Salah Satu Khasiat Kalsium Dan Anda Pasti Tak Jangka Apa Manfaatnya

Kalsium yang biasa dikaitkan dengan kekuatan dan ketumpatan tulang yang sihat (agar tidak mudah rapuh dan patah), mengelakkan sakit dan lenguh-lenguh badan, menambahkan kealkalian badan, maintain mood, serta mengurangkan sakit sengugut; kini telah dibuktikan dalam beberapa kajian bahawa kalsium amat berguna jika ada mahu kurus dengan cepat dan sihat.

Kesan Mengambil Kalsium Dalam Diet Harian

Didapati jika kita ambil kalsium dengan protein yang cukup meningkatkan kadar untuk kita kurus dengan cepat

  • melalui pembuangan najis yang mengandungi lemak,
  • penghasilan tenaga sebanyak 350++ kalori dalam sehari, dan juga
  • pencernaan lemak (dalam proses memecahkan lemak dipanggil liposlisis, penghasilan tenaga, dll),
  • serta mengurangkan rasa lapar.

Kajian secara perbandingan juga dibuat dan didapati, orang yang berdiet yang tinggi dalam kalsium (dalm 1,200 mg sehari) mempunyai kadar penurunan berat yang lebih banyak, selain mengelakkan tubuh tambah balik berat semula!

get slim jadi kurus
Tak mustahil, kalau dapat badan sebelah kanan ni dengan kalsium+protein

Didapati, kalsium yang diambil boleh menghalang tubuh untuk menyimpan lemak di peringkat paling asas iaitu di tahap selular.

Testimoni Admin!

Ni pengalaman saya sendiri pulak, selepas saya terbaca manfaat kalsium dalam kurus di buku Foods that Harm, Foods that Heal (edisi lama punya, tahun 2006 – la ni ada edisi baru, beli kat Big Bad Wolf hehehe) saya cuba dengan include dua gelas susu sehari (pagi dan selepas workout) sebagai gabungan sumber protein dan kalsium – saya jadi kurus dan tough sket dalam sebulan.

buku foods that harm that heal

tak sado la. Excuse me. Kita ni perempuan kot. Kikiki…

Baca sini untuk ketahui apakah masa terbaik untuk minum sumber protein.

Kesimpulan

Sumber kalsium memang haruslah kalau kita tak mahu tulang dan gigi mudah rapuh dan patah. Namun pengambilan kalsium secara khusus (sehingga 1,200 mg sehari) adalah amat berguna jika anda mahu kurus tanpa perlu berikat perut bagai.

top calcium foods
antara makanan yang tinggi kandungan kalsium

Klik sini untuk ketahui cara mudah untuk cukupkan pengambilan kalsium sehingga 1,200 mg sehari.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge