Shai Belajar Skill Baru Untuk Kereta

2 hari lepas berlaku satu keadaan yang, nak nangis ke gelak Shai sendiri tak tau. Namun yang hikmahnya, Shai dengan en.somi belajar satu skill baru untuk kereta kesayangan kami ni. Kereta kami lock dari dalam!

Bermula kisah macam biasa, tiap-tiap pagi kami akan hantar Naz ke rumah pengasuhnya (tak jauh mana pun, dalam 10 minit perjalanan ja dari rumah, dengan berjalan kaki) dan macam biasa, pagi-pagi nak hantar Naz sekarang ni dia akan buat perangai dia – nangis sedu-sedu kununnya, tarik gear untuk reverse kereta, peluk abahnya, dan lain-lain taktik untuk takmo pergi rumah pengasuh.

Yang kelakarnya, bila nak ambil balik dia boleh pulak tak nak balik, siap ‘bye’ kat kita. Ceh..

Balik kepada cerita, dalam kalut-kalut nak angkut dan dukung Naz nak menghantar tu, Shai tutup dan kunci lah pintu kereta, en.somi pun sama. Sekali alamak…

Kunci Tertinggal Dalam Kereta Yang Berkunci, Lock dari Dalam.

Ah sudah.. nak marah pun buat apa, benda dah jadi (positif gitew) jadi hantar Naz sekejap, then kembali semula ke kereta godeh-godeh camna nak buka. Bincang punya bincang, kami sepakat berjalan kaki balik rumah untuk ambil pembaris nak togel pintu kereta. Mujur rumah dekat. Syukur sangat-sangat.

Sampai rumah, cari pembaris besi dulu, dan sempat nak Google tengok video demo macam mana nak unlock pintu kereta yang terkunci. Ada beberapa tip dan video, kami tengok untuk kesesuaiannya dengan kereta.

Alang-alang dengan pembaris, sekaki payung terpaksa dikorbankan sedikit untuk diambil dawainya. T.T

Balik Semula Ke Kereta Yang Berkunci

Mula lah sesi togel pintu kereta ni. Cuba jaya dengan masuk melalui pintu tak berjaya sampai berpeluh berkilat muka dibuatnya (I pakai BB krim jadi taklah berminyak sangat. Hehe). Tak dapat pintu pemandu, cubajaya dengan pintu penumpang pun tak boleh, kembali semula ke pintu pemandu.

Cubajaya melalui tingkap, untuk tarik lock tu ke atas pun tak jadi. Shai cadangkan bengkokkan dawai tu agar boleh tarik lock tu dengan kejap. Jenuh gak nak align daai tu ke lock, dan dalam 10 minit gitu BERJAYA JUGA.

kereta lock
dari dawai payung IKEA ia datang, ditukarkan menjadi dawai untuk godeh lock kereta T.T

Syukur alhamdulillah. Puas hati aku.

Baliklah kami ke rumah dengan gelak-gelak dan sambung buat pelbagai urusan pekerjaan.

The end. Hehe..

signature mommylotte

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge