Murah Itu Berkualitikah?

Di page ini, Shai ingin kongsikan pandangan sendiri dalam isu harga. Umum mengetahui kerana kebanyak item/produk digital yang Shai kongsikan jika diletakkan harga, ia kelihatan murah. Kemungkinan besar anda akan terfikir kalau murah entah cikai ja isi kandungannya.

Tidak sama sekali.

Jika Shai lakukan sebegitu ia akan jadi sia-sia. Buang masa. Malah Shai sendiri tidak reti nak buat sesuatu benda yang sekadar melepaskan batuk di lif – hanya tumpukan untuk hasil sesuatu yang berkualiti.

Jadi mengapa harganya kelihatan terlalu murah?

Simply put, kerana dalam proses menghasilkan sesuatu produk Shai sentiasa fikir untuk letak harga yang berbaloi dan mampu milik. Untuk pada Shai berkongsi manfaat walau sedikit cuma. Prinsip peribadi, ilmu yang ada boleh dikongsi bersama sepadan dengan harga yang dibayar,

Dalam kes ebook ini, Shai tekankan semua orang ada hak untuk kurus dan sihat. Klik gambar ini jika anda nak tahu untuk info lanjut mengenai ebook ini.

Harga yang tertera, hanyalah sekadar untuk ganti masa, tenaga, dan ilham yang telah dicurahkan dalam penghasilan produk tersebut. Sekadar bayar bil letrik dan internet orang kata, untuk hasilkan lebih banyak manfaat untuk anda.

Sekiranya dikata mahal sekalipun, Shai tekankan harganya sepadan dengan kualiti, bukan caj sebarangan nak pow poket korang.

The keyword is the price is not really expensive,  instead as affordable as you can – orang puteh kata.

Secara tak langsung, ia juga membuktikan hala tuju dan kandungan blog post di sini yang tidak sia-sia (sekalipun dalam cerita personal Shai). Harapnya  agar anda dapat memanfaatkan produk tersebut dan berkongsi hasilnya.

Nota: produk yang dimaksudkan dalam ini adalah yang dihasilkan Shai sendiri, bukan orang lain. Yang tu Shai perlu jaga amanah dengan mematuhi peraturan HQ. Kalau tak namanya main harga/sembelih orang. Harap mekyong.

sementara murah boleh grab cepat. Nanti naik harga (kerana pertambahan ilmu/info) melepas karang Shai tak payung

Sekian statement rasmi Shai. Kena buat untuk elak apa-apa masalah/kelecehan berbangkit.

Untuk statement konsultasi dan servis pula klik sini.  😉