Mengapa Kita Susah Nak Buat Perubahan

Biasa sangat isu ini, punca mengapa susah kita nak buat perubahan ni banyak dikupas merata-rata, siap dengan solusi yang dicadangkan, tinggal kita nak tak nak je kan? Cuma tu lah, banyak kali kita cadang nak buat tabiat baru mesti terkandas sebelum minggu baru. Jadi mungkin post ini boleh membantu korang, untuk yang rasa fedup sebab asyik-asyik buat azam tak pernah terjadi.

Info ini Shai dapat daripada podcast (content berbentuk audio dari orang yang kita follow. Cam IG lah jugak, cuma ada suara ja, dan boleh jadi seminit sampai sejam lebih ikut topic yang di bincangkan).

Dan dalam podcast tu membincangkan bagaimana perubahan yang kita buat ni, ada serba sedikit yang berlaku dalam peringkat biologi yang kita kena ambil kira dan sedar untuk pastikan kita komited dengan perubahan yang kita nak tu.

Video nya dekat sini ni, dan Shai ringkaskan dalam bentuk nota (ala-ala bullet journal kununnya) di bawah untuk korang dapatkan idea mengapa dan bagaimana ia berlaku, dan seterusnya yelah, apa korang nak buat lepas tu?

  • Sel kita sentiasa buat baru dan sentiasa buat receptor pada setiap info yang kita dapat. Tak kiralah info tersebut baik atau buruk, info tersebut akan bercambah bila kita berulang-ulang buat sehingga ia menjadi tabiat dan masuk ke minda separuh sedar kita (dan secara tak langsung, create reality kita -> ni serius terbukti tau, walaupun korang akan terfikir isu takdir sebab ia saling berkait. Okeh Shai dah melalut ni).
  • Cuma tu lah, sel yang terbiasa dengan sesuatu benda, akan buat receptor untuk terima benda tersebut, dan akan ‘craving’ dengan bahan tersebut. Dia anggap benda tu sebagai good stuff (lagi sekali, tak kiralah benda korang buat tu baik ke buruk)

    Craving gini contohnya bila azam nak diet kesekian kalinya. Kredit: http://blog.citysocializer.com
  • Dan bahan tersebut boleh jadi macam-macam, ikut sel tu nak terima. Tabiat baru, mindset baru, gaya bahasa baru, apa sahaja.
  • Untuk info baru, sel perlu vibrate dan bina satu receptor baru untuk terima info baru tersebut. Dan waktu tu lah yang kita akan struggle. Sebab tubuh/sel tersebut tak biasa, sebab keluar comfort zone. Dia rasa pelik. Ye lah bayangkan kita yang biasa beli barang dapur dekat kedai runcit depan rumah, tiba-tiba kita di bawa soppin dekat Tesco Extra, mau tak rambang mata nak biasakan ye dok (ambil contoh mudah je ni, you get the idea)
  • Sebab tu, jika kita komited, dia akan datang satu hari yang semua sel yang terlibat dah align maka satu perubahan yang solid telah berlaku. Dan ia akan jadi perubahan ‘resmi’ korang, tak kiralah gaya percakapan baru, paradigma baru, logik baru dsbg.
  • Kuncinya adalah mudah:  korang kena wajibbul ghunnah konsisten dengan apa yang perlu dilakukan supaya sampai capai apa yang kita nak.
  • Dalam aspek perubahan ni pula diperincikan kepada dua jenis penerima: Ada yang jenis ‘ow’ ada yang jenis ‘wow’ (korang tengok lah kat video tu) bila lalui fasa vibration/perubahan ini. Kita ada sebahagian dua kategori ini, bergantung kepada kekuatan, kelemahan, kegemaran dll (itu yang jadikan kita unik, dan secara tak langsung hikmah masing2 samada Allah nak tunjukkan mana kekuatan kita, atau ada kekuatan tersembunyi yang belum dikeluarkan, atau sekadar mengenali diri kita). Part kita ‘ow’ ni mungkin kita rasa berat ya Rabbi nak berubah (tapi mungkin memerlukan kita berubah juga), manakala yang ‘wow’ ni pula kita rasa teruja dengan perubahan tersebut, seolah nak kata ‘next! Moar adventure!’. isunya di sini, di mana receptor ‘ow’ dan ‘wow’ kita. Dan apa yang korang nak lakukan dengan receptor tersebut?
Agaknya tu yang azam tahun lepas pun tak setel2 lagi haha

Langkah Mudah Untuk Kita Nak Buat Perubahan, Pada Aspek Biologi Ini

  1. Kena ada visi/target yang simple pun cukup, sekadar nak latih tubuh untuk biasakan perubahan. Contohnya korang nak cuba masak makanan antarabangsa, buat lah dengan poached eggs and salmon ja dulu, jangan le terus buat 5-course dinner buat korang terus give up nanti
  2. Mudahkan untuk kita capai target tersebut. Contohnya korang nak mudah bersenam walaupun sibuk jaga anak kecil ni, jadi adakan satu ritual jalan keliling taman setiap petang; maknya kurus, anaknya cepat tidur sebab penat heh heh. Untuk cara lain nak kurus, Shai buat post banyak-banyak pasal Atkins khusus untuk ibu. Baca sini ya.
  3. Buat satu improvement goals ikut hari. Kecik2 je sekadar tak bagi badan terkejut beruk. Contoh pertama tadi, korang dah master poached eggs tu, up sikit dengan roasted chicken pulak. Sikit-sikit lama-lama jadilah bukit kan.
  4. Cari sistem sokongan. Mentor, kawan, keluarga. Koman2 maklumkan kepada mereka untuk mereka alert, bertimbang rasa dengan perubahan yang nak dibuat ni. Tak nak support, takda hal

    Bila ada kawan ni yang memudahkan untuk korang cari sistem sokongan
  5. Sediakan satu backup plan. Fikir segala kemungkinan yang mungkin ganggu goal tersebut dan set satu solusi/plan. Contohnya korang target nak pastikan anak-anak makan masakan di rumah walaupun sibuk bekerja. Jadi nak elak daripada tapau lauk untuk makan malam, seminggu sekali masak lauk sekaligus ikut portion yang biasa dimakan. (tip ni Shai amalkan, dengan resipi campak2 je. Korang ambil resipi dekat sini. Kalau sedap komen semula ye hehe).

Kesimpulan

Serius podcast tersebut membuka mata Shai untuk kenalpasti apa yang berlaku. Bukan le nak cari alasan ke apa, tapi kurang-kurang bila korang rasakan cam ada halangan yang sedang berlaku, benda ini lah puncanya.

Dan ia bukanlah tanda korang kena berhenti, sebaliknya ia tanda kuat korang kena komited untuk capai target tersebut, biiznillah.

Good luck yek!

High five sikit haha

Sumber: 1

Bacaan lanjut

8 Comments

  1. mmg betul..nak buat perubahan dalam apa saja yg kita nak ubah tu perlu ada visi, kemahuan dan keyakinan jugak..tapi ada gitu pun kekdg ada pulak anasir2 lain yg buat terbantut.hehee

    Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal dari http://www.umifuzy.com

    1. Masa semangat nak berubah, masa tu lah godaan kuat nak menguji (baca: diet) hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge