Penurunan Berat Sampai 10kg Sebulan, Bagus Ke?

Biasa tengok produk yang tawarkan hasil penurunan berat berkilo dalam seminggu sebulan ja kan? Walaupun dengan gambar testimoni yang tunjukkan perbezaan ketara yang biasa buat kita terliur tengok, kita terfikir jugak adakah bagus kesannya untuk kita?

penurunan berat, berat turun 10 kg

Contoh penurunan berat laju yang dimaksudkan di sini adalah yang turun tak beragak tingginya dalam 5kg dalam seminggu dua kadarnya, sedangkan secara alami ia tak sepatutnya begitu.

Jika ya sekalipun, berat yang diturun itu samada berat air sahaja, atau lebihan lemak yang dibuang dengan mendadak tu akan naik balik berganda nanti.

Sebab biasanya, orang yang berjaya turunkan berat dengan begitu drastik, akan susah nak maintain berat tersebut dengan berpanjangan, apatah lagi kekal.

Belum kira lagi side effects yang berlaku akibat penurunan berat terlalu banyak juga. Semua faktor2 ini akan menyebabkan kita susah nak maintain berat tersebut selepas berjaya diturunkan.

Macam ni lah analoginya; kita paksa badan buang keluar berat lebihan tersebut. Sumber

Min tahu sebab ini apa yang pernah yang min sediakan konsultasi. Banyak produk kurus yang digunakan, dan walaupun berat target dicapai, ia amat2 susah nak kekalkan berat tersebut, selain maintenance tinggi nak spend untuk produk kurus/treatment kurus.

Chup: ni bukan nak bash produk/supplement kurus, boleh baca di sini.

Adakah Turun Berat Dengan Banyak Dan Cepat Itu Bagus?

Okay, balik kepada topik asal iaitu penurunan berat drastik ini, proses ini sebenarnya menyebabkan tubuh terbeban dengan melampau sebab ia dipaksa untuk buang lebihan berat dari kapasitinya, dan dari situ pelbagai kesan sampingan akan berlaku seperti dehidrasi, kekurangan nutrisi, elektrolit atau mineral dalam tubuh tak seimbang (yang ni bahaya kalau ekstrim sangat), selain isu2 leceh seperti pening kepala, sembelit dsbg.

Dah tubuh stress, itulah antara kesan sampingan yang akan berlaku.

Sebab tu berat akan naik semula lepas dah stop diet/penggunaan produk, malah ada yang naik berganda2 dari asalnya huhu..

Jadi berat turun memang turun. Kalau yang turun tu bukannya lemak tapi otot, ia tak menjamin tubuh kurus tu dilindungi dari risiko kesihatan ya. 😀

Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Saya Turunkan Berat Ni Min

Gunakan produk ni.

Hehe tak gurau2. tanpa produk sekalipun penurunan berat boleh berlaku asalkan korang tahu apa yang korang nak buat dalam proses kurus ini serta komited dengan program tersebut, agar penurunan berat tu berlaklu bersesuaian dengan kapasiti, keadaan kesihatan, dan kadar metabolisme tubuh.

Asalkan ada turun dengan berkadar selama 3 bulan sehingga setahun, itu pun dah sangat2 cukup baik untuk korang.

Kalau satu hari diet tapi 6 hari melantak tak jalan jugak yek. Apatah lagi tak guna bulan ni berat cantik 55kg tapi 2 bulan lagi mencanak naik jadi 70 sebab stop diet. Penat je korang buang berat lebih tu.

Dah, cukup motivasi. Nak komit betul2 untuk kurus, baca posting2 ikut kategori ni.

  • Post nutrisi
  • Post tentang senaman
  • Nak post motivasi lagi? Klik sini

Lepas baca, tinggal nak follow ja untuk korang dapatkan berat badan ideal yang di inginkan.

Semoga membantu ya. Ada apa2 pertanyaan berkaitan weightloss mai2 komen di sini min jawabkan. 😀

Sumber: 1, 2,

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge