Menjaga Kecantikan Muka Dari Kecil Bukan Diva OK

Kalau budak perempuan dalam umur sekolah rendah gitu sibuk sapu muka dengan macam-macam produk kecantikan depan cermin, apa pendapat korang?

menjaga kecantikan muka dari kecil, jaga kulit, awet muda

Terfikir juga isu ini memandangkan trend kecantikan dekat sini dengan pelbagai produk mekap/supplemen yang ada, makeup tutorial, malah environment kita sendiri yang tekankan kulit putih itu cantik atau makeup penuh contour adalah power dan trendy, teringat pula dulu yang kita beriya-iya beli skin care range lepas masuk darjah 6, sebagai hadiah birthday. Bukan besar mana pun, Clean & Clear je kot.

Yang ni ha, tapi botol kecik, dalam beg sebagai 1 pakej dengan face powder dia sekali

Tapi tulah, kita rajin ikut 3-step skin care routine tu (cleansing, toning, moisturizing) tanpa jemu siang dan malam (siap ajak kawan yang mai rumah buat sama-sama dekat sinki), serta rajin melepak dekat Watson tengok produk skin care yang ada, baca senarai ingredients dia..stigma dan cebikan orang bukan sedikit.

Yang tua mendengus kata jangan mengada lah nak jaga muka. Tunggu tua sikit.

Yang muda/sebaya mengejek kata natural beauty sudey.

*(lawaknya yang kata tu dia lah antara yang first makeup dulu lepas SPM hehe..masa tu pakai mekap lepas SPM besar wei..tak macam sekarang form 2 pun dah ada lip matte full collection).

Banding Dengan Sekarang?

Sekarang amat berbeza walau prinsipnya masih sama iaitu kalau nak cantik mesti putih. Cuma tambah sikit lah dengan makeup brushes, contouring techniques, dan makeup collection (yang mesti ada macam Huda Beauty, Kylie, NYX, Colorpop dsbg).

Teringat yang dulu lip matte NYX trending habis

Pada Shai, tak kira zaman apa pun, penjagaan kulit memang penting. Tok nenek kita jaga kulit cucu perempuan yang dah akil baligh (sebab utama waktu tu sebahagian besar sebagai persediaan untuk kawin) dan pada Shai sendiri, skin care ni sebagai satu cara nak jaga amanah yang diberikan. Ada kulit elok-elok, kita jaga dan maintain lah sebaiknya, ikut kemampuan kita.

Mengapa Penjagaan Kulit Dari Awal Penting?

Penjagaan dari awal, sebab nak elak kerosakan yang berlaku tiap-tiap hari akan terkumpul dalam kulit dan menghasilkan kesan yang tak di ingini. Umpama kita tak jaga makan kan, makan fast food bagai nanti lama-lama tinggi kebarangkalian kita kena kanser.

Begitulah dengan kulit kita dan ia bukan sekadar di permukaan ja: struktur dalaman, fiber kolagen dan elastin, dsbg kalau tak dijaga dari awal, masa tua susah nak betulkan balik dan tak mustahil kita akan nampak lebih tua dari usia sebenar.

Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dan nak jaga kulit dari kecil pun bukannya susah atau mahal. 😀

Bagaimana Cara Penjagaan Muka Dari Kecil

Ketahui Jenis Kulit Bila Dah Akil Baligh

Pertama sekali punya step: kenali jenis kulit korang yang boleh test sendiri atau tengok mak ayah korang macam mana kulitnya. Ini paling asas dan penting sebab pemilihan produk kena sepadan dengan jenis kulit korang.

Tips ketahui jenis kulit sendiri. Jangan main taram ye

Tak nak pening, guna cetaphil. Setel. XD

Waktu muda-muda ni kulit korang masih kukuh dan lembut mulus lagi, jadi produk yang sesuai adalah yang jenis untuk muda-muda atau yang biasa (yang mature, 30an ke atas produk dia berat/pekat sikit). Dan di ikuti dengan pelembab yang sesuai, di mana yang asas korang boleh pakai siang dan malam ja (krim siang krim malam tu tak perlu sangat, melainkan kulit korang ada masalah teruk seperti jerawat banyakkk sangat).

Yang toner tu terpulang. Sebab kulit muda ia masih dikira optional lagi.

Minum Banyak Air Masak Dan Makan Banyak Buah Dan Sayur

Yang ni wajib, sebagai langkah pencegahan dan maintenance dari dalam dimana vitamin yang ada dalam sayuran dan buahan membantu untuk pulih sebarang yang tak kena dalam kulit, dan bantu kuatkan kulit korang agar awet muda lebih lama.

Air masak super wajib. Siapa yang kulit berminyak, kering, dan banyak jerawat, lagi la kena banyak minum air masak.

Pakai Mekap Bila Perlu, The Lightest Way Possible

Melainkan ada event penting, penggunaan mekap untuk waktu biasa/kasual elok diminimumkan sebanyak mungkin. Sebab mekap lama-lama pakai dia akan masuk ke dalam kulit (walaupun label non-comedogenic sekalipun). Pilihan mudah adalah cukup BB cream atau tinted moisturizer, bedak, lipstick, eyeliner dan sedikit eyeshadow, dan maskara (concealer, kalau malu sangat jerawat bertumbuh berkutil atas kulit).

Makeup influencer tu lain lah hari-hari dia kena pakai makeup untuk selfie dalam instagram. Korang tahu masa diorang habis dekat skin care routine selepas tu lama dan banyak produk kot.

Pakai Pelindung Matahari

Dulu orang tak ambil pot sangat tapi sekarang serius wajib pakai sunscreen ni. SPF cukup 30-50 ja sebab tu bermaksud kulit korang terjaga dalam 300-500 minit tanpa dia terbako (tu maksud SPF sebenarnya). SPF tinggi-tinggi kalau tak kena tempat dan masa membazir pula (baik le duit extra tu korang beli lipstick satu lagi). pakai suncreen ni, sebelum pakai pelembab atau cari pelembab yang ada SPF sekali.

Macam Shai Jaga Muka Masa Sekolah Pula?

Masa sekolah duit poket Shai guna wisely untuk skin care products ni. Bukan main beli ye. Shai baca dalam majalah untuk ambil tahu apa yang sesuai, belek produk tersebut berjam-jam dekat watson sebelum beli.

Selain clean & clear tu, Shai gunakan Fair & Lovely (baca review trusted item ini, di sini) sebagai essence dan krim malam (dia tak cukup sebagai pelembab), bedak Johnson & Johnson yang ada Jojoba Oil tu (dah takda daaaah huhuhu), dan skrub St.Ives yang apricot setiap Ahad malam (jadi isnin pergi sekolah berseri muka aku heh heh). lipstick takda, hanya LipIce tu ja, atau yang liptick Avon biru tukar warna merah tu.

Shai cakap wisely sebab sampai hari ni alhamdulillah takda masalah kulit yang teruk (jerawat sebiji dua sebab minum banyak nescafe ka, makan megi ka, terlebih mekdi, atau zaman angau crush ka haha tu ja lah). sebab bagi Shai kulit ada ni, jaga lah elok-elok ja.

Dah tua ni produk yang Shai guna biasa ja, dengan soda bikarbonat (baca kegunaanya yang lain Shai guna, di sini), dan minyak zaitun+kelapa sebagai trusted items.

Ni lah yang Shai dok guna; dalma syampu, untuk skrub muka, ketiak, stretch marks, tapak kaki, deodoran, dsbg

Tak mahal kan? Nak cantik sapa-sapa pun boleh. 😀

Kesimpulan

Semoga tips ni membantu ya. Sesuai juga untuk yang dah tua-tua cuma dalam post ini Shai fokuskan kepada yang muda-muda yang ingin mula menjaga muka.

Kenapa Shai tulis isu ini? Sebab terkilan sikit dengan ejekan dulu. Takpalah, anggap lah tulisan ni sekadar untuk jadi pengajaran, yang kalau muda-muda jaga kulit ni adalah tabiat yang bagus. Hanya perlukan ilmu sahaja. Bukan sebab kami ni diva.

Sedih tau.

 

 

 

 

 

Rujukan: 1,2,

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Saya setuju dengan Shai. Jaga muka dari awal bukan la sebab obses ke apa kan, just nak maintain kecantikan yang ada sebab kita tau persekitaran ni ada kesan buruk pada kesihatan dan kecantikan kita sebenarnya.. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge