Setiap Hari Buat Full Workout Bahaya Tak


Full workout yang dimaksudkan di sini adalah rutin senaman yang all-out menggunakan (mengerahkan, sebenarnya) kumpulan otot secara sekaligus, yang membantu untuk cover semua kumpulan otot sambila meningkatkan stamina jantung sekali.

full workout setiap hari

Sebab kalau buat betul-betul full workout ni, memang letih lepas tu.

Cuma tu lah, full workout yang dimaksudkan di sini adalah workout ke atas kumpulan otot utama setiap hari. Maknanya setiap hari korang all-out bahagian upper, abs, lower SERENTAK SETIAP HARI.

Sori kena caps lock sebab nak emphasis. Bukan jerit kat korang yek. XD

Adakah Selamat Mengamalkan Full Workout Setiap Hari?

Secara mudahnya, tak bagus untuk tubuh korang.

Secara biologi, tubuh korang memerlukan sehari minimum untuk pulih dari kesan2 kerja berat dari senaman tersebut. Dalam tempoh 24-48 jam, kesan-kesan inflamasi ke atas otot selepas workout berada di tahap tinggi, jadi bagi tubuh cool dulu.

Skema otot kita pulih selepas workout. Menghasilkan otot yang lebih kuat 😀

Jadi gantikan full workout dibuat selang sehari gitu (dalam 3x seminggu) dengan senaman yang khusus satu bahagian sahaja di hari lain, atau ruin senaman yang rendah impak seperti berjalan.

Baca sini: Bagaimana berjalan pun membantu korang untuk kurus.

Tau korang nak buat full workout sebab nak dapatkan kesan cepat tapi relax dulu untuk bagi otot-otot tu pulih – nanti tak pulih dan cramp memanjang tak jadi jugak. Memberi masa kepada otot tersebut untuk recover adalah penting untuk korang maintain pstamina untuk sesi berikutnya.

Atau alternatifnya, mengamalkan rutin split workout dimana ia fokus kepada kumpulan otot satu hari, dan kumpulan lain pada hari lain. Contohnya hari Isnin fokus dekat kaki, esok buatlah bahagian tangan dan dada, lusanya buat yang kaki semula.

Contoh split workout macam ni lah. Hari lain, bahagian otot lain. giteww

Ni min cerita ni, senaman yang korang buat betul-betul, all-out, sampai semput lepas tamat sesi senaman tersebut. Setakat di angin lalu full workout takda masalah pun nak buat hari-hari. Malah bagus sebagai low-impact workout, dari tak buat langsung kan? 😉

Korang pulak macam mana hari-hari workout? Cer komen, mana tau min pun boleh share idea 😀

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge