Yang Dah Tua, Jauhkan Diri Dari Budak Kecil?

Tujuan Shai nak menulis tentang isu ni sebab makin lama, makin banyak kes dan harapnya tulisan ni boleh kuatkan lagi pendirian kita untuk alert dengan situasi ini, berbanding kita sapu bawah karpet macam kita buat sebelum ini. Seperti sumbang mahram, kaitannya dengan pedofil pun kita macam tak nak ambil tahu kan?

Sebab benda ni luar tabii, luar jangkauan akal pemikiran kita untuk tahu minat sebegini pun boleh wujud.

Dan wujud beratus tahun pun, memang ada jenis2 orang yang nafsu dia tertarik kepada budak kecil. Budak kecil yang belum cukup umur nak tahu perbezaan jantina apa lagi benda2 sensitif sebegini.

Sebab tu, Shai nak tulis tentang isu ni. Orang yang buat ni amat manipulatif sebab budak kecil samada tak tahu ia perbuatan yang salah atau tersepit dengan orang yang paksa dia buat benda2 begitu (isu dekat sekolah tahfiz dan sekolah asrama banyak tentang benda ni – salah satu sebab kenapa Shai tulis).

di Google keluar berita ayah buat sebegitu dekat anak OKU. Yang ni berita berkaitan, belum lagi di search images lagi berderet. Benda ini wujud dan berlaku dekat dengan kita.

Dan kalau nak kira skala besar, ia berkait rapat dengan kecenderungan nak letak seksualiti kepada semua benda (sexualization), sebanyak mungkin, untuk kita rasa tak sensitif dengan isu2 ni sehingga anggap nafsu sukakan budak2 tu sebagai normal.

Dan ia pun telah berjalan sekarang ni.

Shai nak ulas panjang, memerlukan masa tambahan nak kaji betul2 dan Shai akan update di sini. Tapi untuk bukti nyata, boleh lihat bacaan thread ini – bagaimana pedofil Richard Huckle tu buat jenayah dan polis UK tangkap dia, mak ayah dia halau dia (disowned) keluar.

Waktu artikel ini ditulis, baru semalam kena tikan di penjara.

Thread pedofil yang dimaksudkan

Baca keseluruhan perkongsian dengan mudah, di sini. Dalam perkongsian ini lengkap dengan bagaimana orang2 mcm ni beroperasi secara halus dan menggunakan topeng dekat anak2 kita.

Kesimpulan

Rasa tak suka kan?

Sebab tu, masa pedofil yang sambung belajar di sini kita semua marah sgt2 sebab takda penguatkuasaan sekalipun dia nak sambung belajar. Sebab dia pernah hasilkan video. Dan nak buat video tu pastinya memerlukan orang betul tak?

(take note tiada orang nak halang dia sambung belajar kalau itu kelebihannya).

Belum kira lagi orang yang simpan, tengok, dan join grup2 whatsapp/telegram yang share video budak2 ni (ada yang baru 8 bulan pun kena). orang yang kita kira dia sendiri kena rasa berdosa atau terkena balik baru nak ingat.

Itu yang berlaku dekat pusat tahfiz.

Itulah yang berlaku dekat Nurin Jazlin.

WorldofBuzz

Itu yang berlaku dekat senior ‘buli’ junior.

Itulah yang berlaku dekat kes2 ayah/orang tua rogol anak/yang kecil. Bapak jolok anak yang 2,3 bulan sebab isteri berpantang.

Penyelesaian?

Kuncinya di sini, adalah waspada. Sebab kes2 sebegini kita nak happy2 bagi pakcik makcik peluk budak kecik pun rasa kena waspada. Tapi tu lah nak buat macam mana. Orang2 sakit dan hina macam ni lah kita tak dapat nak menikmati harga silaturrahim macam dulu2.

*maaf sebab posting macam straightforward sebegini. Tapi kena ditulis juga baru nak tahu tahap mana teruknya keadaan ini. Kalau rasa terganggu, itulah tandanya kita kena buat sesuatu.

Ya, kita berwaspada, dan kita buat sesuatu. Jangan disapu bawah karpet macam dulu lagi, atau mangsa seterusnya adalah anak sendiri.

Kredit thread berguna ini dari @santeira

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge