Herba Mencuci Hati Yang (Secara Klinikal) Kotor

Dalam entri sebelum ni kita ada cerita tentang cara makanan yang berguna untuk mencuci hati kita. Kali ni herba pula yang popular digunakan untuk detoks hati, agar ia berfungsi dengan optimum, disamping pulih2 segala apa yang tak kena dengan hati. Malah, elbih baik gabungkan herba nih dengan makanan tersebut untuk double boost.

Herba Yang Mencuci Dan Detoks Hati

Milk Thistle

Salah satu herba yang popular giler kalau bercerita bab nak cuci hati nih (ni lah herba yang banyak kali dibebel mama untuk suruh ambil. Hehe) kerana ia mengandungi herba antioksida yang tinggi dan kuat untuk flush keluar toksin, penghasilan sel hati yang telah rosak dan calar-balar, dan juga penghasilan hempedu untuk pencernaan lemak.

Kerana komponen silibinin yang meningkatkan keadaan hati yang sihat (keadaan hepatik), disamping mengurangkan inflamasi.

benefits milk thistle 2

Malah, herba ini telah dicadangkan untuk kurangkan kes kematian yang melibatkan hati oleh pakar nutrisi. Power kan?

Dandelion

Daunnya, bunganya, even batangnya semua ada kandungan yang berguna untuk kesihatan hati kita, melindungi dari penyakit hati sirosis (penyakit teruk melibatkan hati).

Likoris

Bila hati kita dah sampai tahap kena hepatitis dan kanser, herba likoris sangat digalakkan untuk diambil, kerana kandungan komponen glycyrrhizin. Malah likoris ni juga berkait dengan penghasilan interferon untuk melindungi hati (serta organ lain) daripada dirosakkan oleh racun yang (tak sengaja)diambil oleh tubuh kita.

Chup, Interferon Tu Apa?

Dia cam sel yang monitor tubuh kita untuk sebarang benda yang tak sepatutnya, dimana kalau ada bendasing, dia akan signal sistem limfatik untuk datang dan bunuh pendatang asing tanpa izin tu. 😛

interferon
yang dot pink tu interferon tu. tengah keluarkan signal bila dia detect benda asing.

Kekuatan signal/coverage interferon kita bergantung kepada tahap kesihatan kita tau. Kalau kuat signal dan coverage dia, cepatlah detect dan insyAllah cepatlah sihat.

Sebab tu ada kes, kita tak tahu kita mungkin dah sakit teruk sampai tak boleh dipulihkan semula.

Rujuk tentang fungsi interferon di sini.

Artichoke

Sejenis sayur yang telah terbukti sejak zaman perubatan Eropah (yang asalnya diambil dari perubatan Islam sebenarnya. Hehe) untuk memberikan perlindungan kepada sel hati kerana kandungan antioksidan tinggi, penghasilan sel yang baru, malah mengurangkan lemak trigilserida dalam hati.

Kunyit

Herba ynag femes di kalangan mat saleh (yang asalnya dari perubatan India) bila nak cerita bab-bab nak detoks hati nih. Ia berfungsi untuk signal enzim yang berkaitan untuk cuci hati, melawan komponen karsinogen (yang boleh buat kita kanser kot) dari tersebar. Malah ia berpotensi untuk blok virus Hepatitis B dari bertambah.

kunyit

Kandungan curcumin dalam kunyit juga merendahkan lemak trigilserida, ketidastabilan metabolisme, insulin, dan diabetes serta masalah kegemukan.

Bit

Bukan bit komputer tapi sayur beet. Sayur ni biasa digunakan dalam jus-jus detoks hati kerana kandungan betanonin yang melindungi hati, serta pectin untuk buang keluar toksin untuk dikumuhkan dengan mudah.

Sebab kandungannya mudah rosak jika dimasak, beli segar-segar, cuci dan blend buat juice.

Tip: beet ni pun biasa digunakan buat pewarna rambut, bibir dan pipi tau. Ala-ala Benetint tu. 😛

beets juice

Kesimpulan

Ada sebab mengapa herba-herba ini amat diperlukan untuk start detoks hati kita dengan cepat dan mudah (nak makan makanan yang cuci hati tu mungkin mengambil masa) jadi apa salahnya nak ambil kan?

Kalau tak nanti simptom ni pula berlaku, silap hari bulan boleh melarat jika dibiarkan.

 tanda penyakit hati

Selain kunyit, mana nak dapat herba-herba mat saleh ni? KLIK SINI.

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. benar puan. Kalau beli satu persatu memang mahal sebab herba2 ini asalnya luar negara juga 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge