Empangan di Kuala Kubu Bahru

Alkisahnya, nak pergi berjalan-jalan kerana boring terperap di rumah; semacam rutin kebiasaan, sekali seminggu akan keluar ke mana-mana untuk bagi anak berjalan-jalan (kesian Naz nanti boring).

Saja nak carik kelainan, kalau dulu, ketika awal-awal berpindah ke sini, habis semua attraction point di KL kami explore – dari Ikea, KLCC, Genting, sampailah tengok2 orang clubbing tengah malam. Kali ni, kami terjah pulak suasanan kehijauan yang ada dekat-dekat Selangor nih.

Google punya google jumpa dah tempat menarik dekat dengan rumah, tempat menarik sekitar Kuala Kubu Bahru (KKB) yang menempatkan bangunan lama, bandar yang biasa, senyap namun lengkap kemudahan (ada tenet kot).

Tempat yang kami target ialah ke empangan Splash dekat dengan KKB ni.

IMG_20150125_102518
maaf gambar tugu empangan ni tak jelas

 

Melalui ke jalan bukit, suasana pun serius lain lah – udara hutan, jalan redup dengan bunyi krik krik ada. Nak ke empangan ni melalui jalan ke Bukit Fraser dan hanya perlu lihat ke sebelah kiri untuk nampak empangan tu – konfom tak terlepas punya,

Sampai di kawasan tu sekali tutup da.. Hari Ahad kan. adoi. yang ada ialah ruang parking di tepi yang boleh kita turun untuk luruskan kaki sambil menikmati suasana – lebih kurang cam kita tengok laut dari bukit. Angin menderu dan nyaman walau matahari agak terik (nasib baik pakai BB cream yang ada susncreen).

Naz punyalah berani nak turun bukit yang agak curam, sebab nak main air empangan tu – sayang tu bukannya swimming pool (anak kita ni suka sangat air, ikut perangai suka berenang cm mak dia).

page
naz tu bukan swimming pool!

 

Lepas puas ambil angin, kami teruskan perjalanan ikut jalan yang dilalui tadi. Terus sahaja dari main road, sebelum jalan akan mengecil dan menaiki lereng bukit, ke Fraser Hill.

Ingat ya, sebab ada satu jambatan ja ke bukit tersebut jadi one way lah. Laluan kereta mengikut blok sejam. cam 1 jam untuk ke bukit, dan 1 jam lepas tu turun dari bukit, jadi yang nak naik kena tunggu dulu.

Anyway, on the way ke jalan yang berbukit bukau ni, sempat juga kami take note ada dua point air terjun yang orang biasa datang. Next time boleh lah kami explore. đŸ˜€

Ada kereta Hummer pun datang mandi air terjun. hehe

Patah balik dari Bukit Fraser, straight ke Tanjung Malim

Hehe.. idea suami sebenarnya, nak ke Tg. Malim untuk tengok suasana bandar tersebut dan memandangkan masih awal lagi ketika tu (dalam pkul 11am) kita on aja.

Ke Tanjung Malim ikut jalan dalam, dan suasana sangat tenang dan cool je, takda point2 jelas yang menarik perhatian, walaupun sehingga kami melalui ke Proton City (mesti positif giler bandar ni).

IMG_20150125_115838

Patah balik ke rumah mengikut highway, tak sangka lebih cepat (dah highway kot) dan dalam pukul 3 kami dah sampai ke rumah.

Puas hati gak tengok suasana lain dari lain.. dari asyik tengok cocnrete jungle, kita tengok yang hutan for real, dapat gak dedahkan Naz ke elemen2 camni. đŸ™‚

Next time nak explore mana lagi? Ada idea tak?

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. Hihi..tau takpa kak. asal boleh je nak turun. pantang nampak air yang bertakung!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge