Seperti dalam post sebelum ini, Shai ada kongsikan tentang punca-punca kita tak dapat konsisten berdiet (atau rutin workout juga) ni. Jangan risau, semua orang begitu, Shai pun camtu juga dulu. Bezanya, bagaimana nak buat supaya kita kekal konsisten, dan dalam post ini, caranya.
Cara Mudah Dan Terbaik Untuk Konsisten Berdiet
Buat Bukan Ikut Mood
Isu ni paling simple namun besar kesannya jika anda nak konsisten. Yelah, kalau buat ikut mood, rasanya bila takda mood sebab kena sound teruk dengan bos/lecturer/balak/awek pada pukul 5 yang anda target nak bersenam perut tu anda akan buat tak rasanya?
Seperti kerja/komitmen lain, jika anda memilih untuk sihat, anda tak boleh buat diet/senaman ini ikut mood anda dah.
Buat je. Nanti ada mood/semangat buatlah balik semula dengan lebih baik. Simple.
Pilih Yang Sesuai Dengan Diri
Nak pilih yang sesuai dengan diri bermaksud sesuai dengan tahap kesihatan diri, kekangan masa, dan juga BAJET. Takda makna nak berdiet kalau sampai kacau duit belanja yang lebih penting. Dan by right, nak berdiet tak perlu mahal sebenarnya – anda boleh bermula dengan amalkan 2 biji telur rebus setiap sarapan dan makan malam yang kosnya kurang2 pun RM1.60 ja sehari.
Untuk mengetahui diet yang sesuai dengan diri kita memerlukan kita ketahui ciri-ciri body type dan sesuaikan pengambilan nutrisi (terutamanya karbohidrat, protein dan lemak sihat) ikut kuantiti. Klik sini untuk ketahui info lanjut.

Jangan ikut trend, jangan ikut kawan. Hanya ikut keperluan diri. Walaupun jika anda perlu jumpa doktor sekejap untuk kenalpasti tahap kesihatan anda dulu.
Mula Dengan Berperingkat
Isu ini juga besar dan merangkumi pelbagai aspek dalam konsisten berdiet ini. Dan Shai pecahkan ikut topiknya ya.
Dalam berdiet, mulakan secara perlahan-lahan untuk tidak rasa terbeban (dan juga berikan tubuh anda kejutan besar sampai dia memberontak – tu yang buat diet kita selalu kelaut tu), selain menjadikan amalan tersebut menjadi satu tabiat yang susah anda nak tinggalkan.
Contoh tabiat mudah ialah dengan bawa bekal dari rumah ka, minum air kosong cukup 3 liter sehari ka, skip air manis ketika order makanan ka, atau lebihkan sayuran/ulaman selonggok ketika ambil nasi campur. Asalkan ia positif, kekalkan ia sehingga jadi tabiat dan anda konsisten.
Secara tak langsung, anda ada mindset baru yang nak sihat ni taklah susah mana.
Dan rule ini juga terpakai dalam rutin workout juga: buat slow2 dan berkualiti lebih baik daripada beriya2 sejam di gym dan lepas tu mentedarah macam nak mati hehe..istiqamah orang kata. XD
Untuk bacaan tabiat mudah yang anda boleh jadikan sebagai amalan untuk konsisten, klik sini.
Sediakan Satu Backup Plan
Isu yang biasa Shai dengar dalam konsultasi kurus (dulu ada buat) ialah diet selalu kelaut. Di mana kalau tercuit benda manis sikit dah rasa macam satu kegagalan besar dunia dan terus taknak diet lagi.
Jangan begitu, sekali tersilap, boleh lagi betulkan. Apalagi anda masih sihat ketika nak berdiet ini, bererti anda banyak peluang dan masa untuk capai berat ideal anda juga.
Jadi lepas ni, untuk elak kelaut lagi, sediakan satu plan backup siap-siap iaitu:
- Buang semua makanan yang anda tahu akan rosakkan diet anda, kalau tinggal dengan ahli keluarga lain, sediakan satu tempat khas untuk makanan anda (dalam peti sekali, bekas khas) dan ambil makanan anda di situ SAHAJA
- Prepare siap2 senarai apa yang boleh diambil atau tidak ketika makan di luar. Kadang2 kita ralit tak sedar tiba2 kelaut pasifik diet kita dalam satu malam juga. Haha25
- Buat wallpaper reminder yang anda sedang diet. Hari2 tengok sampai teringat sendiri. Ada wallpaper simple diet yang Shai sediakan, download secara percuma di sini.
Tisp backup plan juga disediakan dengan lebih terperinci. Anda boleh baca di sini. 😀
Semoga membantu tip yang Shai kongsikan ini. sebab tip yang ada di sini, semuanya yang Shai amalkan untuk maintain berat/fitness level, sehingga hari ini. 😀
