Bila Budak Comel Declare Budak Tu Laki Dia

Hari tu saya pernah terbaca post FB tentang seorang ibu bertanya jika ia sesuatu yang normal bila anaknya berkata dia ‘love’ kepada kawan sekelas lelaki dia, belum kira dulu ada anak saudara saya kejar sepupu perempuan dia dan kata ‘cantik’, apa lagi ada si cilik di kawasan perumahan saya dok mengusik Naz, saya tanya dia dok mana, dia berkata ‘tu laki saya kat situ’.

Gulp!

I know  the concern, I understand the worry (saya pun seorang ibu kot) dan of course lah, saya yakin, takda ibu bapa orang kita yang gatai nak kenen2 apa lagi merestui anaknya merendek/bermadah cinta dengan orang lain, di usia tadika.

Oleh itu, boleh dikatakan keadaan ‘gatal2 di kalangan kanak-kanak’ ni sebahagian besarnya datang daripada sumber media.

Or to put it bluntly, oversexualization (yang akan saya kupas dalam entri lain, insyAllah).

Mungkin panduan yang saya jumpa ni, hasil dari kerisauan seorang ibu terhadap kes2 penderaan secara seksual dan pedofil yang semakin menjadi-jadi boleh membantu kita dalam mencegah dan melindungi anak kita siap-siap dari terkena tempias lumpur seperti ini.

Panduan ni pun dari tulisan seorang ibu di negara Barat.

healthy_family

Panduan Dan Tips Mudah, Melindungi Anak Dari Tercabul Tanpa Sedar

Di Rumah

  • Elakkan dari menyalin baju/berbugil depan anak apabila mereka mencecah 2 tahun
  • Kawal dan pantau sumber media/media sosial. Akses untuk benda yang bukan-bukan semakin mudah dan bukan setakat VCD tepi jalan je.
  • Pantau akaun media anak sosial anak dan hadkan setakat yang perlu (wechat tu perlu ke), hadkan movie/rancangan yang sesuai dengan umur atau sampai ke tahap, edit/crop movie yang memaparkan adegan/ayat-ayat yang tak elok
  • Ambil masa dan kesempatan untuk menonton cerita bersama-sama dan tunjuk/jelaskan apa yang elok dan tidak (berguna jika ada adegan yang tak elok, terlepas nampak).
  • Tambah ilmu hacking yang berkaitan untuk monitor anak secara halus
50mmtelescope_3white_2_2
boleh juga monitor anak dengan teleskop. Dapat close up lagi
  • Perhatikan jika anak yang ceria tiba-tiba jadi pendiam atau banyak komplen tentang orang tertentu
  • Ambil serius jika ada sesiapa yang membuatkan anak berasa tidak selesa atau telebih-lebih mesra

Nilai Yang Perlu Diterapkan Kepada Anak

anak adalah amanah

  • Didik anak tentang norma-norma dan nilai murni yang berkaitan dengan seks, serta perkaitannya dengan agama, kerana hal-hal tentang seks adalah sesuatu yang fitrah, halal, dan perlu dijaga kesuciannya. Jika tidak, sumber/orang lain yang akan ambil alih tugas/hak anda, tanpa anda sedari
  • Asingkan satu masa untuk menambah ilmu rohani dalam keluarga seperti solat jemaah, pergi usrah, atau sekadar menonton kuliah agama di YouTube
  • Pastikan anak cukup solat 5 waktu
  • Ajari anak supaya tegas dengan hak diri serta berani berkata benar
  • Lindungi anak dengan mendidik mereka agar orang lain tidak berhak untuk mengusik/menyentuh mana-mana bahagian tubuh
  • Sentiasa perhati permainan/kumpulan kanak-kanak yang biasa turut serta. Banyak dah kes ‘main masak-masak’ gone too far

images1

Moleklah jangan dibiarkan amanah kita dari terpesong sebarangan, lagi-lagi membabitkan maruah – sekali dah hilang, macam mana nak datang balik..

*berdasarkan pembacaan, kajian, dan pemerhatian depan mata sendiri

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge