Bagaimana Cuka Epal Untuk Kurus Membantu?

Bagaimana nak gunakan cuka epal untuk kurus? Ramai yang menggunakan cuka epal ni tapi bagaimana mekanisme dia bantu untuk turunkan berat badan kita? Jika tak tahu, baca lebih lanjut di sini.

cuka epal, kurus, ACV, apple cider

 

Cara Cuka Epal Dihasilkan

Cuka epal ni dihasilkan dari proses pengawetan; dari epal-epal tu dihancurkan dan dicampur sekali dengan yis untuk tukarkan gula yang terkandung dalam buah epal ke bentuk alkohol. Kemudiannya campuran tersebut dicampur dengan bakteria kultur, untuk menukarkan alkohol tersebut ke asid asetik.

Jangan kata cuka epal ni haromm pulak. Compound alkohol dengan minuman alkohol tu lain (kena buka balik buku kimia organik nak cari semula).

Dan asid asetik ni jadi komponen utama dalam cuka epal yang kita dok gunakan ni. Nama kimia lain dia asid etanoik (sejenis asid karbosilik), dan biasanya dalam sebotol cuka epal tu ada dalam 5% asid asetik, bakinya adalah air dan juga kandungan asid lain.

Dan balik ke topik asal semula, bagaimana cuka epal ni boleh membantu menurunkan berat badan kita?

Bagaimana Cuka Epal Untuk Kurus Digunakan

Asal kajian ini dilakukan, menunjukkan ada manfaat cuka epal dalam aspek kurus mengurus ni, di mana ia membantu menurunkan tahap gula dalam darah dan juga meningkatkan kecekapan hati untuk cernakan glukos tersebut (berbanding nak tukar dalam lemak untuk disimpan, sebab organ hati tak cukup tangan nak handle lemak dan karbo yang baru masuk. Malah tahap insulin juga berkurang, yang menunjukkan tubuh lebih cenderung untuk membakar lemak tubuh.

Kajian pun menunjukkan orang yang ambil cuka epal ni sekali dengan makanan yang tinggi karbohidrat mengalami tahap glukos yang rendah dalam sejam selepas makan, dan kemudiannya cenderung untuk kurang makan dari biasa selepas tu.

Yelah, sebab tahap glukos yang spike dan kemudian jatuh menjunam tu yang buat kita cenderung lapar giler. Dan spike yang terhasil tu biasa berlaku pada makanan yang tinggi karbo dan juga yang tinggi nilai glisemik nya. Tengok graf di bawah ni.

Sumber: https://truehealthwisconsin.wordpress.com/

Metabolisme (kadar tubuh nak cernakan makanan) pun meningkat dan pada masa sama menurunkan kadar penghasilan lemak dalam hati. Dan pada masa sama juga mempengaruhi kod gene tertentu yang khusus dalam pembakaran dan penyimpanan lemak – maksudnya lebih kepada nak bakar lemak-lemak tu, berbanding dapat je stok baru terus simpan.

Pengambilan cuka epal juga membantu kurangkan sedikit selera makan tu, jadi secara tak langsung kuranglah makan jugak.

Malah khusus untuk perempuan yang ada PCOS, mereka yang ambil cuka epal ni umumnya dapat period lebih teratur – kesan tak langsung dari tahap insulin yang lebih baik. *tu yang sapa-sapa ada PCOS doktor biasa suruh diet n bersenam sekali.

Bagaimana Saya Nak Ambil Cuka Epal Dalam Proses Kurus

Banyak ja caranya nak tambah cuka epal dalam makanan korang. Shai personally amalkan 1 sudu kecil cuka epal dalam teh o panas (tanpa gula) samada sebelum sarapan, atau kalau tak sempat, anytime lah bila buat teh.

Boleh jugak nak sprinkle sikit cuka epal ni dalam salad korang, atau campur dengan sayuran untuk dijadikan sebagai jeruk.

Pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sedikit dulu, dan dicampur dengan bahan makanan lain sebab cuka epal kan asid.

manfaat cuka epal, cuka epal, ACV, apple cider, cuka epal kurus

Hati-Hati Dengan Cuka Epal Ini

Yang kebaikan cuka epal untuk maintain glukos selepas makan makanan yang tinggi karbo tu, jangan lah jadi alasan untuk korang mentedarah nasi kandar dan lepas tu piza sesuka hati sebab dah ada cuka epal ni.

Tak balance juga untuk tubuh in the long run. Cuka epal asid satu hal. Baik baca sini tentang kebaikan diet rendah karbo, yang mungkin membantu korang.

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri ^^v

Semoka membantu ya! Pakat-pakat share dekat kawan yang nak kurus, mana tahu penggunaan cuka epal ni membantu diorg. 😀

Bacaan lanjut

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge