Saya makan supplemen sebab..?

Tabiat pengambilan supplemen ni dah lama menurun dari keluarga saya, khususnya belah mama. Tak tahu lah kenapa, mungkin dari arwah nenek saya seorang nurse, memang ambil berat bab2 kesihatan ni.

Namun begitu, saya manalah sebok sangat bab2 jaga kesihatan ni. Muda lagi beb.

Masa ni nak enjoy makan mentedarah sume. Fast food tiap2 mlm mkn kat rumah, lepas sekolah makan kat food court sambil habiskan kerja sekolah. Sibuk lagi dengan aktiviti kadet polis dan kemudiannya kerja rumah yang menimbun ketika di tingkatan 5 (sekolah habiskan silibus cepat2). Yang saya sibuk jaga hanyalah kulit muka tak bagi sunburn dek pancaran matahari terik.

Mungkin sebab kelalaian saya tu yang makan padahnya. Lepas masuk hospital didiagnos abscess/cyst, barulah tobat habis-habisan; terus clean diet, healthy living, regular workout, and so forth.

Walaupun ketika itu saya masih belum mengambil apa2 supplemen, ia masih lagi satu perubahan positif sebab sekurang-kurangnya saya tak ambl makanan yang kurang sihat, sebanyak dulu.  Lebihkan protein dan lauk, kurangkan nasi serta banyak minum air masak ialah cara pemakanan seharian.

Bukan diet, tapi mengubah cara pemakanan, seumur hidup.

maria-kang-hot-facebook-mom-is-back-with-a-vengeance
menjadi supermom adalah impian saya untuk keluarga

First time mengambil makanan tambahan

Sehinggalah ketika saya dalam pantang yang tak berapa nak pantang, sebab Ryan still jaundis lagi, hari2 saya kerap terjelepuk sebab rasa penat yang amat. Mama belikan lah jugak jamu mydin punya, alhamdulillah dapat gak boost energy dan tak efek anak yang tengah kuning tu.

Serius, lepas mkn jamu tu, saya rasa tenaga bertambah, and in a way, embarking a quest to find the most perfect  supplemen untuk saya. heh heh..

Kenapa kita perlu mengamalkan supplemen?

Ibu dan nenek turun temurun dah makan supplemen tau tak.  Bukannya depa beli kat farmasi brand 21st century, dan anak depa makan multivitamin champs ye.

Tapi ulam-ulaman, air rebusan akar kayu, malah asam garcinia cambogia untuk menjaga bentuk badan dan kesihatan, di samping menambah tenaga.

Senang cerita, amalan berpantang yang biasa kita lakukan tu lah menjadi amalan harian turun temurun.

Bayangkan, masa tu suasananya tak sama dengan sekarang –  udara bersih, sejuk2,pokok merimbun merata2 pun mereka mengambil makanan tambahan.

La ni kat bandar dah hampir cam concrete jungle.  Sampai takda awan di langit, teriknya ya Rabbi.. Panas sungguh lah,  belum kira pencemaran dan tahap pemakanan kita yang tak berapa sihat (apa sahaja yang berminyak, berlemak tak elok sangat ye..) –  kita masih lagi pandang enteng untuk mengambil makanan tambahan.

Dan ironinya, ubat hospital tak pula di tolak mentah2..

Supplemen hanyalah makanan tambahan, untuk topup balik mana2 nutrisi yang lompong supaya complete. Kurangnya nutrisi tertentu ertinya tubuh kita tak cukup bekalan untuk proses2 biologi tertentu.

Umpama nak membina rumah, kalau tak cukup simen nak buat macam mana.. Tak kan nak lekat dengan gam gajah ye dok.

ni supplemen di rumah saya..baru sikit. kat rumah mama peti ais tu dah macam kat farmasi dah - supplemen untuk setiap ahli keluarga
ni supplemen di rumah saya..baru sikit.
kat rumah mama peti ais tu dah macam kat farmasi dah – supplemen untuk setiap ahli keluarga

Dengan hidup kita yang sentiasa sibuk, kita tak mampu untuk sediakan makanan yang lengkap nilai nutrisinya dalam setiap hidangan. Susah. Tak praktikal. Paling mudah dan cepat adalah satu multivitamin yang bagus untuk standby untuk topup jika kita memang makan tak berapa cantik hari tu.

Supplemen juga boleh digunakan sebagai boost untuk suatu tujuan kesihatan dan kecantikan. Contohnya, muka dah putih, tapi mau kasi gebu; makanlah banyak sket supplemen yang kaya vitamin C. kan?

Peringatan dalam mengambil supplemen

Macam mama pesan lah.. Time sihat ni kena makan supplemen, to improve anything(wrong)  in your body. Prepare just in case as we never know.  Betul lah, kita mana tahu bila masa kita akan sakit, kan?

Haha.. Mama memang prepare. npk awet muda ha.. Smpi abam polis ingt mama student master masa hantar kita balik ke ukm.

Ceh.

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge