5 Tips untuk mudah berpantang

Rata-rata kaum ibu biasa akan kata, lepas alahan (biasa awal2 mengandung), masa berpantang adalah yang mencabar.  Mana taknya, makan ni tak boleh, minum tu tak boleh dan macam-macam peraturan lagi yang kadang-kadang kita tak pernah terfikir kena buat.

 
Tahu-tahu je, masa berpantang tu sangat lama untuk dilalui.
 
 
Berpantang memang sukar dan leceh dan saya sendiri akui, agak boring – hari-hari melakukan rutin yang sama tiap pagi dan malam dengan rupa kita sedikit pucat (mana sempat berkrim2 pakai pelembab lagi woo), apatah lagi emosi kita sedikit tak stabil. Tapi yalah, masa berpantang ni lah tubuh kita berada dalam keadaan paling lemah maka penjagaan rapi nak tak nak kena buat untuk perlindungan masa depan (macam insuran gk lah ni).
 
Paling penting, yang jadi penyejuk hati ialah anak kita yang comel dan wangi untuk dicium. 😉
 
Untuk elakkan rasa boring, ni dia tips untuk mudahkan mommys semua berpantang dengan jayanya.
 

Tips terbaik berpantang dengan mudah

 
Menyediakan semua keperluan isteri ketika berpantang, sebelum berpantang. Saya katakan isteri kerana ramai terlepas pandang hanya sediakan keperluan orang baru je (selalu hadiah pun untuk baby je kan.huhu). 
 
Ya betul, tapi hargailah juga si ibu yang dah usung baby ke hulu hilir 9 bulan DAN bertarung nyawa nak meneran anak tu. Lain isteri lain kemahuannya, mungkin isteri tersayang hanya mahukan minuman panas tersedia setiap pagi, rekod rancangan kegemaran, atau sekadar dapat urutan manja dri en.somi. selagi rasional,apa salahnya kan? :3
 
Isteri pun senyum je.
 
Dapatkan urutan selepas berpantang secepat mungkin. Orang tua dulu cakap ada betulnya. Urutan sangat membantu dan menyegarkan ibu2 lepas pantang. Urutan juga membetulkan aliran darah, urat kembang (lagi2 masa beranak tu), membetulkan kedudukan rahim, dan membuang angin dan toksin dri badan.  Sebaiknya buat 3 kali untuk dapatkan kesan terbaik dan anda akan lebih bersemangat dan ceria. 
 
Rehat secukupnya. Walaupun anda aktif tahap Supermom sebelum ni, masa berpantang adalah untuk berehat dari melakukan aktiviti macam dulu. Memberi peluang pada tubuh untuk melakukan proses pemulihan dari dalaman. Jangan bergerak kerap kalau tidak perlu.
 
fuyoo..ni memang konfom tak bangun dari katil.
boleh mintak en.somi belikan. XD
Internet. Haha.. ni benda wajib kot. Takda tenet boleh naik gila woo.. Selain nak keep up-to-date dengan kawan, keluarga, dan info terkini, mommys juga boleh mencari support groups yang aktif untuk membantu mommys apa2 tentang berpantang. Saya rekomen group ini sebab ahlinya sangat membantu dan aktif. 
 
Set berpantang Shaklee. Kenapa set pantang ni mudah? Sebab set berpantang ni tidak memerlukan anda untuk menyediakan bahan berpantang (seperti mandian herba, minuman jamu , dll) sebelum digunakan. Hanya perlu letak di tepi katil, cukup masa, telan dengan air suam! Kan mudah tu.
 
Hanya set berpantang asas pun dah sangat oke sebagai keperluan semasa berpantang. Cukup nutrien yang diperlukan dan juga bagi ibu2 baru sentiasa bertenaga.  Anda boleh baca pengalaman (kelakar)saya semasa berpantang yang buat saya menyesal gak tak cuba set pantang Shaklee.
 
Lupa nak beritahu juga, supplemen ini tidak panas seperti jamu. Lepas beranak terus ambil supplemen untuk segar semula. 😀 Ni pun bagi efek kat anak tau!
 
 
Memang terbaik set berpantang Shaklee. Best tau kalau dipuji orang muka nampak segar+ceria masa berpantang. 😀 (pengalaman sendiri oke)

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge