Senarai Punca Badan Lenguh Berlaku Pada Kita

Tipulah kalau ada orang kata tak pernah kena badan lenguh kan? Isu ini terlalu biasa berlaku pada kita yang kita anggap ia perkara biasa; tahan je lah nanti lama-lama hilang lah tu.

badan lenguh, sakit badan, punca lenguh

Untuk punca biasa mungkin ya, tapi ada juga kemungkinan ia daripada punca yang boleh jadi bahayakan kesihatan kita. Perasan tak?

Secara umumnya, isu ini lebih kepada simptom tanda sesuatu yang tak kena yang perlu kita perbetulkan segera. Ia bukan satu penyakit yang mutlak pun; ia boleh jadi penanda kepada kita yang tubuh kita mungkin alami masalah serius yang badan lenguh ni sebagai tanda awal ia berlaku.

Jangan takut pulak. Dalam kebanyakan kes, takda apa nak ditakutkan, hanya adjust satu dua benda dan lepas tu okey dah. Tapi tak salah juga untuk ambil tahu dan berjaga-jaga kan?

Korang tahu dah macam mana rasanya badan lenguh ni, samada setempat dekat kaki, bahu, leher, belakang pinggang ka, sehingga tahap sakitnya dari lenguh gitu-gitu sampailah ke lenguh yang amat sampai tak boleh bangun.

Jadi baca lanjut apakah punca/kemungkinan simptom ia berlaku.

Punca Badan Lenguh Berlaku Yang Biasa

Antara punca yang biasa yang berlaku adalah kekurangan air masak dalam seharian. Tubuh kita 70% daripada air, dan air tu yang digunakan untuk circulation dalam badan dan juga nak buang bahan kotor dalam sistem perkumuhan, apalagi jika pemakanan kita banyak mengambil yang jenis berasid.

Tak cukup air maksudnya tak dapat nak hantar nutrien ke merata tubuh dan tak boleh nak buang bahan kotor sangat – tu yang lenguh badan dan cramp tu.

Tak cukup kalium pun jadi isu juga bila tubuh korang lenguh, sebab mineral ini diperlukan tubuh dan pada masa sama, diet kita agak kurang dengan kalium ni, berbanding sodium. Cuba ambil sumber kalium secukupnya dan lihat samada lenguh-lenguh tu hilang ke tak.

Kekurangan tidur juga menjadi punca badan kita lenguh, terutamanya sakit belakang. Waktu tidur tubuh kita memerlukan masa rehat tu untuk repair dan recharge tubuh kita secukupnya. Tak cukup tidur, adalah tu proses tertentu kena stop sekejap, macam komputer reboot tak habis.

Kurang tidur pun boleh buat berat badan naik tau

Tekanan yang lebih daripada biasa juga boleh menyebabkan badan kita lenguh tiba-tiba, walaupun kita cukup minum air masak dan waktu tidur yang penuh.

Tekanan yang dimaksudkan ini adalah jenis yang menggangu emosi sehingga ia melemahkan sistem imunisasi badan, dan seterusnya buat otot tubuh jadi kejang. Secara tak langsung, sekiranya korang alami anxiety/depression pun akan beri kesan kepada tubuh juga, menyebabkan korang letih dari biasa dan lenguh satu badan.

Orang demam mesti ada lenguh-lenguh badan ni jugak; sebab sel darah putih akan melawan jangkitan kuman dan virus yang nak ganggu tubuh kita akan dan itu yang akan menyebabkan otot tubuh menjadi lenguh.

Perhatikan juga kemungkinan ubatan yang korang mengambil menyebabkan tubuh lenguh sebagai salah satu side effects dia (boleh confirm sekali dengan doktor)

Punca Badan Lenguh Berlaku Yang Serius

Ada juga isu ini menjadi simptom kepada penyakit yang lebih serius jadi sebaiknya korang kena pastikan dengan doktor; lagi-lagi kalau lenguh memanjang tak kurang-kurang.

  • Arthritis yang berlaku di mana sendi tulang tak sekuat macam dulu (samada dari faktor umur atau dari penyakit autoimunisasi)
  • Penyakit fibromyalgia; sakit-sakit dan lenguh satu badan adalah salah satu simptom utama penyakit ni. Sebab sistem saraf tunjang yang proses signal rasa sakit, ada problem.
  • Penyakit penumonia; lenguh badan datang daripada paru-paru tak kuat nak alirkan oksigen secukupnya ke seluruh tubuh

Bagaimana Nak Merawat Sakit Lenguh Badan Saya Ni?

  • Bergantung kepada punca badan korang lenguh tu, penyelesaian umum yang korang boleh buat di rumah adalah:
  • Minum air masak yang cukup (banyak kali pergi ke bilik air pun takpa). nak kesan cepat amalkan air suam agar lega sikit urat dalam badan
  • Mandi air panas pun sedikit sebanyak membantu melegakan urat-urat badan yang lenguh
  • Berurut dengan minyak panas atau gunakan pelekat panas di tempat yang lenguh
  • Sekiranya perlu, ubatan yang khusus untuk mengurangkan sakit (pil penahan sakit tu).

Bila Perlu Berjumpa Doktor Dengan Isu Lenguh Yang Dialami

Hati-hati, kalau korang alami lenguh yang tak hilang-hilang walaupun dah berurut bagai dekat rumah, takut ia isu yang serius. Apalagi jika lenguh tu pulak yang tahap melampau, atau disertai dengan rasa sakit yang tak tau dari mana, mahupun ada sekali dengan gatal-gatal kulit mahupun bengkak.

Pendek kata, kalau lenguh tu dengan benda-benda lain yang korang tak boleh handle, elok jumpa doktor sekarang jugak sebelum apa-apa.

Kesimpulan

Semoga post ini membantu korang yang mungkin sedang alami lenguh-lenguh ni. Pakat-pakat share di fb/whatsapp untuk bantu orang lain (mak ayah ka) yang mungkin kerap alami lenguh badan ni. 😀

*khusus untuk wanita, kalau yang penat lenguh juga ada kaitan dengan period juga; korang baca sini ya.

Sumber: 1,2,3

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge