8 Kebaikan Yang Anda Akan Dapat Bila Berpuasa (Dengan Betul)

Tak dinafikan menahan lapar dari waktu pagi hingga hampir malam banyak manfaat kesihatannya, seperti yang dikongsikan dalam entri ini. Tapi bila berpuasa dengan betul ya. Eh, cemana tu?

Ramadan is comming: water and dates

Walaupun ramai pakar diet dan nutrisi Barat kureng sket untuk menggalakkan rutin berpuasa, terdapat pelbagai manfaat yang telah dibuktikan dalam kajian rasmi –  berpuasa dengan betul kaedahnya akan memberi pelbagai manfaat untuk tubuh, bukan sahaja dari segi kesihatan (puasa, mesti kurus ye dok?)  malah dari segi holistik gitu. :3

Berpuasa Membantu Kita Menurunkan Berat Badan

Ini obvious kot, sebab kita telah kurangkan kekerapan makan ketika berpuasa, maka mesti boleh jadi slim sikit kan. Kerana ketika berpuasa, tubuh  kita ‘paksa rela’  untuk ambil lemak2 yang ada dalam tubuh kita untuk dibakar sebagai sumber tenaga, di mana proses ini dikenali sebagai ketosis.

wow! tak mustahil lepas puasa akan slim sebanyak ni
wow! tak mustahil lepas puasa akan slim sebanyak ni

Berpuasa Akan Boost Kadar Metabolisme

Pada masa sama, berpuasa juga boost bagi cepat sket metabolisme kita bergerak dengan lebih laju dari biasa, dimana faktor ini juga membantu dalam proses pembakaran lemak.

Kenapa metabolisme ini penting? Kerana ia adalah penggerak untuk pelbagai proses pembakaran lemak/makanan yang digunakan sebagai sumber tenaga. Jika ia perlahan dari biasa (antara faktornya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan atau meningkatnya umur), alamatnya slow lah pembakaran lemak.

Sebab tu kita dah berumur ni cam senang je naik berat badan kan?

Bagaimana jika saya nak bersenam ketika bulan puasa. Power tu, dan Shai ada tulis tentang itu. Klik sini ya

Berpuasa Meningkatkan Insulin Agar Lebih Sensitif

Berita baik untuk yang menghidap (atau ada kebarangkalian) penyakit kencing manis, berpuasa membaiki penghasilan insulin agar lebih sensitif dengan kandungan glukosa dalam darah kita. Dia detect je glukosa, insulin akan setel tak perlu tunggu lama-lama. ^^v

Jika tidak dibaiki, masalah ini lah yang akan menambahkan risiko kita untuk menghidap diabetis tau.

Berpuasa Membaiki Corak Pemakanan Dan Perut Agar Tak Sentiasa Lapar

Percaya atau tidak, perut kita yang lapa dengan sebenar-benarnya bukanlah setiap 4 jam tau, tapi sebenarnya ia berlaku antara 12-24 jam (fuyoo). Maka sebab itu, kita digalakkan untuk minum segelas air apabila rasa lapar untuk mengetahui samada rasa lapo tu sebab makanan atau sekadar haus je.

Healthy-Diet-Plan-Tips-For-Women

Hormon ghrelin yang bagi signal kepada otak untuk trigger kita makan, tak boleh bezakan lapar makanan atau air. Janji perut tu diisi. Hehe..

Maka melalui rutin berpuasa, tubuh kita semacam ‘reset’ untuk stabilkan kembali hormon dan signal dengan efektif agar kita cepat ketahui bila waku lapar dan kenyang yang sebetulnya, dan secara tak langsung, ia juga membetulkan pola pemakanan kita. ^^v

lapar gini-gini ja..tunggu waktu berbuka. hehe
lapar gini-gini ja..tunggu waktu berbuka. hehe

Berpuasa Memberi Manfaat Untuk Keseluruhan Tubuh

Untuk Otak

Melalui berpuasa, kita akan stimulate tubuh untuk hasilkan sejenis protein brain-derived neurotrophic factor (BDNF). Benda alah ni yang kan aktifkan stem sel otak kita untuk hasilkan sel-sel otak (untuk berhubung) dan juga pelihara dari sebarang kerosakan. Kiranya bagi bijak sket kot. Hehe..

Nerve-Cell-4 brain otak

Sistem Imun Yang Lebih Kuat

Waktu puasa ni lah baru sistem penghadaman kita dapat rehat sekejap dari terima supply kunyahan makanan setiap 4 jam (ahaks!) dan ketika itu, tenaga tubuh yang ada digunakan untuk pulih apa sahaja yang kureng dalam sistem seperti sistem imun kita, organ-organ yang memerlukan detoksifkasi bahan kotor dan keladak, dimana secara tak langsung tubuh kita lebih sihat, dan kulit juga clean and clear. ^^v

cuci-cuci buang kerak dulu
cuci-cuci buang kerak dulu

Waktu detoksifikasi bahan kotor ini lah perlunya benda paling basic untuk bantu tubuh buang benda alah tu tanpa perlu rasa terbeban. Apa benda tu?

Minda Lebih Positif Dan Bertenaga

Berpuasa pun bukan untuk tubuh secara fizikal je,minda kita pun dapat manfaat yang sama. Ketika ini, tubuh kita rasa ringan , otak pun rasa lega semacam je. Tambahan lagi buat amalan berpuasa seperti tarawih dan juga mengaji al-Quran, insya Allah tenang je hati. ^^v

Jika anda memerlukan bantuan tambahan dalam bentuk supplemen (selalunya sebab nak elak keletihan melampau, khususnya yang kerja-kerja berat dan/atau ibu menyusu), klik sini panduan lanjut. Atau anda boleh dapatkan panduan kurus dengan Atkins (menu untuk puasa, persediaan, dan sekali dengan detoks) yang Shai buatkan khusus ketika berpuasa. Klik sini ja. 😀

Untuk ketahui apa yang berlaku dalam tubuh anda sewaktu berpuasa, klik sini. Shai buat dalam bentuk infografik yang menarik. 😀

Semoga membantu!

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge