Cara Terbaik Untuk Detoks

Berdetoks adalah sangat bagus tau, sebab proses in akan mencuci tubuh kita dari segala kekotoran yang dikumpulkan selama ni. Relah kan, melainkan diet harian kita adalah bersih dan bebas dari sebarang pengawet at least rasanya tak perlu nak susah payah detoks. Begitu juga dalam memilih resipi dan kaedah setoks yang sesuai, ia bergantung kepada keperluan dan material yang boleh disediakan.

Berapa Lama Harus Saya Berdetoks?

Kali Pertama Berdetoks

Bergantung pada diri juga, jika ini adalah kali pertama anda melakukannya atau selama ini anda biasa makan fast food, makanan yang penuh pengawet serta menjalani kehidupan yang kurang sihat dan aktif, proses untuk detoks akan mengambil masa yang lama, jika anda ingin cuci tubuh anda sepenuhnya dari bahan-bahan kotor dan toksin yang telah berkumpul dan bergelumang dalam tubuh anda.

Kalau tiap-tiap minggu buat (cam saya, ehem..dengan telan 2 biji herbLax sebelum tidur) rasanya takda masalah dah. Malah, satu hari pun dah siap!

Kaedah Berdetoks

Makanan

Ni yang paling simple dan paling lembut untuk berdetoks. Secara asas, adalah dengan mengambil makanan yang segar dan organik (cam ulam-ulaman yang dipetik di rumah ka) selama beberapa hari, serta air masak yang mencukupi.

good foods bad foods

Ia penting kerana nutrisi, vitamin dan mineral dari makanan tersebut akan counter bahan-bahan kotor toksin tersebut, manakala air masak yang diminum berfungsi untuk membawa keluar bahan kotoran keluar.

Dijangka anda akan kerap ke toilet ketika proses detoks berjalan. Hehe..

Tip: makanan yang kaya dengan antioksidan adalah perlu supaya unsur-unsur ini akan neutralize bahan kotor dan radikal bebas dengan efisyen. Contoh antioksidan adalah vitamin A, C, E.

Minuman

Mengambil minuman yang sesuai untuk detoks juga membantu. Malah, lebih baik digabungkan sekali dengan makanan sihat yang disebutkan di atas. Contoh minuman yang sesuai adalah teh hijau, air madu dengan perahan limau, teh alfalfa.

green tea

Resipi Detoks Shai

Ni resipi saya sendiri, sebagai kelainan dengan menggunakan cuka epal.

Teh o cair, saya campur dengan sesudu kecil cuka epal serta perahan sebiji limau kasturi, untuk diminum suam-suam panas sebelum sarapan. Tak berapa sesuai minum sebelum tidur sebab teh o masih mengandungi kafein, nnt lagi mata tak boleh lelap.

herb lax
ni tablet detoks saya, hanya 2 tablet setiap ahad. untuk cucian mingguan. hehe

Bagaimana anda berdetoks? Share lah resipi special jika ada.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge