Review Menggunakan Set Kurus yang Bajet

Tak hairanlah set ni paling orang demand: orang nak kurus dan orang nak yang
murah.
Walaupun takat level bajet pun apa kurangnya, berkesan jugak untuk kita buang2 lemak yang tak perlu, lagi2 yang kita yang perempuan ni, biasa dok usung kat perut, paha, pinggul, n muka tu.

Macam kita lah, buncit dua tahun hilang terus dengan set kurus bajet dari shaklee ni, yang kebetulan dapat.

Asalnya awal2 beli Alfalfa Complex ja sebab nak kan fungsi multitasking dia (pelbagai vitamin, mineral, zat surih n fiber; detoks; dan juga tenaga).

10092014418

Tau2 je, masa g ketuk-ketuk iReach raya 2014 dapat pulak free gift beg, dengan Herblax dan Lecithin. Dah jadi set kurus bajet dengan otomatik. Mmg rezeki sungguh!

Baca review dan testimoni yang gunakan set kurus bajet ni positif belaka, tambah2 pulak set ni memang sesuai untuk ibu2 yang menyusu jadi why not?

Cara Pengambilan dan Fungsi Set Kurus Bajet

Kita ambil set kurus ni cam biasa, 2 biji Lecithin dan Alfalfa selepas makan, 2x sehari.

Awal pengambilan habih dia cuci2 satu badan kita. Alfalfa berfungsi untuk cuci usus dan Lecithin pulak dia tarik lemak dari makanan dan otot, secara tak langsung lemak yang ditarik akan berkumpul di usus. Dah jadi berminyak, laju je turun (fhm kan…) haha

Terasa nampak perubahannya dalam seminggu gunakan set ni, perut buncit yang terlalu obvious dah makin leper susut. Tambah pulak kita berdiet Atkins (fasa 4), selain rajin kardio dan senaman di bahagian perut (setiap hari workout, please..) sebab bahagian tu yang agak bermasalah lagi lah laju nampak kesannya.

Dalam sebulan, turun sudah 8kg. Alhamdulillah.

Set Kurus Bajet pun untuk ibu menyusu tau

Overall kita puas hati guna set ni sebab selain utk sedut lemak (mcm liposuction pulak ye)  set bajet ni pun membantu dalam penyusuan – Alfalfa mmg natural milk booster dan jadikan susu lebih pekat berkrim; manakala Lecithin pulak, melancarkan pengaliran susu. Yelah, lemak disedut tu takkan nak dibuang semua ye dok? Jadi tubuh kita otomatik ambl sebahagian besar lemak tu utk penghasilan susu.

Hebat kan? Kuasa Allah.

Dalam sebulan dengan ambl 4 biji Alfalfa dan Lecithin memang terlebih2 lah jadinya (sebotol Alfalfa saiz kecik ada 330 tablet dan Lecithin ada 180 kapsul). Baki tu kita habiskan aja utk weekly detox dan bagi jugak kat suami.

Alang2 dia ada pangkat ‘pjk’ sejak kawin dan jugak mata dia a bit kuning, Lecithin ni boleh jugak masalah tersebut sebab Lecithin ni bantu hati cerna lemak dengan efisien.

0

Hehe.. Ada gak yg Naz ambl. Ambl senyap2 lepas tu sedap je picit2 kapsul tu nak mkn. Cet.

Takpalah, Lecithin ni bagus utk otak gak sebab mengandungi acetylcholine  – ni makanan utk otak biar fungsi mantap optimum.

*Update 7/7/2015. Hasil kelas perkongsian dengan grup bisnes saya, Lecithin ini bagus  untuk otak, kerana kandungannya berfungsi untuk sambungkan sel-sel otak (dipanggil neurotransmitter) agar maklumat dapat disampaikan dengan cepat.

ala-ala kalau nak pergi ke Shah Alam dari KL, ada banyak jalan boleh pilih, asalkan cepat sampai ye dok? 😀

Kesimpulan dari menggunakan Set Kurus Bajet

Tak rugi pun walaupun sekadar set kurus bajet. Berbaloi dan berkesan untuk buang lemak2 yang tak perlu.

Namun dari kaca mata seorang pakar kurus (siapa lg ye.. Hik hik),  ada baiknya untuk kita tambah pengambilan protein ketika guna set ni.

Penting Mengambil Protein Tambahan Walaupun guna Set Kurus Bajet

Protein perlu yang amat untuk bantu tubuh kita bina otot pada kadar cepat sket, untuk dia isi ruang2 kosong yang ditinggalkan lemak yang dibuang tu (pada perempuan jangan risau lah takkan sado badan ko punya).

Contoh protein yang bagus mestilah dari wholesome foods cam daging, ayam, ikan, telur, susu, dan keju. Kalau nak, whey protein dan tepung protein soya pun digalakkan sebab kandungan protein yang tinggi dalam segelas.

susu minuman mengandungi protein
walaupun sekadar susu, asalakan ada sumber protein extra pun cukup untuk tambah jisim otot

 

Kalau tak ambil extra makanan berprotein dari biasa sementara ni takpa pun, cuma tu lah, kesan dari ruang kosong yang ditinggalkan lemak tu, akan menyebabkan kulit jadi gelebeh. Apatah lagi tak rajin bersenam utk otot dan kulit perut.

Sebabnya kadar pembuangan lemak tu terlalu laju utk kulit kecut pada kadar yang sama.

Jadi tak cantik lah jugak. Hehe..

Sebab tu, amat digalakkan kita ambil apa2 sumber yg tinggi protein tersebut ketika gunakan set kurus ni.

Cer klik untuk baca pengalaman kita mkn set kurus aja, kesannya, dan camna saya kena teruskan fasa kurus ni dengan pengambilan protein khas. Haha.. Nyesal tak ambl protein extra.

Harap2 nya review ni membantu utk anda decide adakah set kurus bajet ini yang terbaik utk anda.

Ya, saya nak kurus dengan set kurus bajet ni!

Sila hubungi saya (kat fb boleh, ada icon dia atas kanan sekali, atau wassap 017-915 3260 utk respon segera). Free gift dan konsultasi akan diberikan sekali dlm 1 bundle!

good to know shaklee ni murah

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge