Tips Untuk Jaga Makan Ketika Beraya

Tak perlu cerita panjang, kita tahu bila nak berdiet dan jaga makan ketika raya ni adalah sesuatu yang hampir mustahil XD.

Mana taknya, kita ni memang kuat budaya makan; menjamu orang kira kelebihan orang kita. Jadi realistik lah sikit, Shai kongsikan tips bukan untuk berdiet ketika beraya, tapi sekadar jaga makan sedikit sambil enjoy juadah yang ada, lepas habis raya nanti nak diet balik takdalah teruk sangat sekurang-kurangnya ye dok.

jaga makan ketika beraya, hari raya, jaga diet,

Masalah Yang Sering Dihadapi Bila Diet Ketika Beraya

Senang tergoda. XD

Dah lah berpantang makan macam-macam, tambah lagi berpuasa (sedikit sebanyak akan boost kesan diet tersebut), bila hari raya ni banyak jenis makanan, kuih, dan biskut (dengan nama biskut makin lama makin canggih gamaknya) terliur jugak tengok orang lain makan yang kita ni takat minum air detoks dengan telur rebus ye.

Sadis dengar.

Jadi post ini, sedikit sebanyak membantu dengan realistik. Sangat kurang kebarangkalian untuk berdiet hari sebegini, melainkan memang dah tekad nak menjaga makan sepenuhnya. Kalau itu adalah anda, tahniah diucapkan.

*Panduan ini boleh digunakan untuk hampir semua jenis diet, khususnya diet jenis rendah karbohidrat, atau yang nak jaga makan sikit walaupun tengah musim raya ini. 😀

Okeh, kita straight to the point. Sebaiknya, amalkan point yang tersenarai ni sepenuhnya untuk kesan yang terbaik untuk figure korang.

Cara Mudah Dan Tips Jaga Makan Ketika Beraya

  1. Mulakan dengan sarapan yang sihat dahulu (overnight meal, buah-buahan, air detoks, mahupun green tea ke apa) dan lemak sihat takdalah bangun pagi raya ja ko fikir makannnnnn

    Air detoks ni berperisa manis, elok untuk gantikan rasa mengidam untuk elak minuma iar manis berlebihan. Resipi minuman detoks lain, klik sini ya
  2. Ambil portion yang kecil untuk makanan yang disukai. Bolehlah merasa buat lepas mengidam dari takda langsung
  3. Makan pelan-pelan. Borak2 je lah masa makan tu. Makan terlalu laju akan menyebabkan korang makan lebih dari sepatutnya, kerana signal kenyang yang dikeluarkan otak lambat sedikit (selain nampak buruk sebab makan macam kebulur gamaknya)
  4. Pakai bengkung/body shaper sebaik sahaja selepas mandi pagi, ia membantu untuk korang elak makan dari berlebihan.
  5. Minum air masak sebelum makan, sebaiknya satu gelas gitu untuk kurangkan kuantiti makanan yang diambil

    Kelebihan air masak di minum pada waktu tertentu. Boleh disesuaikan dengan waktu beraya nanti
  6. Banyakkan berjalan ketika beraya untuk bakar tenaga daripada makanan yang telah dimakan. Park je lah kereta jauh sikit setiap kali beraya.
  7. Bawa air masak merata-rata (nak lagi best tambah chia seed) dalam kereta/handbag untuk diminum sekerap yang mungkin. Sebaiknya 80% daripada jumlah minuman yang diminum adalah air masak/air detoks sahaja. Link resipi minuman detoks dekat sini.
  8. Lebihkan lauk pauk dan sayuran daripada nasi sewaktu memilih juadah makanan.
  9. Bawa bekal roti gandum/telur rebus siap-siap buat kunyah ketika dalam perjalanan sekiranya cepat lapar, instead korang berhenti kat mana-mana kedai dan beli jajan.
  10. Minum teh o halia, teh hijau pada waktu malam untuk buang angin n lawaskan sistem penghadaman, esok repeat beraya. XD

Kesimpulan

Ketika awal-awal musim raya (atau musim kenduri kawin) ni takpalah kurangkan sedikit rules diet korang, melainkan korang memang tekad nak jaga makan tak kira hari apa (yang tu power). Untuk elak masalah seperti itu berlaku sebaiknya bajet timing diet korang agar tak bertindan dengan hari perayaan sebegini, seperti dalam post ini (post ni fokus kepada diet atkinsm tapi prinsip persediaanya tetap sama).

Rujukan: 1,2, pengalaman sendiri -.-

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge