Yeay! Melalui Ramadhan 2014 dengan jayanya

Yeay! Melalui Ramadhan 2014 dengan jayanya 


Salam semua. Hari ni dah hampir seminggu lebih Ramadan untuk 2014 telah berlalu, apa cerita kawan -kawan sekarang ?
Kehidupan mesti back to normal; rutin, tugas, dan tanggungjawab harian mesti dilakukan dan semestinya mood raya masih ada lagi. 

Time ni lah nak ziarah kwn2, tukar2 kuih raya, dan catch up cerita2 dari kampung, ye dok? Seronok gak dgr cerita kawan2 yg ada aktiviti mcm2 bulan puasa.
Saya punya? Agak boring and predictable. Biasa2 je..Hehehe..
Beberapa minggu sebelum puasa, saya tahu kalau awal2 puasa mmg akan slow je aktiviti harian kerana peringkat awal puasa tubuh kita tengah memulakan fasa detox jadi saya buat:

Trick dengan detoks awal2.

musti ada tiap kali untuk detoks

(tak mau dah lembik2 walaupun berpuasa)

Seminggu sebelum puasa saya latih diri dengan mengurangkan makan secara beransur2, minum banyak air, dan buang toksin jauh2 dengan pekena herblax (2 biji sehari lepas sarap).
Hasilnya, berjaya melepasi halangan awal ketika minggu pertama berpuasa walaupun tahap keaktifan menurun sedikit (kalau tahun lepas dah serupa macam zombie, tambah lagi letih+haus kerana menyusukan anak), boleh lagi gigih mengemas rumah dan bekerja, cuma sekali-sekala ada lagi penatnya. 


Tengah mlm pulak melantak sokmo buat simpan tenaga utk puasa (tak jadi pun sebenarnya) walaupun bukan lapar sangat pun.

Hehehe…

Alhamdulillah, minggu-minggu kemudiannya boleh adaptasi mode puasa dengan jayanya. Malah, dalam keadaan berpuasa kita lebih aktif dari biasa. Mungkin berkat doa minta tak penat over masa puasa dan follow cara berpuasa dengan betul; makan kurma, minum banyak air masak, dan makan yang nilai glisemik rendah (biasanya makanan berserat tinggi) dan lebihkan protein dari nasi2.
Jadi sampai hujung bulan puasa, cukup kurma dan sepinggan kecil nasi untuk alas perut. Kuih muih dan air manis sekadar penghilang gian (tergoda tgk air warna warni cantik kt bazar ramadan). 

air jagung..air keladi..air sirap limau..fuuh..

Aktiviti Ramadan (selain makan)

Syukur juga, anak pun slow2 ikut ummi dan abahnya berpuasa. Bangun sahur sekali dan kerap duduk sebelah bila membaca Quran selepas solat. Tidak dinafikan, bila bulan Ramadan ganjaran pahala berganda2 jadi ni lah kita masanya kita tambahkan kekerapan berdoa, berzikir, dan membaca Quran, dan semestinya tabiat ni yang akan diteruskan walaupun Ramadan telah tamat (anak ummi pun kena ikut juga ya!).

Jujur ckp, kalau kita betul2 kejar barakah dan pahala Ramadan, pasti kita sedikit sedih di akhir bulan, kalau boleh nak bulan Ramadan tu sampai bila-bila. J

Next post, saya nak story mory tentang raya kami sekeluarga tahun ni (lain dari lain I guarantee you). Tungguu!


Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge