Tips Untuk Diamalkan Sepanjang Berpuasa

Dalam post ini Shai kongsikan tips yang biasa diamalkan untuk maintain bertenaga sepanjang bulan puasa. Mana tak nya, masa bulan ni doa cepat makbul, banyak berkat dll, kalau boleh tak nak terbazir dengan lembik dan mengantuk sepanjang hari. Kalau boleh dari hari pertama bulan puasa lagi, kita sentiasa alert, seperti biasa.

tips untuk diamalkan sepanjang berpuasa, tips puasa, puasa muda, puasa bertenaga

Tips Untuk Diamalkan Sepanjang Berpuasa

Makan Yang Tinggi Protein Dan Lemak Sihat Waktu Sahur

Sebaiknya pilih makanan yang tinggi kandungan protein serta pilihan lemak sihat ketika bersahur agar kekal bertenaga dan tak cepat lapar ketika berpuasa, berbanding nasi semata-mata.

Ni pukul 12 perut dah berkeriuk naya ja lembik dekat meja kerja hehe..

Pilihan makanan berprotein dan lemak sihat ini kerana makanan jenis ini dicernakan secara beransur-ansur oleh tubuh, menjadikan pembebasan tenaga lebih steady dan berterusan, dan mengurangkan risiko diabetes.

tips untuk diamalkan sepanjang berpuasa, tips puasa, puasa muda, puasa bertenaga
Perbezaan antara makanan karbohidrat biasa seperti nasi, dengan makanan yang karbohidrat kompleks dan protein, dari segi pencernaan dan pembebasan tenaga untuk kegunaan tubuh

Berbuka Dengan Makanan Yang Mudah Dihadam Sebaik Sahaja Berbuka

Mula berbuka dengan makanan yang mudah dihadam adalah untuk memudahkan tubuh mencerna makanan yang senang untuk dapatkan tenaga segera sebaik sahaja berbuka selepas seharian menahan lapar. Contoh makanan mudah adalah seperti kurma *yusuf taiyoob, tembikai, dan juga telur.

*yang makanan mudah hadam ni, yang jenis manis janganlah mentedarah sangat hehe

Elakkan Minuman Manis Sebanyak Mungkin, Khususnya 3 In 1

Yang biasa ramai di antara kita yang bersalah (hehe..) sebab masa bulan puasa ni lah tiba-tiba tong-tong air berderet dekat gerai bewarna warni nampak begitu menyelerakan. Jika anda nak jaga kesihatan, sebaiknya hadkan lah amaun yang diminum, cukup 1 mug kecil sehari.

Begitu juga dengan minuman jenis 3 in 1, di mana kandungan minuman tersebut amat tinggi kandungan gulanya.

Bersyukur lah dapat minum walau sikit. Kalau yang dah kencing manis kena pantang terus. Kalau langgar gak alamatnya masuk hospital lah esoknya.

Mengutamakan Sumber Sayuran Dahulu

Amalan kesihatan yang sangat baik kerana ketika berpuasa ini tubuh akan cuci-cuci saki baki keladak dalam usus tu, dengan tambahan sayur akan bantu tubuh berfungsi proses cuci-cuci dengan lebih optimum.

Buat Stretching Di Siang Hari Dan Kekal Aktif Selepas Berbuka

Amalan bersenam ramai tinggal waktu puasa ni namun pada pandangan Shai elok diteruskan walaupun kurang momentumnya.

Contoh mudah, korang boleh buat light stretching ketika disiang hari, dan berjalan kaki sedikit selepas berbuka puasa, agar tubuh kekal aktif walaupun siang hari kena tahan lapar sikit.

Nak lagi brutal, cari dan join masjid yang buat terawih 20 rakaat hehehe..

Kesimpulan

Untuk lebih berkesan, sebaiknya sebelum mula 1 Ramadan lagi kita buat persediaan siap-siap, prepare tubuh kita sebaik mungkin jadi bila mula puasa tak lembik dah macam selalunya.

Dan salah satu caranya adalah dengan detoks tubuh dari awal sebelum berpuasa, berbanding masa puasa baru nak detoks, keluarkan toksin yang terkumpula sepanjang 11 bulan sebelum ni. Hehe..itu yang buat kita lembik sebenarnya.

Untuk ketahui cara detoks, serta langkah-langkah lain yang biasa Shai amalkan (dan juga coach orang lain sebelum ini) sebagai persediaan sebelum puasa, korang klik sini aja.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge