6 Fakta Menarik Mengenai Hatimu

Bayangkan kalau kita takda hati apa jadi? Bukan takda hati perut tau, tapi literally takda hati? Mesti korang akan terfikir sekejap kan? Hehe.. Hati ni pun salah satu organ yang terpenting dalam tubuh kita tau. Jadi apakah fungsi hati kepada manusia?

Malah kalau dibandingkan fungsinya, hati ni dianggap organ yang paling pertama dalam proses detoksifikasi, kerana ia mencuci segala macam racun dan toksin untuk dikumuhkan keluar dari tubuh dengan selamat. Dan ada lagi fakta menarik tentang hati ni, mesti rasa aneh pulak membacanya.

Hati Organ Yang Terbesar Dan Multitasker

Dengan beratnya (secara umumnya) dalam lingkungan 1.3 kg, hati adalah organ yang terbesar, di tempat kedua selepas kulit (ye, kulit kita pun organ tau). Warna hati pun lebih kurang cam hati ayam ja – merah-merah coklat. Hihi..

Hati pun lebih kurang cam otak kita – berfungsi dekat 200 lebih mekanisme SERENTAK untuk SELURUH tubuh, khususnya toksin dan segala macam racun yang kita telan sebelum dikumuhkan kepada bentuk yang lebih selamat sikit.

Tanpa hati, alamatnya toksin dan racun-racun ni akan bergelumang dalam tubuh kita ja.

iron tablet ferum ferrous
contohnya ubat ferrous fumarate ni (ubat yang paling kita fobia masa preggy ni). KLIK SINI untuk kisah Shai ketika nak bersalin. Hihi

Hati Memproses Ubatan yang Kita Ambil

Prinsip yang sama juga digunakan jika kita ambil ubatan tau. Sebab ubatan ni dihasilkan dengan kompleks dengan segala macam bahan kimia maka kita perlukan hati untuk pecahkan komponen dalam ubatan serta tukarkan komponen tersebut kepada bentuk yang boleh diserap tubuh.

*supplemen yang ada dalam website ini dihasilkan dari pati tumbuhan yang dikeringkan. Jadi mudah sikit untuk tubuh cerna dan serap tanpa susahkan hati kita sangat (literally juga).

Hati Memproses Hormon Kita

Hati kita tempat utama digunakan untuk pecahkan hormon, kepada komponen yang boleh digunakan, dengan tukarkannya kepada hempedu untuk larutkan lemak.

usop bakar lemak

Hati Sebagai Gudang Nutrisi

Hati kita juga menyimpan pelbagai vitamin dan mineral serta gula (glukosa) dari makanan/minuman yang kita ambil, standby bila tubuh kita memerlukannya. (berguna sifat ni, lebih-lebih lagi ketika berdiet atau berpuasa kan?).

Kalau takda nutrisi ini, kita kena topup segera dari makanan lah. Lebih-lebih lagi kalau glukosa terlalu ciput, silap hari bulan boleh koma.

hati yang sihat dan rosak
Sanggup kah kita lihat hati kita sesakit gini?

Hati Menghasilkan Darah, Enzim, Dan Protein Kita

Hati kita ni lah tempat menghasilkan darah kita, sejak sebelum lahir lagi, sebaik sahaja hati dibentuk dengan sempurna dalam kandungan.

Takda hati? Takdalah darahnya.

Begitu juga dengan pelbagai enzim dan agen darah beku yang perlu jika tubuh kita cedera dan luka. Kalau tak, kita mudah luka dan luka tu pula susah bebenor nak sembuh (salah satu tanda juga untuk leukimia dan diabetes).

Protein pun akan dihasilkan oleh tubuh, jika dia perasan kita tak cukup protein untuk pelbagai fungsi (contohnya, jika kita workout berat).

KLIK SINI untuk baca perbandingan protein yang shake, serta review saya menggunakan protein shake yang popular ni. 

Protein-Shakes-for-Women

Hati Boleh Tumbuh Semula!

Pernah kita dengar tentang hati boleh dipindahkan? Sebabnya hati kita amazing untuk tumbuh semula selepas dipotong. Di mana, sel-sel hati akan hasilkan sel yang baru, jika ada kekurangan ahlinya dalam organ hati kita.

Tapi takdalah kalau kita potong hati ayam masa menyiang tu tumbuh balik…..

Hati Bagi Warna

Dekat bahan buangan kita. Kalau hijau ke warna selain coklat (tak kisahlah tona warnanya macam mana) adalah problem tu. 😛

Err..yang ni tak perlulah nak cerita panjang lebar ye dok. Hihi..

Kesimpulan

Lepas baca ni mesti kita akan hargai hati kita kan? Hihi.. Gambar bawah ni menunjukkan tanda-tanda hati kita bila ia dah sampai tahap kritikal dah.

tanda penyakit hati

Untuk itu, perlunya kita jaga kesihatan hati kita agar ia berfungsi dengan optimum dengan amazing. Cara paling mudah, ialah dengan mengamalkan makanan yang terbukti untuk mencuci hati kita, dan sekali sekala, herba yang berfungsi untuk boost kapasiti organ tersebut. KLIK SINI kalau nak tahu bagaimana nak boost fungsi hati dengan lebih cepat, disamping melindunginya. 😀

Percaya tak, kalau Shai katakan hati pun boleh membantu untuk kurus? KLIK SINI kalau nak tahu. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge