Jenis-Jenis Perut Boroi: Punca Dan Penyelesaiannya

 

Jika anda baca artikel ini, kemungkinan besar samada anda sendiri, atau seseorang yang rapat dengan anda mengalami masalah ini. Boroi, buncit, gemuk (atau panggilan manjanya) chubby, sesuatu yang kalau diberikan pilihan, pasti kita nak buang kan? Namun ia bukan semudah begitu sahaja sebab perut boroi pun ada jenisnya beb.

Dan bagaimana kita dapat keboroian yang berbeza ni bergantung kepada pelbagai faktor seperti genetik, cara pemakanan, dan juga apa-apa event besar yang sedang dan baru sahaja dilalui (contohnya mengandung ka, baru lepas kena buang kerja ka, atau menganggur lama ka dll), di mana event besar ini menyebabkan tubuh anda stress, dan cenderung untuk menyimpan lemak lebih daripada biasa.

Namun harus diingat juga, dalam ciri-ciri ini, bukan untuk kita baca sebagai satu ciri mutlak kerana pastinya, tiap kita yang alami isu ini pastinya ada kombinasi isu boroi yang berbeda.

Jenis perut boroi dan buncit yang ada. Berbeza kan?

Jenis Perut Boroi Yang Wujud Di Bumi Setakat Ini

Adrenal

Jika anda telah berada dalam tekanan dalam jangka masa yang panjang, tubuh anda akan cenderung untuk bertambah berat secara adrenal, di mana lemak perut cenderung untuk bertambah, dan menyebabkan anda menjadi boroi.

Isu ini lama-kelamaan jika dibiarkan akan menyebabkan anda keletihan dengan lama, tidur tidak cukup/susah tidur, kurang fokus, lemah ingatan, asyik nak marah je, serta cenderung alami sakit belakang. Anda juga cenderung untuk untuk makan yang jenis proses atau tinggi kandungan garamnya.

Untuk setel bab adrenal ini sangat direct namun agak susah: buang faktor-faktor yang menyebabkan anda stress, serta paksa diri untuk memilih makanan yang sihat dan tidur yang mencukupi. Anda tak stress, tubuh anda juga relaks, dan secara tak langsung, anda tak boroi lagi.

Perkongsian tentang adrenal, khusus untuk wanita ada di sini.

Hati

Isu ini khusus untuk yang mengalami masalah hati secara medically (karang oang kata aku kecam orang ada masalah hati pulak XD). Di mana buncit di bahagian perut dan sekitar abdomen, dengan tangan yang sedang2 saiznya (beza dengan buncit adrenal tau).

Isu buncit sebegini biasanya alami masalah penghadaman yang teruk (dan banyak kentut/angin) serta lenguh di tangan dan belakang badan.

Cara untuk selesaikan isu hati ini adalah mudah: hanya tumpukan pada kesihatan hati di peringkat awal agar ia berfungsi secara optimum kembali dan anda akan nampak perubahannya dengan singkat, kerana hati ini tempat untuk dia detokks tubuh, cernakan lemak, jaga metabolisme tubuh dll – faktor2 yang anda perlukan untuk kurus. 😀

Bacaan lanjut tentang kesihatan hati ada di sini.

Tiroid

Isu ini pula, khusus yang mengalami masalah tiroid. Di mana lemak yang terkumpul ada di keseluruhan tubuh, disebabkan hormon estrogen yang menguasai sehingga hormon tiroid perlahan, dan menyebabkan berat badan bertambah.

Simptom lain yang anda boleh kenalpasti: letih memanjang, cenderung makan yang manis dan berlemak, rambut gugur lebih daripada biasa (lagi-lagi masa sikat banyak pula rambut tercabut), kuku rapuh, dan tubuh rasa seram-seram sejuk. Brr…

Ovari

Khusus untuk isu ini, adalah perempuan yang alaminya (lelaki ada ovari ke?), di mana anda buncit di bahagian tepi dan bawah perut. Pooch orang kata hehe..

Keadaan ini daripada hormon wanita kita estrogen yang berlebihan, dna ia biasanya berlaku sewaktu – period, menopaus, mahupun selepas bersalin. Dan simptom yang anda akan/telah alami termasuk:

  • Angin
  • Kemurungan/kesedihan atau mood swings
  • Jerawat merata-rata
  • Datang bulan yang sangat banyak (macam banjir)
  • Tubuh cenderung menyimpan air (water retention) lebih daripada biasa.

Hari-hati tau, takut ia boleh menjadi cyst pula di ovari.

Penyelesaian terbaik untuk buncit jenis ini, pastinya dengan membetulkan hormon kewanitaan ini dengan diet sihat, jamu yang serasi. Dan juga tip ekstra: lebihkan pengambilan ikan.

Baca sini: tips dan panduan mudah untuk kuruskan/trim bahagian lemak yang degil khusus untuk perempuan.

https://www.instagram.com/p/BgP-QNoFrT4/?taken-by=mommycantiksado

Kesimpulan

Mesti dah rasa lega lepas baca post ini kerana dapat kenalpasti jenis-jenis buncit yang ada kan? Ia perlu kerana dari situ baru kita tahu puncanya nak senang nak setelkan selepas tu. Untuk bacaan lanjut, Shai ada kupas tentang hormon-hormon yang boleh buatkan kita berisi kalau dia kacau-bilau. Sangat berkaitan. Klik sini ya.

Semoga membantu!

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge