Orang Ramai Masih Tak Peduli Autism Ni

Baru terkini punya kejadian tentang budak OKU yang kena tahan sebab dikatakan mencabul perempuan. Situasi ini certainly create and uproar between parents/ahli keluarga yang ada pengalaman hadap mereka yang autistik ini, dengan orang yang tak pernah alami pengalaman ini, dan terbahagi samada antara simpati dan empati dengan yang jenis mengecam sesuka hati.

Pedih, sebenarnya pedih baca sebab (maaf, tapi kena kata straight juga) kebanyakan masyarakat kita jenis suka kecam dan hentam, ikut emosi, dan terus sentap. Kalau yang ada pengalaman dia faham juga situasi.

Yang tak faham tu masalahnya, kata-kata ratanya amat menyakitkan hati.

Yang Mengecam Tu..

Pergh..kau mengutuk macam kau kebal ek. Yang berdiam atau dengan bahasa elok2 balas dengan hati pedih berdoa agar kau rasa macam mana peritnya jaga budak2 ni kau kata buruk perangai pulak sebab doakan buruk dekat orang lain.

Ah sudah. Sama pesen dengan orang yang nasihat elok2 kau kecam. Lepas tu bila dah tak boleh lawan kau kata yang nasihat ni kena lah berdoa untuk aku, cakap elok2 dengan aku yang tak tinggi agama ni. Jangan kecam.

Tu namanya cara pusing kona.

Kau deflect, untuk halalkan cara kasar kau tak bagi orang lain yang kau kecam tu kasar balik dengan kau.

Kau boleh. Orang lain tak boleh.

Kan?

Pecah Ikut Beberapa Bahagian

Pedih, sebab in the end terpecah ikut golongan/kaum. satu yang memang ada dalam isu yang di utarakan, satu yang takda tapi buat onar, satu pula di atas pagar, samada memerhati atau betul2 nak belajar ambil tahu tentang isu ini.

Sampai bila nak begitu?

Shai pernah kena, waktu Naz awal2 tak dapat regulate emosi dia sangat (sebab nak anggur je pun kot, tapi masa tu agak kesempitan duit). Orang yang memandang aduhai.. hinanya kita rasa.

Kebiasaanya jenis ini akan jadi superior, ajar tu ajar ni (dalam konteks mengajar memandai, bukan yang nak ajar betul2 dengan compassionate), dan haruslah menggunakan perkataan “sepatutnya..sepatutnya..”

Cukuplah. Hentikan one track mind seolah autism tu MESTI hafal Quran. MESTI genius boleh dapat Nobel Prize.

Kalau disorder ini banyak spektrum, maka banyaklah jenisnya, tahapnya kemungkinannya, perbezaan keupayaan mak bapak dia. Bukan boleh pukul rata. Tanya lah dulu sebelum nak judge.

Jangan dilabel untuk memudahkan reaksi, untuk nak judge orang. Apalagi nak kecam suruh penjaga kena ada 24/7, apalagi asal anak OKU je kau nak pasung dekat rumah macam zaman dulu. Lagi baik tambahkan ilmu dan cabar (pada yang kecam), atau jemput (pada yang curious nak tahu) untuk jaga budak2 ini untuk sehari dua.

Cubalah.

These kids pun ada hak nak enjoy dunia, ada hak to live as normal as they can, takkan nak kurung ja. The only thing you can do, instead nak mengecam2 ni, cer banyakkan ilmu tentang spektrum ni.

Bukalah Google dan baca artikel/jurnal yang ada, join grup fb autism malaysia dan tengok bagaimana parents to these kids deal every day.

Pretty much explains apa yang parents autism kena buat

Hukuman Tetap Hukuman

Tak bermaksud kalau yang salah tak kena didakwa (atau nak kata dia OKU, biarlaahhh) tapi tolonglah biar kena dengan cara. Ada ja yang autism buat jenayah, harus mereka kena dakwa dan hukum setimpal. Noktah.

Hakim nak sebat pakcik umur 60 sebab rogol cucu pun kena hadkan sebatannya sebab ambil kira faktor usia dia. Jadi? Hukumlah, tapi ambil kira faktor situasi dia untuk menyeluruh dan saksama.

Pada masa sama on the other end of the solution, ambil kira faktor di masa awal (pendidikan), di masa tengah (persekitaran) supaya isu2 sebegini tak berlaku.. fuh.. menaip memang senang, tapi itu lah yang kena buat untuk elak. Elak apa? Elak orang mengecam2 dan stigma disorder ini.

Sebab apa yang lelaki tu buat tu purely accident, out of curiousity. I’m sure part mak pak dia dah kawal sebaik mungkin, cuma ni terlepas kali ini ja.

Part mengecam tu takkan habis selagi takda awareness menyeluruh pasal disorder ini (mahupun disorder/penyakit lain). Mulut orang takkan ditutup. Period.

Solusi Kepada Kau Yang Gah Mengecam

Hey, dari kau yang mengecam mengajar mak pak dia (tapi takda pengalaman pun, setakat baca berita viral ja), apa kata kau sponsor satu therapist untuk lelaki tu on daily basis? Atau at least kau jadi guard dekat keluarga tu untuk elak potensi/risiko kejadian macam tu berulang lagi. Kalau dah bising sangat kan.

Kau mengecam dengan rasa kebal tak akan ke mana melainkan kata-kata kita tiap satunya akan diuji nanti. Orang nak cepat carikan solusi, tapi kau beralasan pula ni.

Risiko Terma OKU Ini

That said, logika dari kes ini perlu lah hati-hati agar terma khas untuk mereka ni tak disalah gunakan. We never know, just be safe.

Hikmah juga dari situasi ini, sebab kemungkinan (dan doa sangat2) jadi satu titik yang how this disorder is seriously still underhanded among the normal. Sampai bila nak biarkan aja keadaan ini?

Anak Shai? Memang mild autistik. Otak komputer, stail automotif engineer. Subjek sastera unlikely dia boleh master -.-. Tinggal tanggungjawab kita sebagai parents nak ajar awang ni SATU-PERSATU bagaimana nak berurusan/interaksi dengan orang lain as normal as he can. Boleh baca post2 pengalaman Shai ajar naz di sini ya.

Maaf, post ini agak emo. I feel the parents’ burden, other parents feel, and affected as these ignorant cakap macam-macam seolah kita tak buat satu apa pun untuk anak autistik kita.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge