Senarai Fat Burner Yang Boleh Ditambah Dalam Diet

Dan senarai yang ada dalam post ini, adalah lebih kepada komponen yang alami agar dalam kita manipulasikan tubuh untuk bakar lemak dengan lebih cepat dan banyak untuk cepat kurus, kita tak beri kesan apa-apa pada kesihatan kita pula.

Okeh, apakah senarai fat burner yang boleh kita dapatkan untuk diet kita?

fat burner, turun berat, kurus cepat

Senarai Fat Burner Natural Yang Boleh Ditambah Dalam Diet

Kafein

Ni bukan bermaksud korang kena teguk kopi semata-mata tau tapi kafein ni terbukti untuk tingkatkan metabolisme korang dan membakar lemak dengan lebih dari biasa.

Cuma kekurangan di sini, tubuh kita boleh jadi cepat terbiasa dengan kafein jadi kena sedikit sebnayak berjaga-jaga dengan kuantiti kafein yang diambil.

Tu yang ada orang teguk 2 cawan nescafe strong (yang hijau) tu pun steady boleh tidur awal lagi. Shai tak boleh, dan sengaja set sebegitu sebab nak elak terbiasa dengan kafein.

Dan dari mana nak dapat kafein ni? Sumber paling mudah pastinya secawan kopi atau the untuk diamalkan setiap hari. Atau kalau nak yang lebih efektif, supplemen ekstrak kafein ada di pasaran yang digunakan khusus untuk meningkatkan metabolisme tubuh.

Kandunagn kafein dalam pelbagai jenis minuman

Serat

Serat yang dimaksudkan dalam aspek fat burner ini adalah yang jenis larut, sebab ia menyerap air, mengurangkan hormon ghrelin (hormon yang bagi signal yang korang sedang lapar), serta memperlahankan nutrisi untuk diserap dalam usus – jadi kenyang lebih lama.

Banyak ja sumber serat larut yang ada di pasaran yang dalam bentuk supplemen untuk diamalkan. Untuk mudah dan murah, pastinya dari roti gandum yang boleh korang amalkan, jika sesuai dengan diet korang.

Contoh serat larut dan tak larut

Ekstrak Teh Hijau

Minuman teh hijau ni popular dalam diet sebab ia terbukti dengan konsisten untuk tubuh kita membakar lemak dengan kadar yang lebih dari biasa. Dan bila kita sebut ekstrak ni, ia bermaksud sumber green tea yang pekat.

Teh hijau tinggi kandungan kafein dan juga antioksidan polifenol epigallocatechin gallate (EGCG): kedua-dua komponen ini terbukti dalam membakar lemak yang tersimpan.

Untuk kesan yang maksimum, amalkan minum 3-5 teh hijau setiap hari, bersamaan dengan 200-500mg kandungan ekstrak teh hijau yang kita nak (haruslah, nak lebih mudah telan je supplemen ekstrak teh hijau untuk kesan yang sama).

Penting Ke Saya Ambil Supplemen Fat Burner Ni?

Ia bukan satu kewajiban dalam proses kurus ini sebab ia bergantung kepada individu juga. Kalau korang boleh follow diet dengan konsisten dan ada penurunan yang berkesan, tiada masalah untuk tak ambil fat burner (jimat jugak duit sekali hehe).

Fat burner yang dimaksudkan ni yang jenis dalam botol tu tau. Kalau yang sumber alami tu takda apa, ambil ja dengan biasa.

Cuma isunya dengan fat burner komersil ni, kena hati-hati dengan bahan yang terkandung dalam formulanya: hanya bahan/ekstrak yang terbukti selamat untuk manusia ja korang boleh ambil jika suka.

Yang ada stimulant berbahaya tu elakkan terus sebab ia akan bagi damage dalam jangka panjang. Sebelum ni pun pernah ada kes kan, ambil supplemen sebegini memang best turun 8,10 kg dalam seminggu tapi lepas tu dapat simptom jantung berdebar (palpitations), sawan, darah tinggi ke apa. Dah bahaya dekat situ.

*yang turun banyak kilo tu biasa masa peringkat awal, dan biasanya tu berat air, bukan lemak ya. Nak tengok hasil turun lemak tu tengok dalam minggu kedua dan keatas.

Kalau fat burner yang terbukti selamat (dan lulus KKM), takda masalah untuk korang ambil dalam diet harian korang. 😀 yang penting, anggap fat burner ini sebagai booster dalam diet korang, dan sekalikan dengan senaman/aktiviti sikit sebanyak mungkin untuk kesan jangka panjang.

Bakar lemak yang ada dalam tubuh, dan jangan bagi dia datang balik! XD

Fat burner apa yang tengah trending di pasaran ya? Cer share di komen, mungkin Shai boleh buat review ka. 😀

*post ini akan ditambah dari masa ke semasa. Jadi park dekat fb korang untuk senang ingat. 😀

Untuk bacaan lanjut, Shai rekomen korang:

Sumber: 1,2,3, pengalaman sendiri

Bacaan lanjut

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge