asid arakidonik.

Boleh Tak Makan Telur Je Semasa Diet Atkins?

Sumber: 1,2

Korang pulak, satu hari berapa biji telur makan, atau jarang ambil pun sebenarnya?

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge