Di Balik Tabir

Siapa Kami Di Balik Tabir Laman Ini?

Assalamualaikum dan apa khabar?

Saya Shai Ryan, admin, dan creative creator untuk laman mommysado.com. Asal laman ini dihasilkan ialah kerana terdetik satu idea untuk buat satu website yang khusus untuk kita-kita ni, iaitu ibu, dan juga wanita.

Untuk perempuan lah, senang cerita.

Ia datang kerana blog personal saya shairyan.com, ada banyakkk artikel mengenai aspek kesihatan, diet, dan senaman – hasil daripada pengalaman menulis dalam niche tersebut lebih dari 5 tahun. Lama-kelamaan, haruslah kandungan pengisian di blog tersebut telah bercampur aduk dengan info-info lain.

Dan setakat ni, Shai juga dibantu oleh team yang mengurus dan menyediakan konten untuk blog ini, untuk manfaat semua yang mahu info kesihatan dan tips kurus dalam satu tempat.

Maka dengan itu, sebarang idea untuk menulis berkaitan dengan aspek kesihatan, kewanitaan, dan kurus (yang selalu korang tanya kita kan), Shai khususkan dalam website ni saja. Memudahkan rujukan dalam satu tempat sahaja.

Misi dan visi Shai diterjemahkan ke dalam Big Why ini, dan Shai percaya semua wanita tidak kira siapa ada hak dan peluang yang sama untuk kelihatan cantik, berkeyakinan, dan menarik mengikut citarasa tersendiri.

Kalau bukan kita dan diri sendiri, siapa lagi nak bantu 😀

Jadi harapnya perkongsian dalam blog ini boleh dimanfaatkan sebab kami percaya, semua orang ada can nak kurus dan sihat 😉

Okeh, dah tamat intro. Boleh klik mana-mana post di bawah untuk mula baca. Share juga pada kawan2 yang nak kurus untuk manfaat sama2 sama ya