Tips Untuk Berdiet Di Rumah Untuk Ibu

Antara tips untuk berdiet di rumah, yang paling asas adalah untuk tidak rasa tertekan melakukannya. Sebab apa? Kalau stress atau rasa pressure je konfom diet korang kelaut buat kesekian kalinya. Lepas terjaga stress tu baru boleh ikuti tips lain. πŸ˜€

diet di rumah, cepat kurus, tips kurus, cara turun berat, diet ibu menyusu

Kenapa Stress Bahaya Untuk Ibu Nak Kurus?

Secara stright to the point, ya. Rasa stress adalah salah satu faktor utama yang menganggu dalam proses kurus korang yang beri kesan bukan sahaja kepada minda, malah tubuh korang akan react accordingly juga.

Dan pada masa sama juga ditekankan secara realistik. Sebab biasa yang berdiet di rumah ni biasanya ibu. Dan jadi ibu ini sama dengan stress memanjang. Jadi dengan korang alert dengan faktor tekanan ini akan seterusnya memudahkan proses diet korang.

Jadi, buang apa sahaja yang menjadi faktor stress korang di rumah: contohnya anak biasa sepahkan mainan di rumah ka, banyak kerja nak kena setel ka; address the issues secara produktif sebelum memulakan proses kurus korang ya.

Korang boleh klik sini kalau nak tahu lebih lanjut tips pengurusan rumah/masa yang min kongsikan di personal blog min. πŸ˜‰

Take note juga, jika korang sedang setelkan benda besar contohnya nak pindah rumah, anak nak bersunat, anak nak kawin, atau ada ahli keluarga terdekat meninggal, sebaiknya tangguhkan diet sekejap sebab tenaga korang amat diperlukan. πŸ™‚

Besar woo fungsi ibu ni.

Okeh, back to topic: apakah lagi tips untuk berdiet di rumah dengan mudah?

Tips Untuk Berdiet Di Rumah Dengan Mudah Untuk Ibu

Merancang Menu Dan Pelan Pemakanan

Perkara paling asas adalah korang memilih pelan diet yang nak ikut dan juga menyediakan stok makanan yang diperlukan.

Dari situ korang boleh buat meal prep untuk memudahkan korang berdiet (lagi-lagi pada peringkat awal berdiet) dan juga merancang pelan pemakanan (termasuk plan just in case takut diet kelaut).

Buat Meal Prep Siap-Siap

Ni antara tips untuk berdiet di rumah, sebab kebanyakan masa korang di rumah ja. Sekurang-kurangnya buat satu longgok lauk/resipi yang cukup untuk seminggu agar memudahkan korang berdiet, khususnya ketika peringkat awal ketika nafus makan biasanya memberontak, dan juga ketika kecemasan tak sempat nak masak.

Dengan meal prep ini juga membantu korang menentukan kandungan nutrisi makro dan mikro, sert bahan yang β€˜berisiko’ dalam diet iaitu garam dan juga gula yang susah nak ditentukan jika beli di luar. πŸ˜‰

Contoh meal prep, macam kita boleh buat jugak kan? Korang boleh klik sini untuk link ke resipinya

Klik sini untuk baca maksud nutrisi makro, dan nutrisi mikro, serta idea resipi masakan yang sihat. πŸ˜€

Minum Air Yang Mencukupi

Dahulukan air masak yang cukup dalam sehari dan habiskan sebelum nak teguk air lain, dan juga minum beberapa kali setiap jam. Cara ini akan elakkan korang makan lebih dari biasa, selain membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dan detoks.

Nak elak jemu minum air kosong je, jadikan air detoks untuk air berperisa dan juga ada manfaat kesihatan sekali. Klik sini untuk baca kebaikan air detoks untuk tubuh korang.

Sentiasa Bergerak, Sebanyak Mungkin

Elakkan melemaukan badan dengan sentiasa duduk dan baring; sebaiknya gerakkan tubuh dengan aktif, dan juga berdiri lebih sikit dari biasa, walaupun sekadar melipat baju.

Tabiat ini akan melatih tubuh kita untuk sentiasa aktif dan juga maintain dalam fat-burning zone = lagi banyak lemak akan dibakar = lagi cepat nak kurus!

Nak mudah, korang berjalan lebih sikit. Tu pun dah cukup.

*Tak termasuk waktu tidur yek πŸ˜›

Kesimpulan

Nak jadi ibu bukannya senang namun pada masa sama tak bermaksud mustahil untuk korang nak dapatkan balik tubuh macam dulu. Hanya ikuti 4 tips untuk berdiet di rumah ini sebagai permulaan, dan korang akan lihat kesannya.

Nak lagi best, baca dulu artikel berkaitan di bawah ni, untuk korang dapat gambaran apa yang kena buat dalam proses kurus.

Atau nak senang tak fikir dah, klik untuk mendapatkan panduan kurus, khas untuk ibu-ibu (guide akan disediakan sekali) πŸ˜€

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge